Thursday, February 14, 2013

Kekasihku sudah MATI

Saya anggap awak sudah meninggal dunia..
Jadi pada siapa sy nak msg or phone..
Sebab awak dah mati..
Cuma sy akan kenang kebaikan awak sampai bila2...
Awak yg peramah..
Awak yg tenang raut wajah..
Bila sy pandang sejuk je hati ni...
Awak yang suka menolong orang...

Awak curang?
Ye saya marah sgt2..
Sebab awak pentingkan perasaan awak sendiri..
Awak cari spare part setahun yang dulu untuk menjaga hati awak sendiri...
Sedangkan awak tak fikirkan betapa hancurnya hati saya yang cintakan awak 10tahun yang lalu...
Dan awak meninggalkan saya begitu sahaja bila awak rasa hati awak dah boleh tinggalkan saya..
Awak pengecut..mudah mengalah..mudah putus asa..
Saya je yang nak pertahankan hubungan ni sedangkan awak cepat putus asa..

Kalau ikutkan hati..saya benci awak,
saya dendam dengan awak..
Tapi...
awak dah mati..
sy maafkan salah silap awak selama ini..
Sy pun nak minta maaf dari awak tapii tak sempat..
Sebab awak dah
MATI.

Andai kata suatu hari nanti saya terserempak dengan seseorang yang wajahnya
seiras awak..
Sy percaya itu bukan awak..
kerana awak sudah mati..
Semoga awak tenang di sana...

Selamat tinggal cinta.
Hanya kenangan manis bersama awak sy simpan..
Kenangan pahit sy lupakan..
Saya maafkan awak...

Selamat datang kejayaan dan kekayaan..
Kau yang terindah..





No comments:

Post a Comment