Wednesday, February 22, 2012

Cara buat kad pengenalan baru di Jabatan Pendaftaran Negara

Dua hari lepas , mak nak buat ic baru.
Dah lama sebenarnya mak nak buat ic ni, cuma aku minta mak sabar sat, sebab nak tunggu ic baru launch. 
Amacam, brilliant kan anak mak nih. :D

Dalam pukul 11 pagi, aku bawa mak pergi JPN Pendang.
Dekat sikit dengan rumah.Tak payah pergi jauh-jauh.

Sampai di JPN tu, tak ramai sangat orang yang sedang menunggu, ada la dalam 15 orang.
Tapi takkan semua yang pergi tu nak buat ic kot kan? hehe.
Saja sedapkan hati diri sendiri sebab tak mau tunggu lama.

Mula-mula pergi ambil nombor angka  giliran.
Memandangkan aku ni tak cukup tinggi, dan meja di reception tu pun tinggi, maka
aku tak dapat nak lihat dengan jelas butang yang patut di tekan :(

Nasib baik ada sorang kakak mengandung tu gi tekan butang A,
aku pun tanya la dia. Patu tekan A.
Kemudian tunggu..........sampai la turn mak aku.

Sepatutnya ada 2 prosedur tuk buat ic baru ni, first gi kaunter buat bayaran,
then baru gi kaunter seterusnya tuk ambil gambar.

Contoh IC baru 


Tapi nasib mak aku baik hari tu, dipanggil ke Kaunter 1,
jadi buat kerja sekali harung je la.
Bayar rm10 pastu posing sopan2 ambil gambar ic.

Lepas tu staff kat situ akan tanya samada ada urusan bank ke apa ke,bla,bla,bla.
Then staff tu kasi la ic sementara kat mak aku..
Lepas tu siap! Tunggu 2minggu lagi aku nak follow up tanya siap ke tak..

Terima Kasih JPN Pendang especially abang kat Kaunter 1 sebab layan mak mentua anda 
dengan baik sekali.. hik2.. Ops.(mOOd gatal dah mai)

**Harung = Serentak

Tuesday, February 21, 2012

Dimanakah cantiknya seorang wanita

Dimanakah CANTIKnya seorang WANITA?

Mungkinkah pada sepasang matanya
Yang jelingannya menggoda
Atau... mungkinkah pada bibirnya
Yang sering menguntum snyuman manis
Atau... mungkinkah pada hilai tawanya
Yang mengusik jiwa
Atau... munkinkah pada suaranya
Yang lembut bernada
Atau... mungkinkah pada gerak gerinya
Yang bijak menarik perhatian
Atau... mungkinkah pada pakaiannya
Yang cantik dan bergaya
Atau.. pada hatinya
Yang sentiasa luhur dan ikhlas
Yang sentiasa rindu pada tuhannya
Yang sentiasa baik akhlaknya
Ya! Kini kutemui jawapannya.


Indah serta cantiknya seorang wanita
Bukan hanya pada luaran 
Tetapi keindahan itu terletak pada hati dan akhlaknya
Ingatlah....

Kecantikkan seseorang  wanita
bermula dari HATInya yang SUCI dan bersih.



Sunday, February 19, 2012

Tips buat duit dengan Nuffnang.

Tadi asyik dok blogwalking, aku jumpa satu website yang sangat berguna.
Tips buat duit dengan Nuffnang ni pun dari blog dia lah.
Sebenar2nya aku tak pernah pun dapat cek dari Nuffnang sebab total earnings tak pernah cukup pun
 untuk cashout! Haha.
Padahal dah 3tahun aku register Nuffnanf ni. Trafik kurang letew. :p

Kepada otai - otai yang berjaya dapat cek dari Nuffnang tiap bulan tu aku ucapkan tahniah.
Kepada yang tak pernah dapat macam aku nih. jom kita berusaha lagi.
Usaha kan tangga kejayaan :D

Tips buat duit dengan Nuffnang dari Earncent.com

1. Dapatkan status Glitteri. DONE!

2. Berdoa agar dapat lebih banyak buffered earning. 

3. Update blog dan tulis artikel yang menarik.

4. Latih teknik trafik.Belajar SEO , dan pelbagaikan marketing blog.

Ok, harap harap satu hari nanti aku akan dapat cek jugak dari Nuffnang.
Chaiyok!!!!!


Friday, February 17, 2012

Tips untuk jadi KAYA

Ada sesiapa di sini yang tak mahu jadi kaya?
Saya pasti semua orang mau jadi kaya.
Ramai kawan-kawan share pic ni di Fb, jadi saya nak share pulak di blog :)

Yang baik kita jadikan panduan ya..


*Klik kat pic untuk baca dengan lebih jelas

Tuesday, February 14, 2012

Finally, I am hired.

Syukur Alhamdulillah, Allah s.w.t murahkan rezeki aku,
aku berjaya dalam kedua-dua interview yang lepas.
Berakhirlah zaman menanam anggur aku.
Harap2 dapat buat yang terbaik untuk kerja ni nanti.



Camni la keadaan aku pas dapat berita baik nih, tersengih-sengih sampai mak aku naik heran.
Hehehe. :D





Sunday, February 12, 2012

Salah diri sendiri

Dua hari lepas aku ada terima tawaran kerja dari salah satu company yang aku pergi interview hari tu.
Mula-mula pikir dua tiga kali nak terima ke tak, sampai aku call habis semua kawan2 terdekat, mintak pendapat.
Gaji yang depa offer kurang dari expected salary yang aku letak.

