Monday, August 29, 2011

Esok Hari Raya!!

Yeay!Esok sudah hari raya.
Sudah tentu kita semua umat Islam di seluruh dunia bergembira untuk meraikan hari raya aidilftiri yg bakal tiba esok =)
Setelah sebulan berpuasa, esok adalah hari kemenangan buat kita semua kan.
Btw, sekarang dah jam 1.41 a.m, tapi tak dapat tidur lagi, mata tak lelap.
Yang sebenar2nya, hari ni xdak can langsung nak online.
Sebab hari ni Jiha most wanted person dalam umah ni.Almaklumlah, adik beradik tak ramai, so tak dapat nak bahagikan kerja.
Semua kena buat sendiri ;(

Kepada semua blogger, Selamat Hari Raya Aidilfiri diucapkan.
Esok kalau makan kuih raya yang sedap2 tu, jangan lupakan kita ye =)

LuvNote: Geram tak dapat upload kad raya sebab bb slow sangat.
tp nasib baik kuih Suci dalam debu ni sangat sedap.Tak jadi nak marah ;)






Sunday, August 14, 2011

Kenapa Rambut Saya Gugur?


Good Morning bloggers 1 Malaysia.
Bangun2 saya sedang kejutkan anda untuk bangun sahur ni ;)

Sekarang dah pukul 1pagi, plan asal nak sambung story TipahTertipu tapi rasa takdak mood la pulak.
Sekarang hujan turun dengan lebatnya dan mengodaku untuk tido. Huh.
Tapi sy ada kerja yang perlu di buat sebelum tido iaitu buat karangan untuk Cikgu Google ;p

Berbalik pada tajuk post, Kenapa Rambut Saya Gugur?
Haha, entah apa-apa la tajuk entry nih.
Janji ada jugak tajuk kan dari takdak langsung.
Sebenarnya dapat idea nak post topik ni bila aku dok asyik main2 rambut time online sebentar tadi.
Tengah syok dok pintal2 rambut, sekali tarik, fuhhh!!! Berkepul rambut GUGUR.
Tiba2 je terpikir yang bukan bukan.

Mungkinkah....
1. Keguguran selepas bersalin? Eh. ak mna pernah bersalin ;(
2. Stress?
3.Ada penyakit?
4.Salah guna syampu.?
5. Rajin sangat sikat rambut?
6. Salah makan atau dalam kata lainnya tak cukup vitamin?
7.Rambut saja2 gatai nak gugur.
8.Aku pun tak tahu 

Bagi anda2 sekelian yang ada masalah serupa denganku.. anda dok dalam kategori mana?
Antara semua kemungkinan di atas, mintak2 le bukan sebab yang no.3 tu.
Huh, takuttttt la ceq rasa.


Notakaki: Pukul  4 pg nak bangun sahur, sekarang baru gedik nak tidoq ;)
Good nite =)


Friday, August 12, 2011

Akhirnya... Tipah Tertipu (Part 1)

Salam to all readers~

Di waktu tengah malam ni, mata tak mau pejam la pulak.
Tiba-tiba ja teringat peristiwa kena tipu dan di tipu.
Di tipu atas kekhilafan diri sendiri.

Alkisahnya..
Dulu masa sedang belajar lagi di universiti, aku rajin le wat keje part time,
nak cari duit poket kan.
Pernah jaga lab komputer dengan gaji rm2.00 per jam ;(
Memang sikit dah nama pun keje part time.
If rajin jaga lab tuh, banyak le dapat gajinya.
Tapi aku bukan rajin sangat nak jaga lab tuh sampai berjam-jam, nanti kang assignment tak siap takkan nak suruh roomate buat kot ?
Sendiri mau ingat.

So.. aku cari alternatif lain dengan mengambil upah buat assignment.
Boleh tambah pendapatan  lebih sikit. =)
Alhamdulilah, aku ada dapat customer ni, seorang student PJJ, universiti mana? tak nak gitau la, kot2 ampa kenai dia. =)

Dia ialah first customer aku, dan aku sangat2 hargai.
Ye la, akhirnya ada jugak rezeki untuk aku kan.
.
.
.
.
..
.
.
.

