Sunday, September 23, 2012

Successful Story by KZNabihah Boutique

Salam semua..
Sebak hati ni bila baca kisah perjalanan perniagaan owner KZNabihah Boutique,
Cik Bihah.. Terlalu banyak dugaan yang dilalui, tetapi dia KUAT!
Hopefully kisah Cik Bihah ni menjadi inspirasi buat kita semua.

HIDUP BUKAN SEKADAR IMPIAN KOSONG

Assalamualaikum & hai.
lama tak update blog tapi kali ini nak share dengan semua.

Saya nak share anda cerita saya maybe anda akan rasa menyampah tetapi itu saya tak ada masalah sebab setiap orang ada pendapat berbeza..

Saya nak share apa saya lalui tahun ini, ye tahun ini sahaja dari bulan 1 sehingga bulan 9 ini sahaja.
 Bulan 1 saya mulakan dengan pertunangan saya semua simple sebab saya jujur tak mampu nak buat apa-apa sebab saya baru masuk kedai yang simple ini dah habis nak 10k, kedai ini saya buka hasil dari duit simpanan saya berniaga dgn modal 1k yg ibu saya berikan.
YES! dari situ & tambahan dari modal tunang saya sebanyak Rm1k pada awal tahun 2011.

Bulan Januari juga saya ada upah seorang tukang jahit di kedai saya
AEDIL ya dia memang lelaki tetapi sy suka sangat sebab orang macam ini akan berjaya Insyallah.
Dia bekerja tak kisah kene marah dia betulkan, kene kerja lebih masa dia ok, kene jahit bende dia tak pandai pon dia ok siap pergi belajar menjahit semata-mata nak kerja dgn saya. Ini lah anak muda yg diperlukan tak malu bekerja dari bawah & tak memilih kerja. Masa ini kami hanya ada 2 mesin jahit sahaja hasil dari sy jual skirt D'bieha & Inner 2 tone pada bulan december 2011.


Bulan Februari saya masih bekerja dengan aeidil & ada staff baru nama syuhada .
Dorang memang best boleh kerja dengan tekun serta ok je bila suruh buat semula kalau customer komplain. Masa itu kedai saya tak ada apa2 pon lagi cuma ada mesin jahit, ampai baju dari berniaga online & meja opis 1 sahaja.

Bulan MAC, saya terima anugerah dari Dato Rais Yatim,
sangat gembira & bersyukur Alhamdulilah usaha saya terus ambil hati pelanggan membeli belah di KZNABIHAH BOUTIQUE berbaloi sebab mereka semua support & undi kedai online saya untuk kategori itu sehingga menang. Terima kasih semua.

April , sy mula buka kilang jahit sendiri & di ketuai oleh seorang akak ini. Memang impian saya nak buka kilang sendiri untuk jahitan boleh ambil jahit borong untuk butik lain sebab saya teringin nak bantu orang lain juga ada produk sendiri..
Tunang saya keluarkan 15,000 untuk buka kilang ini memang saya tak usik langsung modal itu untuk bawa ke kedai saya semua ke kilang..
Saya mula berphotoshoot di DAK TEROPONG STUDIO pada bulan ini.
Bulan April staff baru kak linda masuk kerja saya suka cara bekerja dia & cara dia handle pelanggan online kznabihah.

Bulan Mei, kat kilang itu dah mula buat perangai orang yg bekerja tak ambil serios .
kain saya habis rosak & customer marah2 sebab tudung senget serta macam2 masalah.
Kena ganti banyak duit customer sebab dorang return tudung, baju2 yg doang jahit ada gula-gula, shumi & macam2 . Saya kene ganti duit kain orang hantar & macam-macam lagi.


Bulan mei juga menyaksikan sy hilang kawan sebab apa yg saya minta sebagai pekerjaan di ambil kesempatan. Sampai sekarang saya rasa dia bukan pekerja profesional sebab tak mengaku kesalahan dia buat yang terang lagi nyata. Tak apa semoga dia bahagia makan duit orang lain dengan suka hati.
Bulan mei juga saya kehilangan ayahanda tersayang saya , memang terkejut & sedih tetapi saya terima ketentuan ALLAH dengan redha.

Bulan Jun , saya memang terpaksa bahagi badan kepada beberapa keping berulang uruskan mengenai urusan arwah ayah saya, kilang yg semakin meruncing, modal pusingan yang habis semua sebab nak cover kilang sampai duit untuk beli kain habis .
Customer dah marah sebab barang tak sampai sebab urusan pengeposan saya masih buat sendiri ketika itu saya tak serahnkan kepada sesiapa. Paling sedih ketika ini duit saya habis semua sehingga dalam semua bank ada 10sen sahaja sebab kilang jahit itu punya masalah.
Saya tak mengeluh tetapi saya sedih sebab niat saya nak bantu orang di situ supaya ekonomi mereka meningkat tetapi ini saya terima.
Bulan Jun juga saya kehilangan mak sedara saya yg rapat & abg sedara saya .
Bulan jun saya dgn duit simpanan yang hampir tiada saya beli juga lagi 1 mesin untuk kepuasan hati pelanggan mesin ini khas untuk menjahit curl di sekeliling baju.
Saya masih lagi bangun pagi berfikir dengan rasional untuk teruskan hidup & capai apa saya impikan.

