Saturday, May 16, 2015

CARA MENDORONG SEMANGAT BERNIAGA

Tajuk entry sebiji macam Pn Ainon. hehe
khassss buat peniaga yang baru start berniaga. anda wajib baca ni taw.
kalau dah lama berniaga pun kena baca..

aku baru betul serius bisnes online sejak 2 3 menjak ni je..
sebelum ni part time je.
tah bersungguh sangat.

sekarang melalui fasa serius.
apa maksud fasa serius?
nanti la next entry. ampa baca yang ni dlu noh

====================
original post dr Pn Ainon.
====================

Mendorong Semangat Sendiri
Semasa kita baru memulakan bisnes, jikalau tidak ada jualan, semangat kita mudah jatuh.
Kita patah semangat. Hilang percaya-diri. Harapan keluar ikut jendela.
Bangun pagi, serasa macam tidak berani hendak melangkah keluar rumah dan berdepan dengan 1 hari lagi dalam dunia bisnes yang tidak macam disangka....
.
Apabila kita baru hendak mula melangkah ke dalam dunia perniagaan, pilih bisnes yang mudah mendatangkan jualan.
Jangan pilih produk yang sukar dijual, nanti semangat kita jatuh.
Jualan adalah pendorong paling penting. Apabila ada jualan, semangat kita kukuh. Apabila tidak ada jualan, semangat kita jatuh.
.
Mulakan bisnes dengan menjual produk yang biasa-biasa, yang hari-hari dapat dijual, meskipun untungnya sangat sedikit.
Kita bukan mahu untung besar. Kita mahu menjaga supaya semangat kita tidak jatuh akibat tidak dapat menjual.
.
Apabila semangat kita tinggi, akal kita mudah berfikir, tiap-tiap pagi kaki kita ringan melangkah keluar rumah, pulang ke rumah dengan semangat kekal tinggi.
Perlahan-lahan kita akan menambah produk-produk yang kita tawarkan kepada pelanggan kita. Pelanggan semakin puas hati, mereka membeli semakin banyak.
Perlahan-lahan jumlah pelanggan kita bertambah....