Semangat ja nak typing petang ni sebab mood baik, dapat makan keropok lekor Terengganu yang
housemate bawak balik dari kampung die. hehe.
Salam maal hijrah, selamat tahun baru buat anda semua. Asyik2 dok wish Happy new year omputih ja,
kenapa la kita tak meriahkan tahun baru islam kita ni kan?
Ok sempena tahun baru maal hijrah 1434 ni, sy pun ada azam baru..hehe.
Paling utama, of course nak jadi muslimah yg lebih baik..ecece.
Talk about bisnes, kalau boleh nak maju dalam bidang bisnes ni.Nak berjaya macam orang lain jugak.
Tetapi matlamat utama sudah tentu nak bantu orang lain, nak bantu family, dan nak bantu diri sendiri .
Pada pendapat saya, berniaga ni boleh improve diri kita, boleh belajar cara layan customer.. boleh belajar susah payah nak cari duit, boleh tajamkan otak sebab asyik dok pikir strategi berniaga. Walaupun saya masih merangkak, harap2 boleh berjaya seperti orang lain!
Oh now saya dah nampak my main target untuk tahun baru islam ni nak maju dalam perniagaan.
Tapi dalam berniaga ni saya terapkan sikap jujur, niat nak bantu orang, bukan kerana kewangan semata-mata. Kena percaya juga yang rezeki itu datangnya dari Allah, tetapi kita pun perlu usaha keras, barulah Allah lebih memberkati kita kan?
Salam maal hijrah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya =)
Do you love business? Me too =)
No comments:
Post a Comment