Entry ni ditujukan buat insan yang tidak suka/enjoy pekerjaan yang
sedang anda lakukan sekarang.
Saya percaya ramai orang diluar sana yang tak enjoy dengan pekerjaan mereka sekarang.
Tapi apakan daya, sekarang bukan zaman memilih kerja.
Sekarang zaman menilmba 'ILMU' dan 'PENGALAMAN'
Saya baru bekerja selama 1 minggu, masih terlalu awal nak buat conclusion.
Tapi kalau dari mata kasar, saya memang tak enjoy kerja ni.
Saya kerja sebagai management trainee dan sudah tentulah saya kena belajar semua aspek
dalam company ni.
3 hari pertama bekerja, agak stress.
Saya ditugaskan cover Business Support role termasuklah telemarketer.
Memang tak masuk dengan jiwa. Tetapi.. sehinggalah hari keempat, saya set dalam minda yang
'Saya bekerja kerana ALLAH'
Alhamdulillah, hari keempat hidup saya lebih teratur.
Saya anggap kerja adalah satu ibadah.
Tak rasa stress sangat.
Apapun, company target saya belum achieved.
Harap-harap next week saya dapat achieved target.
Notes : Change Mindset to 'Bekerja kerana Allah setiap hari sebelum ke tempat kerja'
No comments:
Post a Comment