Friday, February 22, 2013

The Power of NOW


Whatever you want in life, start TODAY.
Not tomorrow - today.
Let it be a small beginning - a tiny beginning.
Your happiness depends on starting today - every day.
- Jonathan Lockwood Huie

Cara Supaya Mempunyai Sifat Sabar

1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain.

2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu.

9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

11. Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

12. Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

13. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-ubah diri anda itu



As conclusion, think POSITIVE!

Saturday, February 16, 2013

Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

Selamat pagi!
Hari ni buka FB dapat satu link menarik yang terkena pada batang hidung sendiri..hehe
Mungkin ada antara anda yg sedang baca blog sy ni sedang kecewa kan.
memang sakit hati bila dikecewakan orang lain..
Nak2 pula kita ni tak bersalah.. tapi dibuatnya seolah-olah kita yang bersalah..
Kepada kaum hawa.. kakak2 dan adik2..
Marilah kita saling support diri masing2..
Kuatkan semangat.. 
Kejar impian kita.. Jangan toleh ke belakang..
And of course semua ni mengambil masa untuk lupakan seseorang yg kita cinta kan?
Biasalah tu.. janji kita move on dan cipta kejayaan yang terhebat untuk diri sendiri..

Kepada anda yang nak tahu cara terbaik untuk menenangkan hati yang sedang 
kecewa tu.. meh baca tipss kat link ni ya..



Sape kenal tempat diatas ni katne? hehe..
Baru balik dari melihat laut.. untuk recharge dan menenangkan diri..
Results = I am more positive!

Rindu bertamu di pesisir Queensbay.. 17/2/13 . 8am

Thursday, February 14, 2013

Kekasihku sudah MATI

Saya anggap awak sudah meninggal dunia..
Jadi pada siapa sy nak msg or phone..
Sebab awak dah mati..
Cuma sy akan kenang kebaikan awak sampai bila2...
Awak yg peramah..
Awak yg tenang raut wajah..
Bila sy pandang sejuk je hati ni...
Awak yang suka menolong orang...

Awak curang?
Ye saya marah sgt2..
Sebab awak pentingkan perasaan awak sendiri..
Awak cari spare part setahun yang dulu untuk menjaga hati awak sendiri...
Sedangkan awak tak fikirkan betapa hancurnya hati saya yang cintakan awak 10tahun yang lalu...
Dan awak meninggalkan saya begitu sahaja bila awak rasa hati awak dah boleh tinggalkan saya..
Awak pengecut..mudah mengalah..mudah putus asa..
Saya je yang nak pertahankan hubungan ni sedangkan awak cepat putus asa..

Kalau ikutkan hati..saya benci awak,
saya dendam dengan awak..
Tapi...
awak dah mati..
sy maafkan salah silap awak selama ini..
Sy pun nak minta maaf dari awak tapii tak sempat..
Sebab awak dah
MATI.

Andai kata suatu hari nanti saya terserempak dengan seseorang yang wajahnya
seiras awak..
Sy percaya itu bukan awak..
kerana awak sudah mati..
Semoga awak tenang di sana...

Selamat tinggal cinta.
Hanya kenangan manis bersama awak sy simpan..
Kenangan pahit sy lupakan..
Saya maafkan awak...

Selamat datang kejayaan dan kekayaan..
Kau yang terindah..





Wednesday, February 13, 2013

Puisi untuk Kau Yang Terindah


Puisi ni aku up dekat FB, tapi setting untuk aku je yang baca..
Hehe..sebab tak mau kawan2 or lecturer2 or adik beradik perasan yang aku tengah 
frust cinta menonggeng sekarang ni.haha.
Kalau yang pernah tangok cite Kau Yang Terindah tu..
 Tau la pasal puisi ni kan..
Cuma rangkap kedua aku ubah sikit..
Sebab tak sanggup lah nak doa kat Allah minta diri sendiri ditelan bumi dan dipanah halilintar...huhu..

Jemput baca...

Duhai Tuhan.. 
Jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan memperolehi kewarasanku.. Maka biarkanlah aku menjadi begini seumur hidupku..

Duhai Tuhan.. 
Andai mampu aku meminta padamu saat ini.. Aku ingin kau hilangkan ingatan dan perasaan ku kepadanya.. Aku tak ingin ingati dia lagi..

Duhai Tuhan.. 
Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebuah makna.. Biarkanlah cintaku tumbuh.. Biarkanlah ia semakin merekah dan mekar.. Meskipun aku telah layu dan mati..

By,
Jiha