Sunday, September 30, 2012

Back to Positive Life!

Yang berlalu biarkan berlalu..
Now diri ni dah kembali normal, aku dah maafkan orang yang fitnah dan kata macam-macam kat aku semalam. Biarlah allah yang adili seadil-adilnya.
Sejujurnya aku juga bersalah... Banyak lagi yang aku kena belajar tentang ilmu agama.
Sekurang-kurangnya aku ada effort nak 'repair' diri.

Minggu ni tak balik kampung pun. Just stay kat umah sewa ja.
Tak kuar jenjalan mana-mana pun.
Save cost. Perkara baru yang aku nak adapt dalam diri.. Try to save money time awal bulan..
Then boleh belanja lebih sikit di hujung bulan..
Tapi bil-bil yang tak leh elak awai bulan cam sewa rumah.bil letrik n aiq, bil broadband.. bayar jelah.
Nasib baik belum beli keta lagi nih. Tapi dalam proses nak beli keta dah sekarang, thats why sekarang tengah kumpul duit. Lepas ni boleh la balik Big Hills tiap2 minggu.
Semoga Allah permudahkan urusanku.. Aminn




NotaKaki : Berhati-hati dalam memilih kawan ^_^

Saturday, September 29, 2012

Akhirnya aku hilang sabar dengan housemate berusia 34 tahun!

Akhirnya malam ni terlerai jua kesabaranku.. Para syaitan bersorak gembira sebab dah berjaya
naikkan temperature aku ke 100 darjah celcius! Dan terus marah orang tu! Panas panas.haha.

Astagfirullahalazim.. Saya khilaf!

Sesungguhnya diri ni tak berniat, tak suka nak cari gaduh dengan orang.
Memang sifat aku, akan berbuat baik dengan semua orang selagi mampu.
Susah nak cari pasal ,suka mengekor je.. Orang kata A, aku buat A .Orang kata Z ,aku pikir dulu, kalu elok,aku ikut, kalau tak aku pikir2 dulu. Kalau orang cita keburukan orang lain untuk kongsi masalah, biasanya akan terhenti setakat aku, insya'allah takkan tersebar jauh! Aku lebih suka jadi orang tengah.

Oh ya, malam ni aku dah terlepas kemarahan kepada seorang housemate yg berumur 34 tahun!

Alkisahnya aku gi masuk toilet, lepas tu dia terus hempas2 barang masa dok basuh pinggan, sebelum ni tak macam tu pun. Mula - mula tegur baik2, then dia cakap pe ntah aku terus panas.. then dia membebel sorang-sorang. Lepas tu terus ak cakap dia kurang ajar! Ops, mungkin words tu kurang sesuai kot... Ayat aku simple je. "Sejak dia mula masuk rumah ni semua orang tak puas hati dengan dia!Kurang ajar!"
Astagfirullahalazim..memang setan sedang menguasai diri time tuh.

Tak kurang sopan ke kalau seorang perempuan tu..

Hempas pintu bilik sekuat mungkin setiap masa .Skrg pintu tu dh rosak..
Basuh baju 2 hari baru siap.. style rendam baju dalam mesin. Dah tegur, tp buat lagi.
Baju orang kat ampaian akan ditolak rapat bila dia nak sidai baju..
Pakai selipar jamban jalan dalam umah..Bayangkan lepas mandi jalan masuk bilik dengan selipar.
Ambil air wuduk kat sinki dapur, area dapur basah, then tak lap!
Banyak lagi la hal yg lain yg buat org tak puas hati..
Orang lain tengok tv, dah letak barang, dia gi dok selamba ja tmpat org.
Aku assume, wanita di usia 34 tahun lebih cermat, jadi contoh kepada orang yang lebih muda dan tak berperangai camni.


Aku bukan propa, nak buat cerita yang tak betul pasal orang len..
Ya, memang salah aku sebab cerita keburukan dia dekat orang lain. Aku tak menambah, aku cerita yg betul sahaja. Aku bukan dok jaja cerita, cuma berkongsi masalah..dok pikir jugak cara nak handle orang macam ni.. Sebab takut tersalah langkah.At last, aku dan 2 org lg housemate asyik terperap dalam bilik sebab xmau tengok muka dia.Bukan apa, bila tengok dia hati jadi panas, entah kenapa.

