Tuesday, December 18, 2012

17.12.12

Tarikh 17.12.12 ialah satu tarikh yang paling bersejarah buatku..

17.12.12 @ 9.30pm

Bukan tarikh birthday..
Bukan tarikh acheivement, award..
Bukan tarikh pertunangan apatah lagi nikah, kahwin..
Bukan tarikh kematian..
Bukan tarikh kelahiran baby baru..
Bukan jua tarikh apa-apa..

Tetapi..

Ia adalah tarikh penghijrahan bagi seseorang yg sy sayangi.
Ingat lagi saat awak cakap, awak nak berubah.. dari cara awak cakap,
saya tahu awak betul2 nak berubah dan seumpama diberi Hidayah..

Sy menangis dengan keputusan drastik awak tu.. tp bersyukur sangat2 sebab itulah DOA yg selalu
saya pinta dari Allah s.w.t setiap kali sy habis solat..
Awak tau, tiap kali habis solat.. sy selalu doakan untuk kedua ibu bapa sy, rakan2, semua umat Islam, adik beradik even orang tak kenal.. sy doakan.. selepas itu saya doakan untuk awak..
Apa yg saya doakan untuk awak adalah apa yg Allah swt makbulkan pada tarikh ini, 17.12.12.

Awak tau tak.. sy sedih bila awak dah tak izinkan saya panggil awak dengan panggilan seperti dulu.
Awak tau tak .. sy rasa perubahan awak ni sangat drastik..
Awak tau tak... bagaimana sy nak terima perubahan ini setelah 11 tahun kita 'berkawan'
Awak tau tak... saya sedih bila awak cakap.. saya harus berdikari.. mana2 kerja yg sy boleh settle sendiri.. sy harus buat sendiri.. jangan harapkan awak.. mungkin awak sedar kot.. selama ni awak terlalu manjakan sy kan ?

Tapi saya harus REDHA..

Awak... sy tak tau nak cakap macam mana lagi...
Sy tak nak nangis.. tapi air mata ni laju je mengalir..
Ingat lagi semalam awak cakap.. biar sy menangis sekarang dari menangis di esok hari.
Ye lah, sebab awak dapat dengar kot sy nangis time awak cakap tu..
Saya selalu nangis kot time on phone..

Awak tau.. saya kusut,serabut, tak pergi kerja. hari ni sy tak mandi seharian. haha. KUSUT.

Awak ada cakap.. kita ni REMAJA, bukan DEWASA.
Sy tak faham.. tapi at last sy baru faham maksud awak..

Awak..
Saya sedih bila awak cakap yg adik beradik sy tabur fitnah.. cakap awak main rasuah.
Astagfirullahhalazim.. sy malu sangat dengan perangai mak cik sy tu..
Saya tau awak buat kerja apa.. Kenapa la mak cik sy tu tak pernah nak berubah.. sedangkan dia dah tunaikan haji? Sy tak tau la camna nak nasihatkan dia.. Sy MALU nak berdepan dengan awak.
Sy harap awak bersabar dengan fitnah tu.. biarlah Allah yg balas..
Sy tau mesti dah lama awak pendam cerita ni kan?
At last semalam awak cerita jugak..

Awak.. terima kasih untuk semua ini..Biarlah sy bersedih buat sementara waktu ni..
Mungkin lepas ni Allah ada percaturan yg lebih hebat untuk kita berdua..
Mana tau kan? Kuasa Allah..
Awak saat saya menulis ni, air mata tak berenti mengalir..
Its ok.. macam ni lah lumrah hidup..
Kadang kita happy.. kadang2 kita sedih..
And ketika ini.. air mata ini masih mengalir..
Ini ialah air mata kesyukuran.. air mata kesedihan... air mata harapan..

Awak.. sy tahu awak takkan baca blog sy ni..
Awak.. semoga Allah jodohkan kita berdua.
Semoga Allah permudahkan jalan untuk kita berdua..
Semoga Allah swt murahkan rezeki awak.. kuatkan iman..
Harap awak bersabar dengan segala fitnah....

Awak.. sy masih berharap pada awak..
Hati budi awak hanya Allah swt dan saya yang tau..
Terima Kasih Allah, syukur kerana berikan sy peluang bertemu dengan insan yg mempunyai sekeping hati yang mulia..

No comments:

Post a Comment