Monday, June 24, 2013

MASA ITU EMAS

Ya, Allah s.w.t sangat Agung.
Dia berikan masa kepada setiap orang 24 jam sehari.
Sudah la tu, ada pula siang dan malam.
Tapi masih kita rasakan tak cukup masa.

Aku pula makin leka dengan masa.
Terlalu banyak perkara nak dibuat.
Tak sempat2.
Tapi dalam itu saya masih sempat tidur.

Allah, maafkan ku
Aku hambamu yang lemah.


Tuesday, June 18, 2013

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.

Mari bersama tenangkan hati dan tenangkan jiwa...

10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t.
Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).
Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KAUSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur.

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya :
“Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya.”
Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.
Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.
Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin.
Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.

Di petik dari griseldine.multiply.com

Sunday, June 16, 2013

HARI LAHIRKU 16 JUN

Hari ni birthday aku..
Seperti biasa aku tak meraikannya..
cukuplah dengan wish dari teman2 tersayang..

Dan hari ini juga tahun pertama tiada ucapan birthday dari seseorang..
Ah, dia memang pun tak pernah belikan aku kek walau sepanjang 11 tahun bercinta.

Sedih kan?

Ada seseorang tanyakan pada aku,
tahun ni beli hadiah apa untuk diri sendiri?
Terkesima jap aku.
Aku tak pernah belikan hadiah untuk diri sendiri.
Mungkin itu kurang aku.

Dulu, masa bercinta aku selalu
nak celebrate birthday dia.. belikan sekeping kad.
Beli perfume harga rm10, alhamdulillah dia happy.

Aku pun happy.
2011, aku belikak kek,pasang lilin untuk dia.
Ya, aku nak dia happy. alhamdulillah..
Dia suka!

Imbas kembali birthday aku..
mula2 bercinta..
dia berikan ak frame harga rm2 , katanya biar murah janji ikhlas.

Tahun 2012..
Dia mula curang..
Ya, dia sudah lambat wish birthday ku..
Biasanya 12 tgh malam dia dah call..
tp tahun tu pagi baru wish..
Dan paling best..
Keluar date 20hb, aku belikan kek untuk diri sendiri..
Aku terasa hati.. tapi tak cakap pe pun..

Ok.. itu cerita dulu.
Actually tahun ni aku memang taknak hadiah apa2 dari diri sendiri..

Cuma aku pohon 1 perkara dari Allah..
Hadiah dari Allah lagi hebat kan!
Dan tahun depan semoga aku dapat hadiahku seperti yang dirancang :)


**Mau tidur, mood sudah swing.
Tidur dulu moga esok lebih positif!

Friday, June 14, 2013

MATI ITU PASTI

Entah kenapa akhir2 ini..
aku selalu memikirkan MATI..
mungkin aku sedih, stress atau pikir banyak kot..

Sangat sedih hati.. rasa seperti dianayai seseorang..
Allah hanya nak menguji ku.. tetapi aku seperti seakan gagal untuk 
melalui ujian ini..

Kepada yang menganiayai saya..
saya ucapkan 
ALHAMDULILLAH..

Tiada apa yang saya minta dari Allah..
semoga..
ALLAH HILANGKAN INGATAN SAYA TERHADAP ANDA..


Monday, June 10, 2013

7 AMALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

7 AMALAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pem
ahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu ia akan sentiasa merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, “ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

LA TAHZAN

La Tahzan..
Jangan bersedih.

Malam ni tiba-tiba ja rasa sedih.
Sedih kerana teringatkan seseorang yang menganiayai saya.

Tetapi alhamdulillah,
hari ini saya dapat first sale untuk produk Shaklee.
Anda boleh follow blog Shaklee saya di sini.
Itu cukup membuatkan saya sangat bersyukur.. dan saya sangat menghargai pemberian Allah ini.

Entah kenapa, sejak saya terputus silaturrahim dengan seseorang,
hati saya semakin sensitif..

Saya mudah sedih..
Dan sedih saya itu hanya terubat apabila saya melihat anak2 kecil
Hati saya jadi tenang bila lihat baby..

Saya perlu tidur.. sedikit emosi malam ini.

Jom solat. dan tidur




Sunday, June 9, 2013

8 rahsia untuk berjaya..WHAT LEAD TO SUCCESS!! by HERDA JOHAN

Sharing by Herda Johan, bakers berjayadari Penang :)

1) PASSION=> Do it for love, not money. Buat kerana ada suka, bukan sebab duit sebab bila kita buat kerana kita suka, duit datang dalam perlbagai jalan dan cara.