Oh ya, buat pengetahuan anda, dia bekerja satu ofis dengan aku.Sampai bos pun dah x tahu nak handle die camne. Dia argue gaji company bayar tak cukup, gi report pejabat buruh, nak hire lawyer. Padahal, selalu mik unpaid leave, masuk keje lewat.. Macam2 ,dia agak cerewet. Selalu twist orang. Buktinya, aku pun dah pernah terkena, sebab aku pernah trained die kejap.. pastu aku xmo trained dia dah.. sebab aku dah tak sanggup.haha. Banyak lagi la hal yg die tak puas hati dengan bos aku...macam-macam.

Lepas dah marah hamba allah tu, terus masuk bilik..

Lepas tu die membebel lagi kta sya ni komplot kawan ofis ngn membe umah sewa la, kta saya buat cara halus la kt die.. kta blik sy kurg ajar..haha. heran,sy jarang tengok muka dia,buat tak layan pun die kta sy kurang ajar ya.pelik2.

Ok, awak dah fitnah saya, ALHAMDULILLAH..

Tuesday, September 25, 2012

Dear Hanis Haizi

Dear Hanis Haizi...


I love your blog because... 

Your blog is super beautiful,
with your beautiful real picture as the background like a model,
its very nice and sweet!

When reading your blog, i can feel POSITIVE energy in yourself,
You're  INSPIRING me, make me wake up from my day dreaming.. 

 From you,

I learn how to IMPROVE and MOTIVATE myself,
I gain a lot of KNOWLEDGE from your blog,
From your story,  I  realize that every person have POTENTIAL to
become SUCCESSFUL persons

 You're such amazing woman who passionate in business.
I also have same interest with you,
so I hope that i can learn something from your blog.
Because till know i still finding my inner strength to change myself attitude...
I hope to be STRONG as you!

Oh Beauty Sis Hanis Haizi,

 You give me a BOOST to CHANGE,
You make me feel CONFIDENT,
You make me feel GORGEOUS as you!
But of course i will become more super confident with 
your Chanel Bag collections.. 
Hopefully I will win one of your collections..

... Please, please let me have the CHANEL surprise gift you mentioned here

.
.
.
Dear Hanis Haizi,



HAPPY BIRTHDAY!
May Allah bless you and happy with your family.


Monday, September 24, 2012

Yeay Nuffnang dah reply!!!

Ini bukan kes dapat payment ke apa.. ini hanyalah entry happy sebab keraguanku terhadap Nuffnang telah terjawab. hehe.

Keraguan sebab dok cari Nuffnang Exchange Widget tak jumpa2 since Nuff telah berubah wajah.
Jenuh juga la dok godek2 cari exchange widget tu,memang tak jumpa! Rupa-rupanya memang depa dah tukar ke NuffnangX!.

Ni lah masalah yang telah menghantui fikiranku selama ni, isk2 :

Ticket send on 15 Sept,
"Hye . I just want to know how to add the exchange widget to my blog? Since Nuffnang have change to the new interface, i cant found this widget already. Really need you help please! thanks a lot! "
 So since aku send ticket ni, depa pun reply pada 23 Sept cenggini :

"Dear Najihah, Thanks for writing in and we apologize for the hiatus of our helpdesk. Upon the upgrade to the new Nuffnang, we have phased out the Xchange Widget and we've come up with something better for it and that is NuffnangX. Do visit us at www.nuffnangx.com for more information. :D
Cheers, Rachel Chia Community Executive Nuffnang Sdn Bhd www.nuffnang.com.my"

Ok, terima kasih la banyak-banyak to Ms Rachel from Nuffnang.
Lepas send ticket tu, teres NuffnangX wujud kat dashboard aku..hehe.
Isk tolong click sat Nuffnang ceq kat bawah tu, teringin nak merasa dapat cek Nuffnang nih!
Malu nak habaq, ceq tak penah dapt cek dari Nuffnang lagi.. ;(
Thank u.

Sunday, September 23, 2012

Petua Untuk Anak Jadi PINTAR

Jom amalkan tips2 dibawah ni untuk lahirkan generasi yang bijak pandai, semoga menjadi manfaat buat kita semua.Sapa yang tak mau naka bijak pandai kan..Sk marilah kita amalkan!


