Wednesday, January 25, 2012

Resepi Jamu Awet Muda

Mata tak terpejam lagi, so apa lagi, blogwalking je la sambil mencari 
ilmu kecantikan. 

Jamu Awet Muda

Bahan-bahan : Halia 2cm + kunyit hidup 2cm + Segenggam cekur

Caranya : Mesin sampai halus bahan-bahan ni pastu masak guna api perlahan.
Kemudian, masukkan bunga lawang+kayu manis+bunga cengkih+gula melaka+asam jawa +secubit garam.
Didihkan selama 15minit.
Ketika nak minum nanti bolehlah campurkan madu dan kuning telur bersama.


Cekur-Pic from google

NotaKaki : Bayangkan rasa jamu nih..
 Tapi nak cantik memang kena banyak berkorban kan :D

Teringin makan jamu

Sejak dua menjak ni terasa rajin lak nak minum.makan jamu.
Hakikatnya, jamu itu pahit. Tapi harus ditelan jugak..
Aku pun tak tau mimpi apa tiba2 rasa nak makan jamu nih.
Ingat lagi sorang member aku masa study dulu... awal remaja lagi mak die dah ajar makan
jamu.. aku jer yang terlepas bas.. wuaa!!
Tapi orang kata, better late than never kan?

Ok lah, memndangkan aku tak pernah ada experience dengan jamu nih, so kena wat research sikit lah,
of course blog walking.hehe.

Kat bawah ni ada link cara buat jamu tersebut.. senang nak refer lepas ni.
Dah nama pun research kan. =)

2. Jamu kocok. err.. Indon mari..

NotaKaki : Susahnya nak cari jamu untuk anak dara. Banyak jamu untuk orang yang dah kawen =)


Thursday, January 19, 2012

Perlukah kahwin awal?

Tadi ada terbaca artikel pasal kahwin awal kat sini , tiba-tiba terasa macam dah sampai seru pulak nak kawen. hehe. :D Tajuk artikel tu, Nikah awal jalan terbaik.
 Tapi nak kata aku nikah awal dah tak sesuai la, sebab umur aku pun bukannya muda lagi..dah memang umur boleh kahwin dah pun. Cuma tak da plan pun nak nikah dalam masa terdekat ni.  Btw, seronokkah berkahwin?

Orang cakap, kalau berkahwin murah rezekinya..
 dan macam2 lagi faedah kahwin. Tapi bajetnye dah cukup ke? heh2. Zaman sekarang ni kalau buat kenduri kecil-kecilan kang orang kampung mulalah pikir yang bukan-bukan.
Yang tu ja depa pandai pikir. Keburukan orang. Buat tambah dosa jer.hu~

Excited giler pengantin laki nih,Haha!

Tuesday, January 17, 2012

Tips Cari Isteri

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)


Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang mahram. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.



Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina




Monday, January 16, 2012

Tips untuk nampak cantik dalam gambar

Pic credit to Karyailmiahmu

Mesti ramai yang suka bergambar kan? Tapi bukannya mudah nak dapatkan gambar yang cantik.
Bergantung kepada model pandai bergaya ke tak. 
Jadi, tips ini sesuai untuk sesiapa yang nak nampak cantik ketika bergambar =)

1. Elakkan dagu berlapis dengan menundukkan sedikit wajah anda ketika bergambar.

2. Berdiri dalam position angle 45 degree dari cameraman. Pastu posing ala model gitu.

3. Elakkan wajah anda berminyak masa ambil gambar ye. Buleh guna matte finished foundation.

4. Elakkan shadows.

5. Practice untuk senyum. 

6. Pakai pakain yang selesa, cantik

7. Make up!

Done =)



Saturday, January 14, 2012

Tips untuk wujudkan keyakinan diri bahawa anda CANTIK!

Tips ini bukan mengajar anda untuk make up, petua trasidisi dsb, tetapi membimbing diri anda
untuk mewujudkan rasa yakin diri bahawasanya anda adalah CANTIK!

1. Betulkan postur badan anda. Tegakkan badan anda ketika berdiri atau duduk.

2. Jadilah pemerhati, bukan pengkritik. 
Jangan mengkritik kekurangan diri atau orang lain, sebaliknya belajarlah untuk menghargai.

3. Cari kelebihan yang anda pada wajah anda. Mungkin anda mempunyai hidung ,mata, bibir,pipi, kening,
tahi lalat yang cantik di wajah. Jadikan ia sebagai aset utama anda.

4. Senyum!
Wajah yang mempunyai senyuman lebih menarik dipandang.

5. Tarik nafas dalam2 dan hembus perlahan-lahan.

6. Ucaplah terima kasih apabila ada yang memuji kecantikan anda. 
Usah lagi buat ayat merendah diri ok!

7. Pakai pakaian berwarna ceria tetapi mengikut kesesuaian warna kulit!

8. Pakai pakaian yang selesa dengan diri anda. Tidak terlalu ketat atau longgar

9. Pilih kawan dengan berhati-hati. Lebih baik memiliki kawan 
yang yakin dengan tubuh badan mereka sendiri.


*Original info adalah dari website lain.
 Artikel ini dikongsi berdasarkan pemahaman saya pada artikel tersebut untuk diri saya dan readers sekalian.


Thursday, January 12, 2012

Tips untuk menjadi positif

Saya tak dapat nafikan atau tipu diri sendiri yang saya seorang yang negatif  thinker sebelum ni.
Sebab tu dalam azam saya 2 tahun kebelakangan ni, 
wajib ada azam untuk menjadi seorang yang positif!
Alhadulillah, energy positif semakin mudah mengalir dalam diri saya kebelakangan ini.
Kat bawah ni ada sedikit tips untuk menjadi positif yang saya  search melalui google.
Hopefully  ia berguna untuk kalian. 

