Wednesday, February 22, 2012

Cara buat kad pengenalan baru di Jabatan Pendaftaran Negara

Dua hari lepas , mak nak buat ic baru.
Dah lama sebenarnya mak nak buat ic ni, cuma aku minta mak sabar sat, sebab nak tunggu ic baru launch. 
Amacam, brilliant kan anak mak nih. :D

Dalam pukul 11 pagi, aku bawa mak pergi JPN Pendang.
Dekat sikit dengan rumah.Tak payah pergi jauh-jauh.

Sampai di JPN tu, tak ramai sangat orang yang sedang menunggu, ada la dalam 15 orang.
Tapi takkan semua yang pergi tu nak buat ic kot kan? hehe.
Saja sedapkan hati diri sendiri sebab tak mau tunggu lama.

Mula-mula pergi ambil nombor angka  giliran.
Memandangkan aku ni tak cukup tinggi, dan meja di reception tu pun tinggi, maka
aku tak dapat nak lihat dengan jelas butang yang patut di tekan :(

Nasib baik ada sorang kakak mengandung tu gi tekan butang A,
aku pun tanya la dia. Patu tekan A.
Kemudian tunggu..........sampai la turn mak aku.

Sepatutnya ada 2 prosedur tuk buat ic baru ni, first gi kaunter buat bayaran,
then baru gi kaunter seterusnya tuk ambil gambar.

Contoh IC baru 


Tapi nasib mak aku baik hari tu, dipanggil ke Kaunter 1,
jadi buat kerja sekali harung je la.
Bayar rm10 pastu posing sopan2 ambil gambar ic.

Lepas tu staff kat situ akan tanya samada ada urusan bank ke apa ke,bla,bla,bla.
Then staff tu kasi la ic sementara kat mak aku..
Lepas tu siap! Tunggu 2minggu lagi aku nak follow up tanya siap ke tak..

Terima Kasih JPN Pendang especially abang kat Kaunter 1 sebab layan mak mentua anda 
dengan baik sekali.. hik2.. Ops.(mOOd gatal dah mai)

**Harung = Serentak

No comments:

Post a Comment

Post a Comment