1. Baca YA LATIF 100 kali dan hembuskan di ubun-ubun anak setiap malam bila anak tidur.
2. Baca surah al-Fatihah 1 kali
3. Baca Alam Nasrah 1 kali
4. Bercakap-cakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru nama penuh dia dan berbinti  

    ibunya. Contohnya memberi nasihat dan lain-lain lagi.
5. Sapu air lebihan wudhu pada muka dan ubun-ubun anak anda.

Successful Story by KZNabihah Boutique

Salam semua..
Sebak hati ni bila baca kisah perjalanan perniagaan owner KZNabihah Boutique,
Cik Bihah.. Terlalu banyak dugaan yang dilalui, tetapi dia KUAT!
Hopefully kisah Cik Bihah ni menjadi inspirasi buat kita semua.

HIDUP BUKAN SEKADAR IMPIAN KOSONG

Assalamualaikum & hai.
lama tak update blog tapi kali ini nak share dengan semua.

Saya nak share anda cerita saya maybe anda akan rasa menyampah tetapi itu saya tak ada masalah sebab setiap orang ada pendapat berbeza..

Saya nak share apa saya lalui tahun ini, ye tahun ini sahaja dari bulan 1 sehingga bulan 9 ini sahaja.
 Bulan 1 saya mulakan dengan pertunangan saya semua simple sebab saya jujur tak mampu nak buat apa-apa sebab saya baru masuk kedai yang simple ini dah habis nak 10k, kedai ini saya buka hasil dari duit simpanan saya berniaga dgn modal 1k yg ibu saya berikan.
YES! dari situ & tambahan dari modal tunang saya sebanyak Rm1k pada awal tahun 2011.

Bulan Januari juga saya ada upah seorang tukang jahit di kedai saya
AEDIL ya dia memang lelaki tetapi sy suka sangat sebab orang macam ini akan berjaya Insyallah.
Dia bekerja tak kisah kene marah dia betulkan, kene kerja lebih masa dia ok, kene jahit bende dia tak pandai pon dia ok siap pergi belajar menjahit semata-mata nak kerja dgn saya. Ini lah anak muda yg diperlukan tak malu bekerja dari bawah & tak memilih kerja. Masa ini kami hanya ada 2 mesin jahit sahaja hasil dari sy jual skirt D'bieha & Inner 2 tone pada bulan december 2011.


Bulan Februari saya masih bekerja dengan aeidil & ada staff baru nama syuhada .
Dorang memang best boleh kerja dengan tekun serta ok je bila suruh buat semula kalau customer komplain. Masa itu kedai saya tak ada apa2 pon lagi cuma ada mesin jahit, ampai baju dari berniaga online & meja opis 1 sahaja.

Bulan MAC, saya terima anugerah dari Dato Rais Yatim,
sangat gembira & bersyukur Alhamdulilah usaha saya terus ambil hati pelanggan membeli belah di KZNABIHAH BOUTIQUE berbaloi sebab mereka semua support & undi kedai online saya untuk kategori itu sehingga menang. Terima kasih semua.

April , sy mula buka kilang jahit sendiri & di ketuai oleh seorang akak ini. Memang impian saya nak buka kilang sendiri untuk jahitan boleh ambil jahit borong untuk butik lain sebab saya teringin nak bantu orang lain juga ada produk sendiri..
Tunang saya keluarkan 15,000 untuk buka kilang ini memang saya tak usik langsung modal itu untuk bawa ke kedai saya semua ke kilang..
Saya mula berphotoshoot di DAK TEROPONG STUDIO pada bulan ini.
Bulan April staff baru kak linda masuk kerja saya suka cara bekerja dia & cara dia handle pelanggan online kznabihah.

Bulan Mei, kat kilang itu dah mula buat perangai orang yg bekerja tak ambil serios .
kain saya habis rosak & customer marah2 sebab tudung senget serta macam2 masalah.
Kena ganti banyak duit customer sebab dorang return tudung, baju2 yg doang jahit ada gula-gula, shumi & macam2 . Saya kene ganti duit kain orang hantar & macam-macam lagi.

Saturday, September 22, 2012

Allah, kuatkan semangatku

Hari ni , rasa serabut sangat... rasa macam ada masalah besar.
Tapi rasanya masalah ni taklah seberat masalah orang lain..
Sedar ketika umur camni, aku tak punya apa-apa..

Tiada kerja yang hebat, tiada aset, tiada perniagaan, tiada wang!
Ya Allah, adakah Engkau sedang membalas segala dosa-dosaku selama ini..
Sekarang rasa seolah-olah Allah sedang menarik rezekiku..
Astagfirullahalazim, tak baik buruk sangka.. Maafkan aku.