Story ni setakat ni saja buat malam ni.
Dah ngantuk sangat, esok nak bagun sahur lagi. =)
Sila view lagi untuk sambungan dari cerita ini di Part 2 pulak ye. 
Gud night

** Jangan lupa niat puasa untuk esok =)


Thursday, August 4, 2011

Review:Shopping online versi Ogos

Salam semua!
Di pagi subuh Jumaat ni, terasa rajin le pulak nak typing2.
Rasa best je pagi ni.. Sejuk je.

Bulan ni ada la shopping sikit2 baju, online shopping je, so tak yah penatkan diri jalan2 di bulan puasa ni, save my energy u know.;) 

First, sy ada beli blouse dari Qoma, dah terima pun blouse tu, I like! Sebab blouse ni labuh bawah punggung elok2 je.Tak labuh sangat. Sy ni girl yang tak brapa cukup tinggi, so tak boleh pakai blouse yang labuh sangat w'pun sy sangat2 teringin!
Sy beli kaler hitam, harge Rm38 ja plus postage Rm5.So ni pic nye.

Next, sy berkenan lak ngan blouse nih, dari Misslilishop. Suka tengok blouse ni cuz corak die abstract. Insy'allah minggu depan receive blouse ni. Harganya rm30 plus postage Rm5 jugak ;)

Last but not least, sy ada beli make up brush tp beli bulan lepas, bukan bulan ni ;) Kan dah tersasar dari tajuk entry nih ;) Brush nih sy beli dari satu blog nih, tapi xmau la state nama blog tu disini ;)
   Sebabnye.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 .
.

tak best le brush die. Sy bli yang 12pcs. Sebelum beli sy ada tanya lembut ke x brush ni. toke kedai kata lembut. So,  I believe! After tenung brush tuh 10,20 kali,I pun beli.
3 hari kemudian saya receive brush tu. Brush yg sy dapat sedikit berlainan dari yang ada dalam pic. Ok, dari semua 12pcs tu, ada 3 brush I x puas hati. Sebabnya kasar la brush tu! Fan brush, blush, n satu lagi face brush kot. Sekali try huh! Boleh calar my face! Tapi dalam banyak2 brush tu , sy suka eyeshadow brush, best! Brush yg lain ok je, biasa la brush murah kan ;)
 Overall, nasihat saya better jangan beli brush online sebab maybe pandangan manusia kat kelembutan brush berlainan kot. Hehe.Better beli kat Elianto@elf@NYX. Beli sikit2, jgn beli satu set terus. Kalau nak beli jugak brush yang murah ni, better beli kat kedai offline ja, sebab boleh rasa lembut ke tak that brush.
That's all for this pagi Jumaat
Daaa.... ;)


Tuesday, August 2, 2011

Jom masak : Lepat Pisang

Alhamdulillah, semalam adalah first day umat Islam berpuasa. Tinggal 29hari lagi untuk kita berpuasa. Kalau cakap bab puasa, mesti kita nak makan makanan yang sedap2 ja kan ;)
Nasi wajib makan dan paling penting masuk waktu ja teruih bantai air sampai x ingat dunia.
Janji hilang dahaga.

Semalam makan simple2 ja, pastu dah ada pisang lebih, so mak buat lepat pisang dan serawa pisang. Sedapp!Orang Kedah panggil lepat pisang, org negeri len ceq tak tau.Lepat juga kot.Sapa2 yg nak belajar buat lepat leh ikut resepi nih, resepi mak ceq.

Lepat Pisang
  Bahan-bahannya : 

  • 6 biji pisang
  • Tepung beras 3 cawan(boleh tambah ikut selera masing2)
  • Santan
  • Gula dan garam
  • Daun pisang
              Cara-caranya :
  1. Lecek pisang sampai lumat.
  2. Masukkan tepung, garam dan gula,santan.
  3. Pastu kacau,gaul sampai sebati.
  4. Dah siap semua, boleh balutkan dengan daun pisang. Pastu kukuskan dengan pengukus yang ada di rumah.
  5. Kukus selama 30 minit ataupun sampai masak.

Mudah dan cepat kan! Sesuai untuk org yg baru nak blajaq masak mcm saya.;p
Serawa pisang masak macam biasa, macam masak bubur. Yg ni pun mudah juga untuk disediakan.