Pikir punya pikir aku dah 50-50 nak pergi atau tak.
Staff hr company tu dah banyak kali call, siap tinggal no handphone lagi, supaya senang aku nak contact dia .
At last, aku pun setuju terima offer.

Dalam masa yang sangat genting tu, aku kena beri jawapan.
Padahal dalam masa yang sama gak aku kena cari rumah sewa kat sana.
Sana means Penang. :)
Cukup time, aku terpaksa bagi confirmation kat staff tu, yang aku tak jumpa rumah dan tak dapat terima
kerja tu. Punyalah tak professional langsung jawapan tu. :(

Lepas letak phone, aku rasa Frust gilerrrrrr!!
 Rasa macam nak salahkan seseorang yang tak ambil berat pasal aku.
Aku tak tau la pasaipa pengaruh orang tu sangat kuat dalan diri aku.
Marahnya aku time tu tak tau nak habaq.
Tak pernah aku rasa marah sampai camtu sekali seumur hidup ni.
Kalu tengok muka aku time tu macam HulkHogan pun ada.

Tapi....

Dari pengalaman ni aku sedar... beberapa kesilapan dari aku sendiri,

Aku tak perlu terlalu bergantung pendapat seseorang tuk buat keputusan...
Aku perlu improve cara komunikasi...
Aku tak perlu terlalu banyak fikir...
Aku perlu HAPUSKAN sikap berlengah dalam semua perkara!

Thanks to Allah, sebab berikan aku kesedaran.

Ya Allah maafkan aku kiranya aku salah dalam membuat keputusan,
Berikan aku peluang agar dapat perbaiki kesilapanku.
Murahkanlah rezekiku Ya Allah..
Aminnnn~

Mode :  :(

Thursday, February 9, 2012

Contoh soalan interview company swasta

Entry lepas, Jiha ada cita pasal interview, so alang-alang tak dak keja petang ni,
nak kongsi sikit soalan-soalan yang kena interview hari tu.

Untuk position management trainee, soalannya lebih kurang camni :

1. Why do you want to be a management trainee?
2. Why do you want to work here?
3.Tell me about your family?
4. Where do you live?
5. Is it possible for you to go out with client? Jawab je YES. he2
6. Nanti nak gi kerja naik apa? Sugestion aku, better jawab by car.
7. From where do you know about this company?

Untuk position purchasing assistant lak, soalan dia aku taip BM ja senang cikit :)

1. Awak stay mana?
2. Kenapa cari kerja dekat sini, bukan di Kedah? erk.
3. Dulu time praktikal buat kerja apa?
4.Pernah tak awak diberi peluang untuk buat keputusan?
5. Awak minat apa? Aku jawab math, padahal baru wat IQ test td tak score pun.Kantoi!ha2
5. Apakah kelemahan anda?
6.What is your goal for next 3 years?

Orang yang interview aku untuk kedua2 post ni Chinese male and female, depa sangat baik.
Muda-muda lagi dah jadi manager. 
Susah woo nak jumpa employer camni. Tapi ni belum keja, kang dah keja nanti baru tau 
perangai bos kita camna. Tapi ada gak aku heran tuk kedua2 interview nih, depa tak tnya langsung pasal background company depa. Hairan bin Ajaib. Penat aku hafal pagi petang siang malam.

Kesimpulannya, interview ngan private nih, konfom2 la kena speaking London.
Aku dah la x brapa reti English, tapi aku bantai gak. Janji tunjuk keberanian kita nak speaking tu.
Biaq la depa buat muka konfius tak paham apa yang kita cakap, 
nanti pandai-pandai la depa tanya kita balik.

Sekian.

Interview Lagi

Minggu lepas ada terima call dari 2 company pada hari yang sama.
Betul la, Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui. Malam sebelum tu aku dah bertekad habis-habisan,
nak apply kerja kerani ja kat Aloq Staq.
Masa tu rasa down sangat, ya la sebab target nak dapat kerja bulan January, tapi sekarang dah masuk Feb.
Tapi alhamdulillah, keesokkan harinya dapat dua panggilan interview terus :)

Aku dapat interview bukan guna Jobstreet pun, guna Mudah.my ja.
Lagi cepat depa respond. Kalau nak tunggu Jobstreet, tak tau la tahun bila nak dapat tebiu.
Aku apply tuk jawatan management trainee dan purchasing assistant.
Dua-dua kerja ni kat Penang. Satu kat Gelugor, satu kat Bukit Minyak.

Tiba hari interview, aku pun pi dengan semangatnya xtau nak habaq.hehe.
At last, aku lambat untuk interview tu, sebab cari ofis tak jumpa2,
padahal ada ja gps, cuma gps tak berapa cangih, guna gps hp ja.tu yang buleh tersesat.
Lepaih ni kena beli Garmin, confirm tak sesat kot noh.
So, interview yang pertama dah bad impression tuk interviewer.
Jadi untuk interview yang hat satu lagi, aku gi cari tempat dulu. 
Sebab takut lambat lagi cam yang first tadi.

Lupa nak gitau pulak ,company yang kat Gelugor tu, jawatan management trainee 
manakala jawatan purchasing assistant tu cam besa la kat kilang.
Ok la, nak share sikit soalan-soalan yang interview hari tu kat entry akan datang.
Post ni dah panjang bebenor =)


 NotaKaki : Berdoalah, Allah itu Maha Pendengar :)