Sesungguhnya aku bersyukur dengan segala rezeki yang engkau berikan selama ni.
Cuma mungkin diri sendiri yang alpa, tak tahu nak hargai benda di depan mata..

Ya Allah ,maafkan aku, kuatkan semangatku!
Jihah harus KUAT!

Thursday, September 20, 2012

Checklist untuk tahu minat kita

Aip! Umur sudah tahap jubli perak tapi belum tau minat diri sendiri.
Nasib lah ada baca blog Irfan Khairi, tentang bagaimana nak tahu passion kita..

Ok mari start checklist ni..


  • Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda, apakah kerja nya?
                 -Nak kerja yang tak payah deal dengan orang sangat, boleh buat diri jadi kreatif!
                  Mmm.. data specialist,berkaitan softeare. tak pun.. Pemilik butik!Nak berniaga!
  • Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak sedar masa berlalu?
                 -Sudah tentu online!  Explore software baru..  
  • Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak menerima bayaran?
                 -Blogging
                 -Design header,template blog walaupun tak berapa jadi,
                 -Ambil gambar orang.hehe.
                 -Berangan!
                
  • Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
                 -Main game.haha!
                 -Buat sesuatu perkara berulang kali sampai puas hati, tp hakikatnya ia buang masa saja..
                 
  • Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?
                -Eh, kenapa la ada soalan camni ..Mmm, buat sesuatu sampai puas hati la..
  • Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda minat, siapakah dia nya?
                -Datuk Maznah!
  • Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan dan susah untuk orang lain?
                - Mm... kena pikir jap.Online bisnes lah. 

Irfan Khairi cakap..

 "Satu option untuk kita melakukan apa yang kita minat dan suka adalah memulakan     
       perniagaan berkaitan dengan minat kita"

Nak tahu lebih lanjut?
Boleh klik website ni.. Irfan Khairi





Wednesday, September 19, 2012

Kenapa rasa tak sedap hati dan gelisah

Tiga hari lepas, sebelum cuti hari Malaysia, dah tak ingat hari apa sebenarnya..
Malam tu memang rasa tak sedap hati sangat, rasa gelisah, rasa macam ada yang tak kena..
Extraordinary gelisah!

Mula la pikir macam-macam.

Tapi malam tu betul-betul rasa lain macam.
Bila search google, ada terbaca entry yang mengatakan kalau kita rasa tak sedap hati tu tandanya
ada perkara tak baik yang akan berlaku..

Tapi tak elok lah pikir yang bukan-bukan..

Tapi hati ni tak sedap jugak..
Mula la pikirkan mak abah kat kampung, pikir tok,
pikir anak-anak sedara yang comel lote.. takot ada apa2 yang berlaku..
Pastu menangis sendirian.. emo!

At last, pukul 4 pagi baru tidoq..

Keesokkan harinya..

Dalam pukul 5ptg camtu..
Dapat berita bapak sedara dah meninggal dunia..
Sakit jantung..

Innalillah hi wainna ilaihi raji'un..

Diharapkan sesiapa yang terbaca entry ni bolehlah sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah pak cik saya..
Semoga rohna dicucuti rahmat..
Aminnnnn....



Friday, September 14, 2012

Apakah itu PEPLUM

Malam ni tiba-tiba rasa terbuka hati nak belajar menjahit..
Hari tu dah cakap kat mak tahun depan kalo boleh nak beli mesin jahit yang automatik tu..
Nak belajar jahit blouse sendiri, nak belajar jahit baju kurung sendiri.
Dah siap berangan nak buat template kurung siap, so lepas ni ikut je template tu.

Sebenarnya ada je mesin jahit yang sedang menunggu pewarisnya iaitu mesin jahit mak ngah aku.. hehehe.
Since dia single, kalu dia dah takdak nanti xtau la sapa yang nak gunakan mesin tu lagi.. Tapi mesin jahit tu menakutkan aku.. sebab terlalu advance bagi beginner macam aku nih.

Oh ya, mak ngah ada ambil upah jahit baju kat kampung.. Memang orang kampung tu suka la dengan hasil jahitan mak ngah.. Salute mak ngah.. hehe.

Ok, dah lari tajuk sikit tadi ..

