Saturday, August 11, 2012

10 Cara Tingkatkan Keyakinan Diri

Kat bawah ni adalah 10 Cara Untuk Tingkat Keyakinan Diri oleh
Datuk Maznah Hamid,my mentor.



  1. Sematkan pada fikiran anda gambaran diri anda yang berjaya. Minda 'separuh sedar' anda akan mencari jalan untuk merealisasikan imej diri ini.

2. Bila fikiran negatif mendatangi minda anda, terus batalkan. Padamkan cepat-cepat, gantikan dengan fikiran yang positif. Fikirkan Boleh!


3.  Jangan sekali-kali menghimpun halangan dalam imaginasi anda. Imbas kembali kecemerlangan anda pada masa lampau.
 
 
4. Jangan mudah terpengaruh atau terpesona dengan orang lain atau cuba untuk meniru mereka.   
     Lengkapkan diri untuk menjadi 'diri anda' yang terbaik!

5. Ulangi 10 kali setiap hari kata-kata ini, "Sekiranya Tuhan sentiasa bersamaku, siapa yang berani merendahkan atau menidakkan aku!"




6. Dapatkan kaunselor yang berpengalaman untuk membantu anda memahami asal usul perasaan rendah diri anda yang biasanya berpunca dari zaman kanak-kanak ataupun sesuatu tragedi. Kefahaman tentang diri sendiri boleh menghasilkan pemulihan yang berkesan!

7. Ucapkan 10 kali setiap hari, ucapkan dengan yakin kata-kata berikut, "Akulah yang boleh melakukan segala-galanya melalui Tuhan yang memberi kekuatan kepada diriku". Bayangkan diri anda diresapi kekuatan ini.

8.Anggarkan kebolehan anda secara realistik, kemudian tambahkan anggaran anda sebanyak 10% lagi. Jangan menjadi egoistik, tetapi bangunkan rasa hormat diri sepenuhnya.


9.Melalui DOA, serapkan diri anda dengan aliran kuasa spiritual anda. Rasakan diri anda sebagai insan baru yang berkeyakinan.


10. Percayalah bahawa Tuhan sentiasa bersama anda, kerana tiada apa yang dapat mengalahkan perkongsian itu. Semaikan benih percayakan diri dan serlahkan kebolehan anda!
Kuatkan semangatmu. Tabahkan hatimu! Bulatkan tekadmu untuk mempercayai keupayaanmu!
Diharap 10 cara diatas dapat dipraktikkan oleh semua yang mencari kunci kepada keyakinan diri.
Salam kasih dan Doa kejayaan
Yes I can!

No comments:

Post a Comment