Saturday, November 24, 2012

Mereka wanita TABAH dan BERJAYA

Hari ni 10 Muharam, alhamdulillah berjaya puasa sunat di bulan mulia ni buat pertama kalinya.
Satu pencapaian yang terbaik dalam hidup ni. =)
Syukur Allah s.w.t bukakan pintu hati supaya berpuasa hari ni..
Slowly sy akan improve diri ni untuk menjadi insan yang lebih baik ^-^

Kebelakangan ni saya agak down dengan my online bisnes.. tapi selepas baca  blog-blog peniaga online yang lain saya kembali bersemangat.

Suka sangat baca blog jutawan muda Felinna ni, actually dah lama follow blog ni..since dia buat event modelling dulu-dulu.Now dia sudah berhijrah, berkahwin dan mempunyai sorang baby bam bam comel yg bernama Riedzki.Nama baby ni pun sempena  rezeki yang dilimpahkan Allah s.w.t kepada mereka dalam bidang perniagaan. Syukur buat mereka. Saya tak mampu nak jadi setabah Felinna, so saya jadikan dia sebagai idol saya jugak, sy harus jadi seperti dia..seorang yg TABAH dan tidak mudah berputus asa.
Sikap ni memang tiada dalam diri saya sebelum ni. But now, I improve sedikit demi sedikit.

Lagi bertambah terharu bila baca entry ini  , barulah saya nampak kisah mereka yg sangat perit sebelum berjaya.Betullah cakap orang, tak mudah nak berjaya.Kalau nak berjaya kita mesti gagal dulu. DARE TO FAIL ! Yang penting kena kuat semangat dan jangan mudah berputus asa. Dari story ni jugak, saya nampak, Allah akan murahkan rezeki dalam perkahwinan dan kehadiran cahaya mata juga membawa rezeki di dalam rumahtangga. 

Second blog yang sy suka baca, blog KZNabihah.
Dahsyat juga story cik Bihah kita ni.. jatuh bangun dalam bidang perniagaan ,ditambah pula dengna kehilangan insan-insan tersayang sangat perit buat dia.
Lagi menyakitkan hati bila mempunyai staf yg tidak boleh dipercayai.. Semoga Allah memberikan Hidayah kepada orang itu ye Bihah ;)
Nak tau strory tentang jatuh bangun Bihah boleh klik link ni

Apa yang saya paling respect Bihah ni, dia seorang yg yakin diri, walaupun berbadan besar, tapi berani bergaya. Wah, jauhnya gap sy dan awak.. hehe.
Saya agak kurang yakin diri sebelum ni, tapi bila baca blog awak.. terus jadi semangat!
Hee. terima kasih Bihah kerana memberikan inspirsa kepada insan-insan seperti saya.
Saya percaya ramai yang menjadikan anda sebagai idola mereka.

Buat Bihah dan Felinna, semoga Allah s.w.t murahkan rezeki kalian.. semoga saya menjadi tabah dan berjaya seperti awak berdua ya ! Aminn





No comments:

Post a Comment