Sunday, December 18, 2011

Anda stress?

Selamat pagi Malaysia!!
Hari ni bangun pagi, aku goreng pisang untuk sarapan beseta air teh susu.
Teh susu cicah biskut.Tu la favourite breakfast aku.
Dah abis breakfast, ngadap laptop sampai sekarang.
Tapi heran la, sedang syok2 online pun, aku leh rasa stress lagi.
Kenapa yep? Sehinggalah aku terbaca story ni..terubat la sikit jiwa aku.. ha2

Kancil Putih Misteri Di Belakang Ferrari dan Evo 7
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah laluan kecemasan. Ada orang tua yang berdiri di sebelah kereta itu. Orang tua itu adalah pemilik kereta kancil yang tersadai. Dia sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Namun, usahanya itu tampak sia-sia. Tetapi, di saat rasa kecewa ingin mencengkam, tiba-tiba sebuah kereta pun berhenti.

Warna merah garang. Ada lambang kuda berantakkan di depan bonet kereta sport berkilat itu. Sebuah kereta Ferrari telah berhenti di sebelah kancil tadi. Orang tua sangat gembira kerana ada orang sudi membantunya.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"A'ha rosak" jawap pakcik tu.

"Ok, cam nie, saya ada tali .. apakata nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai ke tol" Mamat tu bagi idea. 

"Worrait gak tu... tapi... nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" kata pakcik tua pemilik kancil.

"Ok pakcik" sambil menunjukkan isyarat tangan tanda bagus.

Mamat tu pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat di belakang bumper kereta Ferrarinya. Dia pun mula menunda kereta kancil milik pakcik tua tu. Slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer perjalanan, mamat nie terlaju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik kereta Ferrarinya.

Tiba-tiba ada sebuah Evo 7 datang dari belakang dan press minyak kat mamat Ferrari. Uhh... apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Evo 7 nie... lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat Ferrari tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Pastu nak dijadikan kisah ....kebetulan pula ada polis buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm... ... bedesup peginye......

"Ini dah lebih speed limit nie...!!" gerutu polis yang dok tangkap had laju .. kelajuan dicatat cecah 250 kmj memasing nie...

Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo 7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punya... ... sebuah kancil putih tengah cucuk angin Ferrari tu dan bagi hon dan hi beam nak potong !!!"

.... Tamat.
Adeh..... amacam? Gelak tak? Kalau gelak sila Share, dan Tweet kalau sudi. Tak pun berikan kredit kepada cerita ini dengan klik +1 ehhh .. kasikla markah .... hehehee

Credit to hasrulhassan.com

No comments:

Post a Comment