Back to main story, sekarang PEPLUM style memang in lah.. Tak tau la dah lama mana style peplum ni bermula.. Sesungguhnya diriku seorang yang buta fashion!


Blogshop Jual Shawl Arab

Sebenarnya dah lama usha blogsop yang jual shawls Arab, memang susah sikit nak jumpa shawls yang bidang besar cam ni.

Sekarang ni pun asyik dok ulang pakai shawls Makkah yang kakak punya. Kaler hitam.
My feveret kaler for hijab. ;) 

So far ada satu blog ni jual Shawls yang memang menawan hati, dan harganya pun boleh tahan..
Padan lah dengan kualiti shawls tu kan.


Cantiknyaaaaaa


Ini lah shawls tu, cantek kan?  So tolong promote jap untuk Sue, tuan punya kedai Abaya Suraya,
yang sangat cantik dan pandai make up. FYI, dia juga MUA yang berpengalaman dalam metap2 nih..
Suka sangat tengok hasil make up dia.

Oh ya, kalau nak jamu2 mata dan seterusnya nak beli, boleh lah visit blog Abaya Suraya


Pic credit to AbayaSuraya



Thursday, September 13, 2012

Bila Housemate Bergaduh

Petang tadi tak pasal-pasal terdengar  'drama' live dalam umah sewa ni.

Kejadian pun bermula.....

Si A dengan tiba-tiba bercakap meninggi suara... macam sudah dirasuk syaitan.. Si B tenang je, kadang2 duk buat dont know ja dengan si A.

Aku? 

Aku yg sedap tidoq, kononnya penat baru balik keja ni tak sanggup mendengar kata-kata negatif dari Si A, lalu aku letakkan bantal busukku yang wangi itu rapat ke telinga.

Wednesday, September 12, 2012

I'm Exhausted..

Penatnya keje hari ni.. Bukan mengeluh , cuma sekadar berkongsi perasaan dengan blog kesayangan hamba ini. Penat keje apa tak tau hari la hari ni.

Padahal tiap2 hari buat keja yang sama ja.. Call customers.. buat quotation, follow up call, prepare daily report, update data untuk system database yang akan launch nanti, bla,bla,bla.

Wuargh! Tak baik mengeluh. Astagfirullahhalazim..

Hari ni hati berbunga2 sebab tengok ada iklan jawatan kosong kat Plexus..

Rasa cam nak apply jerk..

Tapi sekali tengok requirement.. depa prefer engineer la, means of course la peluang lebih cerah kepada engineering based.

Tapi tak salah mencuba kan, lagi pun aku ada ja basic industrial engineering, cuma rakyat Malaysia ni tak berapa paham lagi kos  aku nih..

Hehe.Oh ya, aku graduan Sains Pemutusan!

Proud to be Decision Science Graduate!!

Tuesday, September 11, 2012

Maafkan Aku Ibu..

Malam ni rasa touching sikit..Rindu mak kat kampung.Sob2 ;(
Bila dah tak stay sebumbung dengan mak , rasa rindu sangat..
Walaupun dok tak jauh mana pun,mak kat Kedah, aku di Penang..

Malam ni rasa syahdu ja..
Teringat kenangan silam dosa2 ak tehadap ibu selama 25 tahun aku hidup di muka bumi ni..
Ya Allah banyaknya dosa aku terhadapmu ibu  .

MAK...

Mak .. kita nak mintak maaf sebab kecik2 dulu tiap2 hari mintak mak duit rm1 tuk makan time rehat kat sekolah...
dah la time tu family tengah susah..

Monday, September 10, 2012

Cara cek makanan HALAL atau HARAM

Buat sahabat seagamaku..
Pasni boleh la cek dahulu sebelum membeli samada produk yang kita nak beli tu halal ke tak..

Jangan terpengaruh dengan iklan semata-mata..




Ni ha cara nak cek makanan tu halal ke tak..


TAIP HALAL<JARAK>NO.KOD BAR DAN HANTAR KE 32728
CONTOH :  TAIP HALAL 9556072010900  DAN HANTAR KE 32728

Sumber : Syubhah.webs

Makanan HALAL vs Makanan HARAM

Terkejut badak aku bila baca artikel dari website ni.
Banyak betul makanan haram zaman sekarang. Entah lah darah daging aku sekarang ni halal ke haram.
Lately memang selalu tak sedap hati.. Sejak termakan tiramisu dengan bos masa outstation bulan lepas,,
aku memang tak sedap hati langsung!