:D

TIPS UNTUK MENJADI MISS/MR POSITIVE :)

1. Ubah mind set anda kepada positif.

2. Fokus apa yang anda mahukan, lupakan apa yang anda tak mahu.

3. Jangan selalu fikirkan kekurangan dalam diri anda. 
Fikirkan kebahaguaan, ketenangan, kebaikan hidup anda sekarang.

4. Belajar untuk merasai, bertindak seperti anda sudah berada seperti kehidupan yang anda inginkan.

5. Selalu beritahu diri anda dengan perkataan meyakinkan seperti 'AKU BOLEH','Aku POSITIF".

6. Cari setiap kebaikan di dalam hidup anda.

7. Ikut rasa posiitif anda disertai bersama tindakan yang positif.

8. Fokus minda untuk menjadi positif sepenuhnya.

9.Berkawanlah dengan orang-orang yang positif! Jauhi negative persons.

10. Baca artikel kejayaan insan lain yang voleh memberi inspirasi kepada anda.
I love Datuk Maznah Hamid stories at this moment. :)

11. Fokus diri anda untuk terus menjadi positif dan anda akan jumpa keajaibannya nanti...



Tuesday, January 3, 2012

Expend up diri anda

Expand up

"Free your mind and let your ideas flow.
Surprise yourself.
You never where it may lead you."

<<<<>>>>>>

Berkembang Maju

"Bebaskan minda dan biarkan ilham mendatang.
Beri kejutan kepada diri anda.
Anda mungkin tidak terduga di mana ia membawa anda."

:D

Sunday, January 1, 2012

5 cara urus kewangan

Pagi tadi aku ada tengok MHI di TV3.
Ada sedikit tips dari Nazril Idrus tentang cara nak uruskan kewangan bulanan kita.

1. BAYAR DIRI ANDA SENDIRI DAHULU.
 Contohnya ada yang simpan 10% dari gaji bulanan. Depend la.

2. RANCANG ALIRAN TUNAI HADAPAN.
Maksudnya buat la bajet perbelanjaan untuk bulan hadapan.
Misalnya untuk petrol rm300, bagi mak rm200.dll. 
Simpan resit perbelanjaan untuk kita bandingkan nanti.

3. SUSUN REKOD FIZIKAL ANDA.
Rekod fizikal ni termasuklah geran,warranty barang yang kita beli.
Kalu rajin, wat sistem filing pun bagus jugak, senang nak cari apabila diperlukan.

4. RANGKA DANA PELAJARAN ANAK-ANAK.
Plan tabungan/simpanan umtuk anak-anak kelak.
Sekarang ni lagi mudah dah ada SSPN, buat je akaun tuk anak2.
Kalau nak hanta anak belajar di oversea, kena simpan lebih lagi laa.

5. LEBIH TINGGI PENGETAHUAN, LEBIH TINGGI PENDAPATAN.
Ok tips last ni paling best. Kita harus tambah ilmu kalau nak berniaga kan..
Saya percaya pada pasif income. Tak boleh depend kepada makan gaji semata- mata.

For more details, visit this site

~Finish~

Goal 2012

Entry ni adalah sambungan dari Azam tahun baru 2012 =)

Dear diary.. I expect that nobody will read this entry at this moment  =)
This is my azam@goal for 2012. Hopefully i can achieve it!
Btw, words GOAL lebih terkesan buat aku.

My GOAL for 2012.

1. Get new car for myself. 2nd pun ok, janji ada 4 tayar sudahhh.

2. Use my energy sepuas-puasnya.All out.
Work hard. Nak kerja tetap.Nak kerja part time kalau mampu. Insya'allah. 

3. Manage my online boutique baik-baik. Gain profit !

4. Halalkan my relationship with. dot dot dot.

5. Be a better muslims.. Nak jaga solat, percakapan.. 
Perempuan bnyak buat dosa dengan mengumpat :(

6. Belajar manage kewangan dengan baik :)

7. Start saving untuk new business.

8.  Tambah networking..ok bab ni, saya kena ringankan mulut =)

9.Be more positive!!

10. Polish my skills. =)
Nak design blog guna idea sendiri. Sebelum ni ikut tutorial orang and follow je.. he2

11. Hopefully dah boleh start bayar utang ptptn tahun ni dan hutang lain.
Alamak, cam banyak hutang je aku nih  ,"

Ok, dear diary ..ni semua my goal for 2012.
Harap harap tercapai. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan tunjukkanlah jalan kepadaku.
Aminnn.


Azamku di tahun baru 2012

Selamat tahun baru n welcome 2012!
Tahun lepas aku xdek aim yang jelas,so hidupku aku agak tunggang langgang.
Sebab mind set pun dah celaru di awal tahun.
So tahun ni harap2 aku dapatlah penuhi aim ku yang banyak lagi belum tercapai.
Btw, ada gak unplanned goal yang aku capai, iaitu dapatkan lesen keta, he2.
Dulu2 azam2 ku yang semua dok elok jer dalam buku. 
Jadi malas nak baca semula.

So, di tahun baru ni aku set terus azam2ku dalam blog, hopefully boleh tengok selalu.
And more motivate nak achieve target(uih,kemas betul ko cakap ye Jihah) =)

Btw,ada jugak insan2 yang cakap nak berazam ni tak semestinya tunggu tahun baru jerk.
Kalu ada azam tuk tiap2 hari lagik bagus.
Mmm, bagus jugak kalu camtu kan.
Rasa lebih well planned, and more oriented.fokus.

Fikir2kan...