Saturday, February 23, 2013

Selagi Cinta Berzikir

24/2/12 3.30 pagi

Assalamualaikum.
Tadi baru je lepas tengok cerita Selagi Cinta Berzikir seperti yang disarankan oleh 
best friend ku,Aisyah.
Ada mesej penting yang dia nak sampaikan pada aku melalui cerita ni..
Cerita ni dah pernah tayang kat TV1..cuma aku x pernah tengok pun.
Bila dah tengok sedih sangat dong..
Tunggu pa lagi, buat air mata je lah citanya.

Meh la tengok cerita ni bagi sesiapa yang tek pernah tengok tu.
Sesuai untuk orang yang putus cinta cam aku. T___T


Kesimpulan dari cerita ni yang aku dapat:

1.Watak lelaki ni cepat putus asa, tak yakin dengan takdir Ilahi..
2.Kurang pegangan pada agama..sebab dari awai aku tengok cerita ni takdak pun
part depa solat,part agama yang ada cuma time nak kahwin.
3.Perempuan tak dapat berfikir dengan waras bila tertekan.. T___T
4.Watak lelaki juga tak bertanggungjawab..sebab dah kawen tapi boleh pulak pi serah balik bini dia 
kat mak mertua..Iskkk..

MORAL OF STORY:
-Cinta tak boleh buat duit punnnnn
-Para lelaki tolong lah bertanggungjawab...
-Kuatkan pegangan dengan Allah s.w.t, jangan mengalah pada takdir.
-Wanita lebih tabah dari kaum lelaki walaupun selalu emo
-Niat nak bernikah haruslah kerana Allah... bukan kerana CINTA.

P/S:
Kalau anda antara anda yang sedang bercinta tapi hubungan terhalang..
please make sure pasangan anda cukup kuat untuk tempuh segala halangan & rintangan.
Kuatkan kebergantungan kepada Allah sw.t, bukan manusia..
Kerana Allah juga lah yang Maha Mengetahui segalanya..
Allah cuma nak menguji kita...




Friday, February 22, 2013

The Power of NOW


Whatever you want in life, start TODAY.
Not tomorrow - today.
Let it be a small beginning - a tiny beginning.
Your happiness depends on starting today - every day.
- Jonathan Lockwood Huie

Cara Supaya Mempunyai Sifat Sabar

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu



As conclusion, think POSITIVE!

Saturday, February 16, 2013

Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

Selamat pagi!
Hari ni buka FB dapat satu link menarik yang terkena pada batang hidung sendiri..hehe
Mungkin ada antara anda yg sedang baca blog sy ni sedang kecewa kan.
memang sakit hati bila dikecewakan orang lain..
Nak2 pula kita ni tak bersalah.. tapi dibuatnya seolah-olah kita yang bersalah..
Kepada kaum hawa.. kakak2 dan adik2..
Marilah kita saling support diri masing2..
Kuatkan semangat.. 
Kejar impian kita.. Jangan toleh ke belakang..
And of course semua ni mengambil masa untuk lupakan seseorang yg kita cinta kan?
Biasalah tu.. janji kita move on dan cipta kejayaan yang terhebat untuk diri sendiri..

Kepada anda yang nak tahu cara terbaik untuk menenangkan hati yang sedang 
kecewa tu.. meh baca tipss kat link ni ya..



Sape kenal tempat diatas ni katne? hehe..
Baru balik dari melihat laut.. untuk recharge dan menenangkan diri..
Results = I am more positive!

Rindu bertamu di pesisir Queensbay.. 17/2/13 . 8am

Thursday, February 14, 2013

Kekasihku sudah MATI

Saya anggap awak sudah meninggal dunia..
Jadi pada siapa sy nak msg or phone..
Sebab awak dah mati..
Cuma sy akan kenang kebaikan awak sampai bila2...
Awak yg peramah..
Awak yg tenang raut wajah..
Bila sy pandang sejuk je hati ni...
Awak yang suka menolong orang...

Awak curang?
Ye saya marah sgt2..
Sebab awak pentingkan perasaan awak sendiri..
Awak cari spare part setahun yang dulu untuk menjaga hati awak sendiri...
Sedangkan awak tak fikirkan betapa hancurnya hati saya yang cintakan awak 10tahun yang lalu...
Dan awak meninggalkan saya begitu sahaja bila awak rasa hati awak dah boleh tinggalkan saya..
Awak pengecut..mudah mengalah..mudah putus asa..
Saya je yang nak pertahankan hubungan ni sedangkan awak cepat putus asa..

