Wednesday, March 27, 2013

Lagu Untuk Seseorang Yang Aku Benci

Ok..lagu ni memang kene kat batang hidung sendiri..

MUNGKIR
TERRAROSSA

sampai matikah bencana cinta ini
bengangnya hanya di belenggu setia
bukankah kita sama memulakannya
tak siapa memaksa

belum puaskah dendam dihatimu
belum redakah fitnah kau lemparkan
cukuplah sudah arang hitam kau guriskan
diwajahku tersayang

*****Chorus****

katamu dulu
apapun yang akan terjadi kau di sisiku
tapi sayang itu semua
ternyata dusta kau berpura

mengapa cinta yang suci jadi begini
mengapa bicaramu semuanya hanya palsu
sayangku mengapa kau tak mahu menerimanya
ini semua terjadi kernamu jua ..X 2 (chorus )

Monday, March 25, 2013

JERAWAT petanda penyakit anda.

Ops, jangan ingat jerawat tumbuh hanya suka-suka yea.. 
lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut :


Tengok jerawat anda kat area mana, pastu refer kat bawah ni ea.

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif.

APA KABAR SAYANG?

Oh, saya sudah single, tapi masih ada lagi sayang ya.
Saya teringatkan minggu lepas bila dapat panggilan dari ex-boyfriend sebab....
NAK MINTAK LAPTOP DIE SEMATA-MATA.
hampeh!
Sanggup nak mai Penang semata-mata nak ambil laptop yg die sudah berikan 
kepada saya dengan alasan anak sedara nak guna.
phew.. adakah ini penipuan seterusnya?
Wallahuaalam.

Penyelesaian :
Saya tak ankat phone, even reply msg walaupun hati masih sayang.
Saya dah berjanji pada diri sendiri takkan bercakap, bersua muka,  berhubung dengan 
dia sehinggalah saya berjaya.
Dan sesunguhnya semua ini mengambil masa yg lama untuk saya berjaya.
Tapi saya redha kerana Allah.

Hati dia Allah yang pegang.
Hati saya pun Allah pegang.

So :
 Saya harus REDHA.




Monday, March 11, 2013

Putus Cinta? Hidup perlu diteruskan

Sudah,aku ingin menutup kisah cintaku yang dulu.

Ceh, ayat jiwang tu..

Girls!
Bangunlah.jangan menangis terlalu lama kalau putus cinta..
Sy sendiri ambil masa selama 3 bulan untuk betul2 terima kenyataan
atas semua ini.Tu pun belum sepenuhnya...
Cuma saya semakin kuat dari hari ke hari..
Ingat lagi sahabat baikku pernah cakap..
'Kiranya ang ni cepat jugak bangun.. tak macam kebanyakan perempuan lain'
Ya lah,cinta selama 11 tahun, tapi berakhir dengan cara yang amat kejam,
dah sah2 la sakit hati ni...

Tapi Alhamdulillah.
Nak tahu rahsia saya, mcm mana sya bangkit dari segala kekecewaan ini?
Mudah saja, jawapannya hanya satu...

Saya serahkan segalanya pada ALLAH.....
TAUBAT, kemudian bergantung pada ALLAH.

ALLAH adalah kekasihku yang kekal abadi..
Tiada tandingan degan mana2 lelaki..

Girls,if anda baru putus cinta, or nak minta tips ke..
Boleh share dengan G-hah ya.. sy sedia mendengar kisah anda...
boleh email ke najiehacmk@gmail.com


** Ini bukan kaunseling .. sy just nak buat benda2 yang boleh buat sy happy..
Salah satunnya, support each other yg mengalami masalah yg sama dengan saya.