Saturday, November 24, 2012

Mereka wanita TABAH dan BERJAYA

Hari ni 10 Muharam, alhamdulillah berjaya puasa sunat di bulan mulia ni buat pertama kalinya.
Satu pencapaian yang terbaik dalam hidup ni. =)
Syukur Allah s.w.t bukakan pintu hati supaya berpuasa hari ni..
Slowly sy akan improve diri ni untuk menjadi insan yang lebih baik ^-^

Kebelakangan ni saya agak down dengan my online bisnes.. tapi selepas baca  blog-blog peniaga online yang lain saya kembali bersemangat.

Suka sangat baca blog jutawan muda Felinna ni, actually dah lama follow blog ni..since dia buat event modelling dulu-dulu.Now dia sudah berhijrah, berkahwin dan mempunyai sorang baby bam bam comel yg bernama Riedzki.Nama baby ni pun sempena  rezeki yang dilimpahkan Allah s.w.t kepada mereka dalam bidang perniagaan. Syukur buat mereka. Saya tak mampu nak jadi setabah Felinna, so saya jadikan dia sebagai idol saya jugak, sy harus jadi seperti dia..seorang yg TABAH dan tidak mudah berputus asa.
Sikap ni memang tiada dalam diri saya sebelum ni. But now, I improve sedikit demi sedikit.

Lagi bertambah terharu bila baca entry ini  , barulah saya nampak kisah mereka yg sangat perit sebelum berjaya.Betullah cakap orang, tak mudah nak berjaya.Kalau nak berjaya kita mesti gagal dulu. DARE TO FAIL ! Yang penting kena kuat semangat dan jangan mudah berputus asa. Dari story ni jugak, saya nampak, Allah akan murahkan rezeki dalam perkahwinan dan kehadiran cahaya mata juga membawa rezeki di dalam rumahtangga. 

Second blog yang sy suka baca, blog KZNabihah.
Dahsyat juga story cik Bihah kita ni.. jatuh bangun dalam bidang perniagaan ,ditambah pula dengna kehilangan insan-insan tersayang sangat perit buat dia.
Lagi menyakitkan hati bila mempunyai staf yg tidak boleh dipercayai.. Semoga Allah memberikan Hidayah kepada orang itu ye Bihah ;)
Nak tau strory tentang jatuh bangun Bihah boleh klik link ni

Apa yang saya paling respect Bihah ni, dia seorang yg yakin diri, walaupun berbadan besar, tapi berani bergaya. Wah, jauhnya gap sy dan awak.. hehe.
Saya agak kurang yakin diri sebelum ni, tapi bila baca blog awak.. terus jadi semangat!
Hee. terima kasih Bihah kerana memberikan inspirsa kepada insan-insan seperti saya.
Saya percaya ramai yang menjadikan anda sebagai idola mereka.

Buat Bihah dan Felinna, semoga Allah s.w.t murahkan rezeki kalian.. semoga saya menjadi tabah dan berjaya seperti awak berdua ya ! Aminn





Friday, November 23, 2012

I Dont Want to be Hangat-Hangat Tahi Ayam

Best tak tajuk entry ni? mix english dan bm.
Hakikatnya ada ke perkataan english untuk hangat-hangat tahi ayam? ermmm.
Hot hot chicken shit.haha.ops, melampau sudah.

Seperti biasa sy suka tambah ilmu di website Irfan Khairi, dan entry yg menarik perhatianku malam ni ialah 
Hangat-hangat tahi ayam.
Bahasa mudahnya peribahasa ni, kita bersemangat buat sesuatu perkara pada mulanya. Last2, berhenti separuh jalan.. So macam mana kita nak atasi sikap hangat-hangat tahi ayam ni?


Gambar sekadar hiburan

Bagaimana caranya untuk maintain dan meneruskan sesuatu motivasi?

 Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut  setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.


Boleh kasi contohnya untuk mudah difahami?

Katalah anda ingin memulakan perniagaan online. 
Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. 
Tak kira sama ada membaca mengenai perniagaan Internet, memperbaiki idea perniagaan internet anda, membeli web hosting dan domain name untuk perniagaan Internet dan sebagainya.
Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk perniagaan Internet.

...

Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang.

-Irfan Khairi







Monday, November 19, 2012

Ikhlas dari hati buat W** M*** H****

Malam ini sangatlah menyedihkan.
Lately juga tiada lagi kisah jiwang antara aku dan dia. ecece.
Sebenarmya hati ni sedih sangat sebab
semalam sy demam, tapi boleh pulak awak tinggal tipon kat umah,
semata-mata pergi memburu pelanduk!

Buat pengetahuan awak, saya ni susah nak demam, boleh kata 5 tahun sekali
baru demam. Demam pulak biasanya sehari je, lepas tu dah ok. Time demam ni saya anggap boleh le manja-manja mintak perhatian lebih sikit dari awak.
Tapi jangan mimpilah!

Saya ada cakap semalam saya muntah.. then awak macam nak marah tanya
semalam saya makan pe? makan makanan basi ke?
Wah, sedihnya.. 


Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru Awal Muharram

Assalamualaikum.