Mencabarnya hidup di zaman sekarang, semakin banyak restaurant2 yang jual makanan sedap pada harga berpatutan, dah tentu lah kita rakyat Malaysia suka suka sangat benda2 yang murah ni kan.

Tapi bila fikir-fikir, halal atau haramnya makanan yang kita makan semuanya bergantung pada diri kita sendiri.

Dah nampak pekerja restauran warga Nepal, kenapa nak makan kat situ lagi?
Dah rasa ragu2 , kenapa nak jugak pergi makan.?

Aku suggest lebih baik kita makan makanan yang orang Islam masak.. biar lah makan di gerai, asalkan HALAL! Jauhi Mcd,KFC, Wah,, mencabarnya aku rasa nak tinggai makanan2 nih..

9 Waktu Mustajab Untuk Menasihati Anak-Anak





Sunday, September 9, 2012

Petua Sedapkan Makanan

Apa kata tiap kali nak masak makanan kita amalkan perkara dibawah ni.
Confirm makanan sedap, pahala pun bertambah.
Bagi individu yang bisnes makanan tu, anda secara tak langsung berdakwah melalui bisnes..
Wah, mudah kan.

Ini amalannya..

1.Baca Bismillah.

2. Selawat

3. Zikir YaLatif sekerap mungkin sepanjang memasak makanan tersebut..


Insya'allah sedap makanan anda =)

Isu rumah sewa : Berani Kerana Benar

Ini hanyalah luahan rasa dari hatiku yang ikhlas..
Rasanya housemate aku tak baca kot sebab depa kan tau pun blog kesayangan aku nih..hehehe.
Ini adalah kesinabungan dari entry Asam Garam Rumah Sewa

Bila stay rumah sewa nih, macam-macam hal jadinya..
So far sebelum ada orang baru masuk ni aku bahagia je stay dengan 5 orang housemate.depa keje kilang,
jadi keje shift tak tentu la..Mula2 masuk terbeliak bijik mataku tengok bil beratus-ratus.

Rupa2 nya bil tunggakan bulan2 lepas.. hu,kus semangat. Bil air murah jer, tapi bil api la yang melambung sakan. Bil lebih kurang rm80++ padahal dok flat ja..

Housemate nih mula2 macam2 ragam gak la, suka keluar malam, dll
Tapi aku tak ambik port sangat asal tak ganggu hidup aku dan aku tak terikut dengan depa kan.
Awal2 dulu..aku kena bayar bil letrik lebih sikit, lebih rm3 sebab kononnya pakai laptop bil letrik akan naik..
Memang tak masuk akal tapi ak malas nak argue ngn sorang kakak nih, so aku bayar je lebih.

Now, setelah 6 bulan berlalu, last month, aku dah tak bayar lebih, sebab for long term aku rugi la beb.
Cuba bayang rm3 darab setahun dah brapa ringgit? Rugi cek.
Skrg kakak tu pun dah tak cakap dengan aku.. haha. Aku dah tak kisah, sebab aku tak bersalah..
Mungkin kakak tu tak faham sebab tak pernah pakai laptop..
Kakak tu pulak tiap2 malam tido radio on air jah.. tak ke naik bil letrik tu kak?
Housemate2 lain caj tipon 2,3 ketui tak naik bil ke kak?
Laptop jugak yg salah noh..

Yang aku nampak jugak dia cam nak ambil kesempatan je kat aku.
Alamak, tak baik bersangka buruk.. huuu.

Eh nanti kita sambung lagi cita ni eaa..





Tips Mencari Pekerjaan Yang Sesuai Dengan Perwatakan Diri

Pernahkah anda terfikir kerja apa yang paling sesuai dengan karakter anda?
Ada sesetengah orang yang tak kisah pun kerja apa, janji gaji masyukkk!!
But not to me.. Masih mencari kerja yang bersesuaian dengan diri.
Kepuasan kerja itu perlu ok =)

Tadi ada buat kuiz, so dapat identify kerja yang bersesuaian dengan my character..
So ni lah result nya..




Saturday, September 8, 2012

Kahwin dengan kos bawah RM5000 sahaja

Bismillahirrahmanirrahim...
Mari kita bukak minda, bukak mata, bukak telinga dengan membaca artikel ini..
Sangat menarik untuk dikongsi bersama.

