Friday, July 19, 2013

DUGAAN.

Dugaan datang lagi.
Percaya ini dari Allah.

Sesungguhnya bisnes online juga punya kelemahan yang tersendiri.

Nak berniaga secara ikhlas, so sandarkan pada Allah s.w.t saja lah 

^_^

Thursday, July 11, 2013

Kisah 1 Ramadhan

Semalam ialah emosi.

Alhamdulillah berjaya juga tunaikan ibadah terawih untuk ramdhan pertama.

Ist Ramadhan membuatkan saya teringatkan orang yang saya pernah cintakan dulu.
Dan malam ni, saya menangis.. teringat kenangan..

Biasanya awal Ramadhan saya akan sms kan dia niat puasa untuk sebulan dan setiap hari.

Sudah 2 hari saya bawa diri, tenangkan fikiran di pantai Queensbay.. ya petang2 begini tak ramai orang pun..
Boleh la tenangkan fikiran yang gundah gulana ni..

Sudah 9 bulan saya berpisah dengan dia.. dan hari ini saya terlalu rindukan dia..

Saya tak dapat nafikan lagi.. memang sy cintakan dia walaupun dia tak menghargai saya... Pernah saya kata saya bencikan dia.. tapi itu hanya di mulut.. Sesungguhnya rasa cinta ini Allah yang kurniakan.. Syukur Ya Allah..

Rasa terlalu rindu itu saya salurkan melalui Allah.. Letakkan tangan di dada.. dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat dia.. semoga dia rasa apa yang saya rasa. Samada si dia terima atau tidak rindu saya, itu semua kerja Allah.. saya hanya berusaha..


" Jika kamu masih cintakan seseorang sedangkan dia sudah tidak cintakanmu lagi, maka berdoalah pada Allah...Sesungguhnya hati manusia Allah yang pegang.. Allah mahu lihat hambanya berusaha "