Semangat ja nak typing petang ni sebab mood baik, dapat makan keropok lekor Terengganu yang
housemate bawak balik dari kampung die. hehe.

Salam maal hijrah, selamat tahun baru buat anda semua. Asyik2 dok wish Happy new year omputih ja,
kenapa la kita tak meriahkan tahun baru islam kita ni kan?

Ok sempena tahun baru maal hijrah 1434 ni, sy pun ada azam baru..hehe.

Paling utama, of course nak jadi muslimah yg lebih baik..ecece.

Talk about bisnes, kalau boleh nak maju dalam bidang bisnes ni.Nak berjaya macam orang lain jugak.
Tetapi matlamat utama sudah tentu nak bantu orang lain, nak bantu family, dan nak bantu diri sendiri .

Pada pendapat saya, berniaga ni boleh improve diri kita, boleh belajar cara layan customer.. boleh belajar susah payah nak cari duit, boleh tajamkan otak sebab asyik dok pikir strategi berniaga. Walaupun saya masih merangkak, harap2 boleh berjaya seperti orang lain!

Oh now saya dah nampak my main target untuk tahun baru islam ni nak maju dalam perniagaan.

Tapi dalam berniaga ni saya terapkan sikap jujur, niat nak bantu orang, bukan kerana kewangan semata-mata. Kena percaya juga yang rezeki itu datangnya dari Allah, tetapi kita pun perlu usaha keras, barulah Allah lebih memberkati kita kan?

Salam maal hijrah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya =)


Do you love business? Me too =) 

Tuesday, November 13, 2012

Tips Mudah Membuat Keputusan

Salam.. tips ni sy copy paste dari FB my friends ja.
Amat menarik dan berfaedah untuk dikongsi bersama anda.

..........................................................................


Dari KELANTAN: Tips ini mudah dan boleh dimulakan serta-merta. Insya-Allah.

1) Bila mahu membuat keputusan; contohnya mahu beli sekilo ikan atau dua kilo? Mahu bertolak pukul 8.00 pagi atau 8.00 malam? Atau apa sahaja keputusan yang bersifat segera... bacalah istigfar 3 kali diikuti dengan selawat 3 kali.

Kemudian berdoalah mohon Allah pilihkan yang terbaik. Setelah lakukan itu, apa yang datang
ke hati....pilihlah.

2) Bahasa mudahnya, kita tanya Allah dulu. Apa pun tindakan itu......,besar atau kecil.

Sebabnya, kita tidak tahu apakah keputusan itu nanti akan membawa manfaat atau mudarat.

3) Sungguh, melakukan strategi di atas akan membuat hati kita tenang. Segalanya memang patut begitu. Segalanya memang perlu disandarkan kepada Allah.

Bayangkan saja, andai semua perkara, perlu kita buat dan fikirkan sendiri...

Nanti, jadilah kita seorang yang sukar untuk senyum!

Sungguh, strategi orang beriman itu mudah sahaja.

Caranya? Buat saja dengan sungguh-sungguh apa yang boleh dibuat. Selebihnya serah kepada Allah.

-Quoted from 'Mudahnya Menjemput Rezeki'

Sunday, November 11, 2012

I AM A BUSINESSWOMAN

Salam..

Tinggal beberapa hari lagi akan bermula  tahun baru bulan Islam iaitu Awal Muharram..
Dalam bulan ni biasanya mak suka buat bubur Asyura. Kalau kat Kedah ni bubur Sora la kami panggil secara ringkasnya. hehe. Bubur Sora biasanya ada isi jagung, pisang, kacang tanah dan kacang hijau. Takda isi ayam atau daging pun. tapi tetap sodap.hehe.

I still survive untuk my online bisnes setelah sekian lama berhenti. Lately ada jugak terpikir kenapa la saya bazirkan masa 8 bulan semasa saya menganggur dulu , kenapa saya tak continue bisnes online saya.
Bila fikirkan ni rasa menyesal sangat sangat. Tapi menyesal pun tak guna.Bygone be bygone.



Now in November saya seakan diberi kekuatan untuk continue bisnes ni.
Semuanya bermula dari bawah.. Segala-galanya dari bawah!
Mungkin juga saya pernah jatuh teruk.. teruk bagi saya.. Tetapi saya harus ingat rezeki itu milik Allah..
Dari dialah datangnya semua rezeki ni, bukan dari bos ya!

Buat kawan-kawan blogger, doakan kejayaan saya ya.. Jemput follow my blogshop Belezza Boutique ,
dan juga Like my FB, Belezza Boutique




Friday, November 9, 2012

Badan panas bukan petanda demam

Salam..
Hai semua adik2,abang, kakak.. sedang tengok Anugerah Skrin 2012 ke tu?

Kita pun tengok jugak tadi.. tp dah kurang berminat sebab macam tak best ja.. sorry to say.
Tetapi they all dah buat yg terbaik untuk event malam ni,so tahniah buat mereka.

Just nak share sepanjang minggu ni adalah minggu malas bekerja bagi aku.
Tiap hari rasa malas nak kerja, tak tahu kenapa. So semalam ada la chat ngan member kat FB( jimat kredit dong), then ada share la about my perasaan malas ni ha.




