Monday, July 6, 2015

LAILATUL QADAR - AMALAN 10 HARI TERAKHIR BUAT WANITA YANG DATANG BULAN

WALAU DATANG BULAN JANGAN PERNAH PUTUS AMALAN...
.
Memang ibadah terbaik pada 10 akhir Ramadhan ialah solat-solat sunat. Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid/nifas tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tersebut tidak berlalu begitu sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:
.
✔ Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran.
✔ Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan lalu menghayati maksud ayat-ayat al-Quran.
✔ Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH sama ada melalui lidah, hati atau perbuatan.
✔ Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali, antaranya:
 “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
 “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
 “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
 “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir
 “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
 2 Kalimah Ringan Disebut, Tetapi Berat Timbangannya
 “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
Dan lain-lain lagi.
 Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. Ucaplah “Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin, terutamanya pada bulan Ramadhan.
.
RAMADHAN: Perbanyakkan Mohon Keampunan & Kembalilah Kepada ALLAH
Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah.
.
 Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
Keutamaan Solawat Ke Atas Rasulullah SAW
Muhasabah diri.
Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menambahkan ilmu, menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
.
 Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
.
 Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami ‘uzur’. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan. Kerana kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan. Oleh itu, janganlah ditinggal terus dari beribadah pada waktu malam walaupun anda sedang didatangi haid.

Thursday, July 2, 2015

RAMADHAN 16 / 2 July 2015

Salam.
Lama tak menulis. eh menaip.
Entah ada ke tak orang yang membaca blog aku nih.

Ampa dah khatam Quran ka? kalau dah, alhamdulillah la ampa memang rajin.. alkisah aku baru berapa muka surat ja.. rajin2 malas macam tu lah. hehe.

Sibuk cikit lately, raya dah dekat so aku jual baju-baju raya yang cantik
dan meletop tu kat FB ja.

nak tengok? Jom lah like page BelezzaBoutique