Friday, September 30, 2011

Jom join Churp Churp

Sangat comel kan these words. ;)
Actually saya baru je join Churp Churp(CC) ni walaupun dah lama join Nuffnang.
Terasa kerugian yang amat sangat coz lambat join CC ni.
Most of blogger akan join punye CC  ni.
Sebab apa? 
Kerana fungsinya sama seperti nuffnang, cuma kita kena kempen(macam election lak.hehe) lebih sikit la.
Banyak benefit join CC ni.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang cara-cara nak iklan dan sebagainya,
bolehlah klik disini



Lets ChurpChurp entertain you!!

Kuasa Wang

Today one of my friends ada cakap, dunia sekarang adalah dunia wang.
Wang@duit. Tanpa duit orang takkan pandang kita.
Hurmm.... terkedu aku. Mungkin memang betul cakap dia,
dunia sekarang ada duit orang pandang, kita dapat ramai kawan,
senang dapat projek.. dan segala-galanya lah.
Tapi duit juga berkuasa melemahkan manusia.
Bila manusia terlibat dengan rasuah, hutang dll.
Semuanya kerana duit!


Friday, September 16, 2011

Demam HTC Cha Cha

Semangat betul malam ni sebab nak buat entry pasal HTC Cha Cha!!
Walaupun tak memilikinya... cukuplah sekadar review sebagai ubat penawar rindu =)
Sekarang ni heboh je di mana-mana pun pasal HTC Cha Cha ni.
Apa dia HTC Cha Cha nih?
Btw, chumel je kan nama dia : ChaCha. =)

Picture kat atas ni lah Cha Cha tu .=)
Dah terang lagi bersuluh kan, this phone ada button FB yang sangat mengujakan semua fan FB.
Thats why ia menjadi kegilaan ramai!
Lepas ni boleh la main fb selalu ek :)
Lagi best, this phone pun ada QWERTY nye keypad.Awesome!!!
So boleh la kak cik di luar sana  reply msg boyfriend cepat2 kan =)

Btw,saya tak buat research pun tentang price for this phone :)
Kalau nak tahu more detail tentang phone ni, boleh la search sendiri. =)


Tuesday, September 13, 2011

Quote of the day

Selamat Pagi semua!
Juga selamat bekerja kepada insan-insan yang sedang bekerja.
Kerja rajin2 tau! 
(Bila la aku nak dapat keje ni.. huemmm)

Seperti biasa pagi2 online bukak email, fb, then search kerja kosong yang ada kat Kedah ni.
Tak banyak sebenarnya peluang kerja kat sini, sebab tu ramai yang yang berhijrah  ke kl =)
Cuma aku sorang je tak pergi sana lagi... Nak tungu lepas konvo baru nak gi sana =)

Hari ni, ada satu quote kat fb..yang sangat2 terkesan buat aku.
And it was posted by Wardina Saffiyah!
Ni ayatnya...

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•

Hoping for a better day today...
perubahan itu satu proses SETIAP HARI..
tinggalkan yang tidak baik dalam diri..sedikit demi sedikit..
jangan diteruskan...carilah kekuatan.. 
SOLAT TAK BOLEH tinggal ok? Kalau tinggal solat kita sebenarnya TAK LAYAK hidup...

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•



Thanks a lot sis Wardina Saffiyah!



Hobi Baru : Doodle

Selamat pagi gorgeous!!
Sekarang dah pukul 1.13 a.m dan saya masih belum tidur.
Tadi terlalu rajin search online blogshop yang jual baju kurung size XS.
Susah betul nak cari saiz kecik nih..Last2 tak jumpa satu habuk pun baju yang dicari.
 Apelah nasib +______+

Btw, sebenarnya nak kongsi hobi baru saya iaitu melukis doodle.
Awal Ramadhan lepas saya GIANT(gian) nak belajar wat doodle.
Mula2, jumpa blog WhiteyMommy, pastu BelogCapAyam dan the latest, Kerana Manisnya Epal(KME).
Banyak giler doodle yang KME dah create.
Gua tabik sama lu.haha
Tapi saya tak pandai lah nak guna photoshop,illustrator.. 
Jadi saya try create doodle guna paint.
Tapi tak jadi2 jugak.

Last2, dapat gak idea nak try wat doodle guna photoscape jer.
Dan ini lah hasil titik peluh saya sepanjang hari( eh peluh ke?) +____+

Picture kat atas ni karya sulung saya.. hahaha.. dengan bangganya  dipersembahkan..

Ni karya kedua saya +_____+


Ampa dapat spot tak persaman doodle diatas? Sapa yang tau saya bagi hadiah sebiji rambutan =) !!
Inilah hasil titik peluhku seharian..Macam ni budak2 pun pandai buat . hehehe
Hasil gabungan photoscape dan photoshop.
Sebab saya tak reti guna photoshop lagi.
Sekarang dah umo ++ baru la nak merangkak belajaq photoshop =)


Gud Nite all!!!



