Friday, November 23, 2012

I Dont Want to be Hangat-Hangat Tahi Ayam

Best tak tajuk entry ni? mix english dan bm.
Hakikatnya ada ke perkataan english untuk hangat-hangat tahi ayam? ermmm.
Hot hot chicken shit.haha.ops, melampau sudah.

Seperti biasa sy suka tambah ilmu di website Irfan Khairi, dan entry yg menarik perhatianku malam ni ialah 
Hangat-hangat tahi ayam.
Bahasa mudahnya peribahasa ni, kita bersemangat buat sesuatu perkara pada mulanya. Last2, berhenti separuh jalan.. So macam mana kita nak atasi sikap hangat-hangat tahi ayam ni?


Gambar sekadar hiburan

Bagaimana caranya untuk maintain dan meneruskan sesuatu motivasi?

 Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut  setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.


Boleh kasi contohnya untuk mudah difahami?

Katalah anda ingin memulakan perniagaan online. 
Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. 
Tak kira sama ada membaca mengenai perniagaan Internet, memperbaiki idea perniagaan internet anda, membeli web hosting dan domain name untuk perniagaan Internet dan sebagainya.
Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk perniagaan Internet.

...

Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang.

-Irfan Khairi







No comments:

Post a Comment