Majlis perkahwinan bukan suatu majlis perniagaan. Bukan sidang jualan langsung atau tidak langsung. Ia adalah satu program ibadah kepada Tuhan ALLAH swt. Di kebanyakan tempat sekarang ini, majlis perkahwinan seperti program menjual nasi minyak atau menjual meja. Wang sumbangan dicatat dan di kira jumlahnya. Ini perbuatan sangat HINA. Saya ulangi - perbuatan ini dilakukan oleh satu pemikiran yang hina dan tidak bertamaddun. Kita tinggalkan kehinaan itu.... mari bicara bagaimana menjalankan majlis walimah yang murah dan cantik.

Kos di bawah RM 5000 !

Friday, September 7, 2012

Strategi Berniaga di Facebook

Happy Weekend!!!

Ada yang bercuti.. ada juga yang bekerja.. macam i.hee.tak best. Tapi hari ni keja half day ja..
Bos tak masuk opis.. so jalan2 cari makan jap.he2.
Hari ni terjumpa info strategi jual produk di FB, tapi panjang giler karangan dia..
So meh kita ringkaskan untuk sayang2 semua..

1.Gunakan gambar profile yang menarik
   -Elakkan menukar gambar profil terlalu kerap.
   -Gunakan satu gambar logo secara konsisten.


Thursday, September 6, 2012

Inspirasi Kejayaan Bangsa Melayu

Lately memang suka cari info berkaitan bisnes. Nak kumpulkan semula kekuatan untuk berbisnes.
Memang susah nak bangun semula bila dah lama stop bisnes.. Pada  pendapat aku, memang senang nak capai kejayaan tapi bukannya mudah untuk kekalkan momentum kejayaan.

Dulu pun stop bisnes sebab dok tengah belajaq lagi.. mana dengan assignment, dengan  nak studi lagi.
Sekarang pulak fokus kerja.. Sampai terbawa balik kerja ofis tiap2 hari. 

Ingat lagi dulu aim nak buat kerja part time.. sekarang dah lepas 6bulan.. entah kemana bisnes ak nih.. Waaa... sedih.
Ahh, tapi semua tu alasan belaka. Allah s.w.t bagi 24 jam sehari untuk kita.. Terpulanglah camna kita nak gunakan masa yang ada kan.Ok, aku alpa!


Wednesday, September 5, 2012

Pesanan Hikmah dari Dato Dr. Stapa Omar (Pengasas DCL)

Assalamualaikum. Selamat Pagi =) Dah breakfast ke belum ?

Pagi2 ni buka FB ada terbaca pesanan dari pengasas DCL, Dato Dr Stapa Omar. 

1. Jatuh macam mana pun, teruk macam mana pun tapi jika berSYUKUR, Allah akan bagi balik apa yang   
pernah kita dapat dulu.

2. Rahsia besar untuk kaya adalah MEMBERI. Oleh itu berilah apa sahaja yang mampu anda berikan.

Tuesday, September 4, 2012

Panduan Gaji Untuk Fresh Graduate 2011/2012

Assalamualaikumm...

Tadi blogwalking terjumpa senarai gaji untuk company in Malaysia..
Starting gaji untuk fresh graduate, boleh jadi panduan buat anda semua..
Boleh refer link di bawah ni yer..

Jamaluddin.net

Lepas baca entry dekat blog Jamaluddin.net nih..terbuka mata dan minda den.. rasa macam underpaid la pulak... haha..

Apa pun aku bersyukur dengan rezeki yang Allah turunkan sekarang..
Allah itu lebih mengetahui..
Tetapi tak salah kalau kita berusaha untuk dapatkan kerja dan gaji yang lebih baik kan...
Apapun kunci kepada rezeki ialah 'USAHA' .

Nuffnang Oh Nuffnang

Oh Nuffnang ku sayang...

Kenapakah aku tidak pernah dapat earning lagi darimu Nuff?
Apa lah yang nak herannya nye Cik Jihah oi, traffic pun tak mencengkam jiwa, minimum earning pun belum achieve, memang confirm la tak dapat dapat nak cashout.heeee...

Memandangkan diri sendiri kurang ilmu dalam nuffnang , maka sama-samalah kita belajar camna cara nak tambah earning buat beginner seperti aku..

Masih banyak benda nak kena improve.. almaklumlah blog ni bukan ramai visitor pun, blog pada mulanya dengan niat saja seronok2.. Sekarang rasa macam rugi pulak kalau tak grab peluang yang ada tuk tambah pendapatan kannn..