2) WORK
=> It's all hard work, nothing come easily. Buat dengan bersungguh-sungguh, walaupun penat tapi kita berpuas hati kerana kita buat benda yang kita suka dan ia menyeronokkan.

3) GOOD
=> Practice..Practice..Practice..Buat sehabis baik. Jangan pernah mengalah. Permulaan memang susah tapi bila kita berusaha akan menjadi lebih baik.

4)FOCUS
=> Focus yourself to do 1 thing. Fokus matlamat anda dan buat bersungguh.

5) PUSH
=> Push yourself PHYSICALLY, MENTALLY..you gotta PUSH PUSH PUSH..Push your shyness and self doubt. Bertindak dengan cepat dan teruskan tindakan anda. Paksa diri anda untuk bertindak!! Orang terbaik yang boleh memaksa anda ialah IBU anda!!

6) SERVE
=> Serves others something of value because that's the way people get rich. Jangan kedekut untuk memberi kepada orang lain. Berkongsi dengan orang lain kerana dengan cara inilah JUTAWAN menjadi JUTAWAN..

7) IDEAS=> 
Listen, Observe, Be Curious, Ask Questions, Problem solve, Make connections. Jangan tunggu dan meminta sahaja. Bangun dan bergerak!!!

8) PERSIST
=> Persist to failure, presist to...CRAP!!!
C- Criticsm
R- Rejection
A- Assholes
P-Pressure
=> Jangan mengalah!! kerana orang yang berjaya itu bermula dari kegagalan!!

IMPIAN

Dreams..
Setiap orang ada impian masing..
Ada yang nak pakai kereta bersar BMW, rumah besar, motor besar..
Semua besarlah..

Same goes to me.
Know I'm fighting with myself..

Fighting tuk melawan emosi2 negatif dalam diri.
Fighting for sikap MALAS yang sebati sejak 25 tahun yang lalu.
Fighting untuk sifat rendah diri yang teruk..

Saya fight untuk semua ni sebab saya ingin BERJAYA.
Dan saya akur saya harus buang segala sikap2 negatif dalam diri.

IMPIAN saya sangat banyak..
untuk diri sendiri, keluarga, agama dan masyarakat.

dan impian saya paling utama ialah.
SAYA INGIN MENJADI SEORANG BUSINESSWOMAN YANG BERJAYA
DUNIA & AKHIRAT.

Dan saya sedar untuk BERJAYA, sy harus 

USAHA.
JANGAN BERI ALASAN.
JANGAN TINGGAL SOLAT.
KUAT KEBERGANTUNGAN KEPADA ALLAH S.W.T.

Doakan saya kalian..

Semoga kita sama-sama BERJAYA dunia & akhirat.

Aminnnn.



Wednesday, June 5, 2013

ANDA KECEWA DENGAN CINTA? MEH BACA NI

Bila putus cinta, tak jadi kahwin, putus di tengah jalan..
Kita biasa dengar ungkapan ni.

"Dah takde jodoh..."

Tapi saya nampak ianya lebih dari itu. Ada banyak punca, antaranya:

Ianya adalah pengajaran dari Tuhan.

Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, timbul sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dialah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah, hanya dia."
"Hatiku milikmu."
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."
dan bermacam lagilah.

Bila sampai ke tahap ini, maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan yang besar iaitu MELEBIHKAN seseorang dari YANG LEBIH PATUT DILEBIHKAN.

Dgn kata lain, melebihkan cinta seseorang melebihi cinta kepada Tuhan.

Pada Tuhan tak pernah² diluahkan rasa sayang dan kasih sebegitu dahsyat. Tapi, pada manusia yang tak beri manfaat apa-apa, dia beri segalanya. Beri hatinya.

Lalu, Allah STOPKAN perhubungan tu. Maka terputuslah di tengah jalan.

Tak kiralah putus sebab apa pun. Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat kontrol, sebab cempedak jadi nangka, sebab berebut murtabak dan macam2 sebab lagi. Itu cumalah asbab.

Sedang yang mengawal hati, menentu jodoh, menjadikan hubungan itu smooth atau celaru, semua di tangan Allah.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.

"Kembali sujud pada-KU!"

Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.


**Ini bukan karya asal saya, sy ambil dari facebook rakan.