Monday, November 19, 2012

Ikhlas dari hati buat W** M*** H****

Malam ini sangatlah menyedihkan.
Lately juga tiada lagi kisah jiwang antara aku dan dia. ecece.
Sebenarmya hati ni sedih sangat sebab
semalam sy demam, tapi boleh pulak awak tinggal tipon kat umah,
semata-mata pergi memburu pelanduk!

Buat pengetahuan awak, saya ni susah nak demam, boleh kata 5 tahun sekali
baru demam. Demam pulak biasanya sehari je, lepas tu dah ok. Time demam ni saya anggap boleh le manja-manja mintak perhatian lebih sikit dari awak.
Tapi jangan mimpilah!

Saya ada cakap semalam saya muntah.. then awak macam nak marah tanya
semalam saya makan pe? makan makanan basi ke?
Wah, sedihnya.. 




Dan malam ni..
Hajat nak merajuk sy tak kesampaian sebab awak sakit kepala lagi..
Dah banyak kali kot awak sakit..
Saya tak tau la awak sakit pe, tp sy rasa tak sedap hati da..

Dan malam ini juga saya sedih..
Sebab tak tahu hubungan kita kemana..
Bila makin lama berkawan, saya tengok semakin berkurang 
'kemanisan' dalam hubungan ini...
Rasa macam xmo kawan ngan awak lagi..
Tapi bila fikirkan semula,
 saya memang tak dak hak apa pun kat awak..
Kita tak da apa-apa hubungan yg HALAL!

Mana awak yang dahulu?
Awak yg penyayang...
Awak yang raut wajahnya tenang bila dipandang..
Awak yg mengambil berat?

Saya tau awak takkan baca blog ni.. sebab tu saya berani tulis luahan hati saya ni.
hehe.. Harapnya hati awak dapat rasakan apa yang sy tuliskan ni ya..

"Ya Allah...
Kau permudahkanlah Urusannya..
Kau berikanlah ketenangan kepada hatinya..
Semoga dia rajin solat.. rajin ke masjid!
Kau permudahkanlah urusan kami untuk bernikah Ya Allah..
Lembutkanlah hati keluarga kami agar menerima niat suci kami Ya Allah..
Murahkanlah Rezeki Kami Ya Allah"






No comments:

Post a Comment