Then my friend cakap bila malas tu, tandanya badan kita nak rest. Betul juga cakap my friend ni, sebab lately memang aku ter'over' hardworking sikit. haha,manglish di situ. Ops. This week memang usaha gigih nak achieve target kerja almaklumlah kerja dalam area sales kalau takda target ni tak sah.

Tapi aku lagi risau bila badan aku panas sangat minggu ni, tapi aku tak demam pun.
Sebab aku ni memang spesies mamalia berdarah panas,Haha,Aku tau, uollss pun darah panas jugak, tapi ada orang yg jenis badan die memang panas, macam orang demam tapi hakikatnya golongan seperti kami ini sihat sejahtera ja.haha.

Actually badan panas ni terjadi sebab banyak ASID dalam badan. Aku ada buat sedikit research sebelum ni, rupanya ramai lagi individu yang senasib aku,kiranya aku bukanlah alien di bumi Malaysia ini. haha.

Ok lah, nak update blog bisnes I pulak uolls.. nanti kita nak buat entry tentang badan berasid pulak..

Eh, jemputlah blogwalking ke blog bisnes kita. Belezza Boutique.

Thursday, November 8, 2012

10 Punca Kenapa Anda Selalu Gagal Dalam Mencapai Impian



10P KELEMAHAN/ MASALAH ORANG YANG SELALU GAGAL DI DALAM MENCAPAI IMPIAN MEREKA:

Nak tahu kenapa anda selalu gagal dalam mencapai impian? Ni lah sebabnya :

1. Pemberi Alasan
2. Pemalas
3. Penangguh
4. Perlahan
5. Penunggu
6. Pengikut bukan Pemimpin
7. Penyibuk Bukan Halnya
8. Penuduh
9. Pengkritik bukan Pelaku
10. Pertengahan Jalan, tidak buat sehingga habis!

Mak ai,setelah mengaudit diri sendiri, banyak rupanya sikap aku tersenarai di atas..
Need Improvement! Chaiyok!


Credit to : Azizan Osman

Monday, November 5, 2012

Anak Diajar Minta Sedekah

Petang semalam.. tempat kejadian di bus stop Jetty Georgetown. 4 Nov 2012.

Lebih kurang jam 6.30 petang, sedang tunggu bas Rapid yang tak muncul tiba.
Dah la kesorangan, tak dak peneman, susah hati and risau bebenor den rasakan.
Tunggu bas 401 ke Balik Pulau yang tak berkunjung tiba.hehe.

Tiba-tiba ada seorang budak perempuan ni mai kat aku,
mintak sedekah, dia cakap akak, nak mintak sedekah, sebab dompet mak saya hilang.Tak boleh balik.
Lancar ja budak ni cakap..Isk, bijak2.

Aku dengan automatiknya dok cari mana la mak budak ni.
Tak nampak pun. Dalam hati dah pikir bukan-bukan, so aku toleh merata nak cari kot2 ada kaki yang hanta budak nih suh mintak sedekah. Walaupun aku x sedap hati, tp aku sedekah gak lak duit kat budak ni sebab kesian.

Niat aku masa tu, kalau betul or tak dompet mak budak ni hilang biarla, aku just niat nak bersedekah.

5 Minit kemudian..

Keropok leko yang aku bleli tadi aku jatuh, tapi tak kena lantai pun, kopok leko selamat dalam plastik.
Tapi aku dah serba salah nak simpan ke nak buang, sebab cam tak best nak ambil balik makanan  yang dah jatuh ke lantai.
Mau la makanan ak tak jatuh, balik kampung kilik beg kiri kanan, sebab bawak bekal makanan yang mak masak banyak-banyak tu.hehe.Tima kasih mak. Ok back to story.

Sedang aku dok confuse nak simpan or buang kopok leko tu,

Ada sorang mak cik ni cakap.

DIK, jangan buang makanan tu, nanti BERDOSA!

Thursday, November 1, 2012

PETUA UNTUK HATI TENANG

Share this picture if you are a positive person.


Sukar ke nak ubah sikap diri sendiri

Salam.


Bertemu sekali lagi Jumaat iaitu esok, baru G-hah dapat update blog.
Sibuk lah kononnya.. Padahal baru bayaq bil broadband petang tadi. hehee.


Saya masih lagi dalam proses "TRANSFORMERS"
Nak ubah diri menjadi seorang individu yang lebih baik..
Memang saya rasakan kesukarannya.. tp pada Allah jugak tempat saya mengadu supaya dikuatkan
semangat,dan jangan mudah putus asa!


Mengapa saya katakan sukar sangat nak berubah?
Ye lah, bayangkan.. selama 24tahun saya hidup dalam lingkungan keluarga saya yang sudah tentunya lain surrounding kan..
Bila umur mencecah 25tahun, barulah sy rasakan sesuatu.
Rasa nak build my own character! Maybe too late bagi sesetengah orang..
But not for me.
Saya percaya ini juga adalah signal permulaan dari Allah s.w.t untuk saya.