Friday, August 31, 2012

Asam garam tinggal di rumah sewa.

Dah genap 6 bulan aku tinggal kat rumah sewa ni..

Dan bermacam-macam jugak la pengalaman yang aku dapat.

Masam, manis, pahit semua ada...

Cerita yang kebaikan dulu la..

Dok umah sewa nih of course la dapat kawan baru..

Boleh share pendapat, boleh tengok tv sama2,

Boleh share masalah, dan macam-macam lagi la.

Untuk keburukkan pulak.. banyakkkk sangat! Heee..

Stay kat umah sewa ni tak sah kalo takdak sorang yang pemalas dalam umah.

Malas buang sampah, malas mandi.errr.Malas masak, semua lah.

Kalau malas sikit2 xpa gak, ni dah keterlaluan..

Kalau setakat malas untuk ddiri sendiri takpa lg,

tp ni malas sampai susahkan orang lain.

Nak buang sampah pon nak kena ajak orang.. Tak leh nak berdikari buang sampah sendiri.

Kalau tak teman alamat memang tak terbuang la sampah tu.

Tak sah jugak kalau tak berebut channel time tengok tv, yang ni memang selalu jadi. haha.

Tapi best gak time berebut channel tb nih. Kenangan manis.haha.

Lagi yang tak best bila dapat housemate yang perangai pelik sikit..

Pakai selipar lam umah, masuk toilet, kuar toilet dengan selipar yg sama.

Tak ke pongotor namanya tuh?

Lagi tak best bila ada spesies yang stail tutup pintu kuat, bukan tutup dah namanya,

Tapi hempasss pintu.Tak kisah le pintu bilik ka, pintu peti ais ka, semua sama ja dia bantai.

Ada lagi yang buat sakit hati.. dapat housemate yang style rendam baju dalam

washing machine semalaman ,pastu baru basuh..padahal dah rendam baju tu semalaman dalam baldi.

Lagi tak best bila yang jenis suka pinjam duit dan pinjam moto..

Yang ni la masalah aku sekarang ni..Wuaaaa!!!!!


No comments:

Post a Comment