Kalau ikutkan hati..saya benci awak,
saya dendam dengan awak..
Tapi...
awak dah mati..
sy maafkan salah silap awak selama ini..
Sy pun nak minta maaf dari awak tapii tak sempat..
Sebab awak dah
MATI.

Andai kata suatu hari nanti saya terserempak dengan seseorang yang wajahnya
seiras awak..
Sy percaya itu bukan awak..
kerana awak sudah mati..
Semoga awak tenang di sana...

Selamat tinggal cinta.
Hanya kenangan manis bersama awak sy simpan..
Kenangan pahit sy lupakan..
Saya maafkan awak...

Selamat datang kejayaan dan kekayaan..
Kau yang terindah..





Wednesday, February 13, 2013

Puisi untuk Kau Yang Terindah


Puisi ni aku up dekat FB, tapi setting untuk aku je yang baca..
Hehe..sebab tak mau kawan2 or lecturer2 or adik beradik perasan yang aku tengah 
frust cinta menonggeng sekarang ni.haha.
Kalau yang pernah tangok cite Kau Yang Terindah tu..
 Tau la pasal puisi ni kan..
Cuma rangkap kedua aku ubah sikit..
Sebab tak sanggup lah nak doa kat Allah minta diri sendiri ditelan bumi dan dipanah halilintar...huhu..

Jemput baca...

Duhai Tuhan.. 
Jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan memperolehi kewarasanku.. Maka biarkanlah aku menjadi begini seumur hidupku..

Duhai Tuhan.. 
Andai mampu aku meminta padamu saat ini.. Aku ingin kau hilangkan ingatan dan perasaan ku kepadanya.. Aku tak ingin ingati dia lagi..

Duhai Tuhan.. 
Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebuah makna.. Biarkanlah cintaku tumbuh.. Biarkanlah ia semakin merekah dan mekar.. Meskipun aku telah layu dan mati..

By,
Jiha

Tuesday, February 5, 2013

6 February 2013


6 February 2013


Dan hari ni.. aku bertekad untuk lepaskan semuanya demi KERJAYA.. demi IMPIAN ku yang menggunung.. yang lebih penting dari segala-galanya.. Selamat tinggal kisah cintaku,selamat tinggal kamu yg menyakiti hati ku.. Baikmu aku kenang..Burukmu aku simpan kejap di dalam hati... Selamat datang kekayaan, keberkatan, kebahagiaan. Mazda 2 Hatchback.. white colour.. come close to me darlings!



Cinta manusia hanya sementara,
Cinta Allah adalah selamanya..

Akhirnya setelah 11 tahun bercinta...

Dah 2 hari sejak kejadian itu..
Awak ingat lagi tak, sy buat kerja gila turun pekan kecil Sik.. sebab selama ni awak mengelak dari sy.
Awak tak percaya.Ye lah. sebelum ni sy jenis yang penakut.. nak buat apa pun akan tunggu awak bg kebenaran dulu. Kali ni tak. Sy naik bas terus pergi tempat awak. Masih sy ingt awak tak percaya sy buat camtu kan.
At last, awak yg penat gila baru balik kerja terpaksa hanta sy balik Penang!
Pastu awak membebel dalam keta...itulah perangai awak yg sy suka...

13.1.13. 9 mlm.
Dalam keta... awak berkali2 merayu supaya sy lepaskan awak..
Awak cakap dah tiada cinta di hati awak..cuma ada sayang..  sy sedih sangat.. berapa kali menangis di sepanjang perjalanan itu...Tak sangka cinta yang ada selama 11tahun ni boleh padam begitu saja..
Tapi pada masa tu awak cakap tak pandang mata saya..awak drive..cuma dr riak mata awak sy tau awak sangat sakit hari dengan family sy kan..sebab tu awak jadi begini.
Dulu awak jugak cakap awak takleh hidup tanpa saya..awak ajak sy kawen kat Siam la.. tp sy taknak.. sy cakap tak elok.malu keluarga nanti. Masa tu awak memang cinta gila dekat sy kan..awak syang sy sgt2. nasihat sy macam-macam. awaklah semangat saya. kerja pertama saya, awaklah yg uruskan..awaklah yg bagi semangat suruh sy kerja sini..sbb gaji lebih baik.
Dan hanya awak sj yg tahu kisah2 sedih hidup saya... hanya awak.

