WALAU DATANG BULAN JANGAN PERNAH PUTUS AMALAN...
.
Memang ibadah terbaik pada 10 akhir Ramadhan ialah solat-solat sunat. Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid/nifas tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tersebut tidak berlalu begitu sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:
.
✔ Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran.

✔ Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan lalu menghayati maksud ayat-ayat al-Quran.
✔ Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH sama ada melalui lidah, hati atau perbuatan.
✔ Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali, antaranya:
➡ “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
➡ “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
➡ “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
➡ “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir
➡ “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
➡ 2 Kalimah Ringan Disebut, Tetapi Berat Timbangannya
➡ “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
Dan lain-lain lagi.
➡ Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. Ucaplah “Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin, terutamanya pada bulan Ramadhan.
.
RAMADHAN: Perbanyakkan Mohon Keampunan & Kembalilah Kepada ALLAH
Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah.
.
✴ Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
Keutamaan Solawat Ke Atas Rasulullah SAW
Muhasabah diri.
Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menambahkan ilmu, menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
.
✴ Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
.
✴ Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami ‘uzur’. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan. Kerana kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan. Oleh itu, janganlah ditinggal terus dari beribadah pada waktu malam walaupun anda sedang didatangi haid.

No comments:
Post a Comment