Bulan Julai saya kembali semula  dengan semangat baru &
 saya mula susun kembali strategi syarikat saya. 
Hari2 saya balik pukul 2pagi untuk pastikan semuanya berjalan lancar.
Saya kumpulkan kembali modal saya yg habis, saya buat item pre-order & buat jualan habis-habisan .
Alhamdulilah saya diberi ALLAH kakak sedara yang terbaik dalam hidup saya
Kak Syida, terima kasih sebab tak pernah putus sokong aku dari awal aku berniaga jual tudung sahaja
Masa saya buat item pre-order cabaran sangat hebat sebab untuk pastikan stock kain sampai tepat pada masa bagi penghantaran kepada pelanggan hari2 saya terjah suplier hantar kain cepat . 
Crew jahitan saya di uruskan oleh kak syida & aidil.
Kami pernah balik jam 12tgh malam siapkan order customer . Dorang tak mengeluh pon sebab semua anggap adik beradik yg berusaha naikkan nama syarikat.
Saya layan staff saya memang macam family sebab sy tak nak ada perbezaan layanan supaya sama2 kita naikkan nama jenama bukan usaha saya seorang sahaja.
Alhamdulilah bulan ramadhan semua tempahan pelanggan kami dapat selesaikan dengan tapat pada masanya walaupun ada yg terlepas pandang & pengeposan dibuat customer dapat lewat.

Bulan Ogos,
penghujung ramadhan saya dapat suntikan dana baru dalam syarikat Alhamdulilah ibu memang terbaik. Selepas dia lihat usaha saya setiap hari & hari2 saya sampai tak ada masa nak berehat.
Bukan mudah untuk uruskan sesuatu syarikat & pastikan jenama terus kekal meniti dibibir pembeli.
Setiap hari saya akan pastikan saya dapat ilham design 1-2 pakaian untuk kznabihah boutique.
Supaya kami jadi leading kepada fesyen wanita saya nak setiap orang ada pakaian koleksi dari kami.
Saya tetapkan kepada semua staff & diri sendiri tak guna jika ada pakaian yang bagus & cantik tetapi orang tidak mampu membeli. Hari2 ada idea baru serta buat R&D untuk hasilkan pakaian baru.
Aidilfitri kali ini kami sambut bertiga tetapi saya tetap ingat setiap kata-kata arwah untuk bisnes saya.
Bulan ini juga saya telah bahagikan syarikat saya kepada 2 khas untuk jahitan yg diuruskan oleh kak syida ini bagi menampung pengeluaran item kami yang semakin meningkat. 

Bulan september, sangat tak sangka bila akak FARLIN dari harian METRO telefon nak interview saya bagi ruangan inspirasi. Saya tau saya orang biasa sahaja apa saya buat untuk pastikan segala target saya tercapai. Semoga cerita saya di metro itu dapat meningkatkan semangat semua anak muda supaya berjaya.

Selama hampir 3 tahun saya berniaga saya dah hilang ramai orang yg bergelar kawan.
Saya tau dorang takut saya pinjam duit bila saya jatuh ada yg cakap saya tak sama level sebab berniaga mereka kerja kerajaan. Saya tak ada masalah dengan semua itu saya diam & buang jauh2 kata mereka sebab dalam dunia kita ada pelbagai pilihan ,Allah suruh kita berusaha bukan menangis mengenang apa orang cakap. Selama bertahun bisnes juga saya semakin lali dgn kata-kata orang yg cuba nak jatuhkan saya dgn komen di FB/Blog/Website saya tak ada masalah delete & ban sahaja. 
Saya dah tulis siap-siap buang kata-kata negatif terutaman yg berselindung di sebalik nama misteri& ambil yg beri pandangan . Bagi saya orang yg komen terang-terangan, tidak menggunakan nama sebenar, komen kemudian tak tonjolkan diri sebenar adalah HATERZ! so haterz xperlu dilayan & buang sahaja sebab secara logiknya siapa akan dengar cakap suara-suara ghaib betul tak?
Oleh itu jika anda rasa berada dijalan yg benar tak 
perlulah nak komen guna fb palsu or guna ciktikus ;)


Nasihat saya : Kita akan jatuh berkali-kali dalam hidup ini tetapi jatuh & terus tertuduk bukan jalan yang perlu awak pilih . Pilihlah jatuh diam sebentar & bangkit dengan segera supaya anda tidak terus terlelap. 
Saya bukan jenis disuap dari awal berniaga tak ada orang tunjuk apa nak buat , semua saya lihat, tanya sikit & cuba buat kalau gagal saya mula dengan strategi lain . Sebab itu saya tak pernah berikan semua jalan kepada org yg tanya bukan kedekut tetapi saya suka orang berfikir dari yang mengharap orang lain suap sahaja.


p/s: saya share semua ini bukan nak menunjuk tetapi saya suka lihat orang lain lagi berjaya & dapat 
ramaikan orang melayu yg berjaya bukan orang melayu yang suka jatuhkan orang lain ;)

Terima kasih CikBihah untuk story ni, telah memberi inspirasi kepada saya.
Kepada anda yang nak dapat pakaian plus size, disinilah tempatnya,
boleh klik Link ni yer.



No comments:

Post a Comment