Sy cakap, sy tak boleh hidup tanpa awak..sy hanya bahagia dengan awak...
Sy tak sanggup tengok awak kahwin dengan orang lain..
Awak cakap apa gunanya kalau kita kahwin sekarang tp nanti awak akan maki hamun sj..nak ke?
Sudah tentu sy tak nak...Awak cakap camtu sebab hati awak sedang serabut dan runsing kan.

Sy cakap lagi..saya akan tunggu awak..
Tp awak kata jangan harapkan awak.. Kalau ada jodoh ada la.. Sy cakap lagi, saya akan tunggu awak jugak...
Awak tau, sy sedih tengok awak dah macam tak terurus.. Malam tu sy perasan awak pakai seluar jeans koyak.. hua..sedihnya sy.. awak bukan org macam tu sebelum ni..

Awak,saya ingat lg pesan awak 3 perkara sebelum awak pergi...
1. Jangan jauh dari al-quran. dekatkan diri dengan Allah..
2. Kejar cita-cita saya..
3. Jaga diri baik-baik...

dan ayat paling best yg buat sy happy sebelum kita berpisah..awak cakap..

"Semoga Ghah berjaya dalam bisnes"

Ya Allah.. semangatnya sy bila awak cakap camtu..Akhirnya awak tahu cita-cita saya.
Sebelum ni sy tengok awak abaikan je bila sy cakap pasal bisnes.. Bila sy minta tolong pun awak buat dek jer.. Dan hari ni sy semangat bila awak cakap camtu..

dan akhirnya sy terpaksa walau hakikatnya sy tak sanggup nak lepaskan awak. bukan sekali 2 awak merayu.. tapi berkali-kali. Sy dengan berat hatinya lepaskan awak... biarkan awak terbang bebas...

Kau Yang Terindah..

5/2/13. 10pm.

Malam ini hati aku semakin tenang.. mungkin kerana berkat doaku kepada Allah s.w.t..
Aku maafkan dia..walaupun selama 11 tahun berkawan dengan dia pelbagai kenangan yang aku simpan.
Nampaknya lebih banyak kenangan pahit yang aku simpan berbanding yg manis.... tp malam ni aku seakan ingin memaafkan dia buat selama-lamanya..

Untuk sedapkan hati aku sendiri.. aku hanya simpan kenangan semasa tahun 2011.

1. Aku sangat sedih pada hari birthday aku,16 Jun..kebetulan hari tu ada interview dan gagal perform dengan baik..So lepas keluar bilik interview ..terus aku nangis teresak-esak.. Apa dia buat?
dia tak bagi hadiah, atau pun kek untuk celebrate birthday aku..Cuma dia bawa aku pergi tengok ikan, burung n binatang2 yang cantik kat Lee Huat Garden tu.. tapi aku hargai sangat and aku Happy =)

2. Terpancar kegembiraan di wajah awak..bila pergi tengok sy konvo.. Awak masuk dewan konvo dengan mak kawan saya..hehe..pandai awak. Saya tau awak happy sangat.... Masa sy pakaikan awak jubah konvo..ambil gambar..awak pn happy.. sy tau awak pun ingin pakai jubah tu sblm ni. 2 hari sebelum konvo.. sy sedih, sebab takde kamera.. kamera sy rosak.. sy kan suka bergambar..so sy sedih pikirkan esok hari grad takde kamera nak mik gambar.. Malam tu, awak bawa sy pergi beli kamera Nikon..kamera digital je.tp sy suka..awak pilih kaler purple untuk sy... awak ingat lagi gambar first yg awak ambil kat kedai tu? sy masih simpan.. sebagai kenangan. 

Tu je kenangan yg sy nak simpan.. sbb kenangan tu je yg sy nampak awak ikhlas dekat sy.. 
Kenangan lain sy tak pasti dah....

Awak..awak hanya tinggal dalam kenangan sy..dah memang takde jodoh la kita sbb awak dah curang dengan sy di akhir tahun hubungan kita..awak tak yakin dengan Allah....