Seronok tengok earning Redmummy tuh,,hoho..Sebulan punya income dah boleh bayar deposit keta idaman aku kot,..haha. 

So lepas ni kenalah rajin2kan diri untuk update blog, lately memang dah makin kerap update blog since stress...

Thank you to stress because of you i dah rajin update blog. =)




7 Perkara Yang Amat Logik Lagi Bermakna

Assalamualaikum.

Nah share lagi ayat ayat motivasi dari Datuk Maznah..

Peringatan untuk diri sendiri dan juga readers..

7 Perkara Yang Amat Logik Lagi Bermakna

1) Redhalah dengan masa lalu anda agar ia tidak menggangu masa hadapan anda. 

2) Apa yang orang lain fikir tentang anda bukannya urusan anda.

-Betul tu =)-

3) Masa mampu mengubati hampir segala-galanya, berikanlah ia sedikit waktu. 



4) Tidak ada orang lain yang dapat menentukan kebahagiaan diri anda melainkan diri sendiri. 
-I will-


5) Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain kerana anda tidak mengetahui perjalanan hidup mereka yang sebenar.-I will learn-

6) Jangan terlalu banyak berfikir, tidak mengapa jika anda tidak mengetahui akan semua jawapannya.
-I will-

7) Senyumlah, anda tidak bertanggungjawab terhadap segala masalah yang ada di dalam dunia ini. 
-I will-






Tips Kecantikan Bibir

Tips untuk dapatkan bibir merah delima

1. Sapukan mentega atau majerin di bibir setiap malam sebelum tidur.
Confirm berkesan, berdasarkan link blog di bawah ni

2. Ambil 3 helai daun sirih, perah airnya dan sapu di bibir setiap malam sebelum tidur..

3. Sapu madu di bibir sebelum tidur
-Madu lebih kepada untuk lembapkan bibir yang kering..
Selalu jugak Jiha buat.




Petua Kempis Perut

Hari ni nak share petua kempis perut yang memang Jiha selalu amalkan selama ni..

So far petua ni memang berkesan, cuma kena amalkan selalu. 

1. Jangan makan bersulamkan air.-Baru start,hehe-

2. Selalu pakai bengkung.

3. Amalkan exercise untuk kempiskan perut.
Caranya, kempiskan perut sekempis mungkin ,selama mungkin..
Tak perlu tahan nafas.
Kena buat selalu tau.

4. Selalu buat sit up..

5.Kurangkan makanan berlemak.. Jangan dok manja diri sangat makan lemak2 tak hengat dunia..hehe..


Sekian buat masa ni..Tunggu entry seterusnya untuk info yang lebih details.




Monday, September 3, 2012

Emo Lagiiiii

Lately memang down sangat emosi ni,

pasaipa entah..... memikirkan bisnes yang tak berganjak.. pikirkan kerja sekarang.. pikirkan masalah

rumah sewa... pikirkan masa depan, pasal keluarga, kesihatan, macam2 lagi la..

I'm a thinker! Otak memang aktif berlegar pikir macam-macam perkara..

Juga seorang yang terlalu memikirkan perasaan orang lain..

Seboleh-bolehnya akan cuba jaga hati dan perasaan orang di sekeliling.. 

Tapi sedar manusia itu sifatnya tak sempurna so tak mustahil kalau ada insan di sekeliling

yang terasa hati dengan diri ni..

Lately ni jugak semakin mendekatkan diri dengan Allah, walaupun belum 100% sempurna,

tetapi sedang berusaha ke arah itu.. 

Bukan senang nak hidup di zaman yang serba moden ni..Iman kena kuat...

Ya Allah..beikan aku PELUANG untuk mendekatkan diri kepadamu..



Sekeping Hati

Kenapa ya malam ni, hari ini,

hati , minda rasa tak semangat langsung..

Semangat ku terus hilang! Rasa seperti hilang sudah pemberi semangat...

Hakikatnya aku masih punya pembakar semangat....

No mood for working.

-_-

Rasa macam nak apply cuti setahun.haha.

Confirm lah tak boleh cuti setahun melainkan berhenti kerja dengan rela hatinya.

Hakikanya banyak sangat perkara yang tersimpul rapi dalam hati ni..

Hanya Allah yang tahu.. macam mana persaan ni...