Sunday, September 11, 2011

Petua untuk Murah Rezeki

Hallu gorgeous!!
Hari ni saja blogwalking tentang petua murah rezeki.
Then terjumpa la petua murah rezeki dari Lincomel
Panjang entry die.. so saya make it short je lah, sebagai guide untuk saya dan readers.
Kalau nak baca entry original dari Lincomel, boleh klik link diatas.
Kalau nak baca kat sini pun boleh =)

Petua untuk Murah Rezeki

1. Selawat ke atas Nabi 100x selepas setiap solat.
2. Baca surah al-Waqiah sebelum tidur setiap malam
3. Puasa setiap Isnin dan Khamis setiap minggu.

Kena amalkan selama 40 hari.Insya'allah.

NotaKaki: Nak search surah Al-Waqiah =)

Tuesday, September 6, 2011

Syaiton


Actually, hati dan jiwa sedang memberontak.. hu~~
Kita tak datang dari keluarga yang sama..
Even kita keturunan Adam dan Hawa.
Syaitan sudah berjanji untuk menyesatkan anak cucu Adam dan Hawa.
Apa yang terjadi bila marah berteraskan tipu daya syaitan??
Parah sangat.. hu.
Tak dapat nak story lebih2, nanti ibarat membuka rahsia sendiri jer..
Yang penting, selalulah ucapkan kalimah syahadah bila anda rasa terlalu marah.
Ingat! Syaitan itu bersifat penghasut!


***Devil smiley yang tak dapat dikecilkan saiznye =)

NotaKaki: Kesempurnaan memang tak wujud di dunia..
~Stiletto~

Monday, September 5, 2011

Cara isi Kajian Pengesanan Graduan 2011

Assalamualikum.
Bulan depan saya akan konvo(Yeay2!), tapi sebelum nak konvo banyak benda yang harus diuruskan.
Time konvo juga harus sediakan bajet yang cukup.
Bil konvo, bil photographer =) , dan segala bil lah, wajib bayar.
Entry kali ni sangat simple, seperti tajuk di atas =)
Kenapa saya buat entry ni ?kalau tak bukan kerana berukband yang sangat slow tu! 
Nak bukak website hea pun slow nak mampusss!
So saya printscreen terus kat blog, lagi senang kerja aku =)


Ok, seperti yang tertera, anda boleh la terus pergi website tersebut.
Kalau rasa malas nak taip, klik je LINK ni.
Daaaa!!!

NotaKaki: Saya student UUM =)

Thursday, September 1, 2011

Cont: Tipah Tertipu Part 2


Selamat Hari Raya semua!!
Sebelum ni Jieha ada citer pasal Tipah Tertipu Part 1 dan ini adalah sambungannya. =)

Si mamat ni sangat baik pada mulanya, dan aku percaya dia 100%!
Walaupun tak pernah jumpa dia, aku dah anggap dia nih orang yang baik, jujur dari segi percakapn dia dsb.
Dia kerja kat mana pun aku tak tahu.
Yang aku tahu bila dia nak upah buat assignment, aku akan minta segala detail pasal assignment.
Bila dah siap assignment tu, aku akan beri nombor akaun dan duit pun masyukkk.
Kalau dia belum bayar, aku takkan send assignment tu.
Aku berhubung dengan dia guna sms dan email.

Setelah buat assignment lebih kurang 3kali, memang tak dak masalah langsung.
Berapa yang aku caj, mesti dia bayar terus!
Hinggalah pada suatu hari..... (Hehe, aku sudah ting tong!)
.
.
.
Mamat ni punya lah merayu suruh aku buatkan assignment dia.
Kalau ikutkan hati, dah malas nak buatkan assignment tu, sebab masa tu sedang praktikal.
Jadi, aku agak sibuk la dengan kerja seharian.
Dia pulak nak aku siapkan tiga assignment serentak.Fuyoo.. sah2 lah, aku rasa tak sempat nak siapkan assignment dia.due date pun dah semakin dekat.
Tapi ada satu ayat nih yang menyebabkan aku terus bersemangat untuk buat jugak assignment dia. =)
ayat dia lebih kurang camni:
(Awak caj lebih sikit pun takpa, saya tak kisah....saya memang tak sempat nak buat assignment ni, banyak keje la.hrap sangat2 awak boleh tolong saya) 
Aku pun dengan rasa kasihannya telah bersetuju memandangkan dia regular customer kan. mesti sayang lebih =)

Dengan 3 tugasan yang berbeza, serta lebih mencabar.. aku pun buat la assignment tu dengan hati yang ikhlas, tidur lewat, buat lebih research sebab assigment kali ni agak susah bagi aku. 
.
.
.
.


** Story ini akan bersambung dalam part 3 akan datang =)


NotaKaki : Time to sleep.ZzzzzZ