Showing posts with label Life tips. Show all posts
Showing posts with label Life tips. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Tips Tenangkan Hati


Kuasa Allah..


»» Bila Rasa marah...Sebutlah Nama الله.

»» Bila Rasa Geram...Sebutlah Nama الله.
»» Rasa Sakit Hati...Sebutlah Nama الله.
»» Dalam Apa Saja Keadaan...Ingatlah الله .



الله Dah Beritahu Yang Bermaksud
"Dengan Mengingati الله, Hati Akan Menjadi Tenang"..(^_^)

Tuesday, November 13, 2012

Tips Mudah Membuat Keputusan

Salam.. tips ni sy copy paste dari FB my friends ja.
Amat menarik dan berfaedah untuk dikongsi bersama anda.

..........................................................................


Dari KELANTAN: Tips ini mudah dan boleh dimulakan serta-merta. Insya-Allah.

1) Bila mahu membuat keputusan; contohnya mahu beli sekilo ikan atau dua kilo? Mahu bertolak pukul 8.00 pagi atau 8.00 malam? Atau apa sahaja keputusan yang bersifat segera... bacalah istigfar 3 kali diikuti dengan selawat 3 kali.

Kemudian berdoalah mohon Allah pilihkan yang terbaik. Setelah lakukan itu, apa yang datang
ke hati....pilihlah.

2) Bahasa mudahnya, kita tanya Allah dulu. Apa pun tindakan itu......,besar atau kecil.

Sebabnya, kita tidak tahu apakah keputusan itu nanti akan membawa manfaat atau mudarat.

3) Sungguh, melakukan strategi di atas akan membuat hati kita tenang. Segalanya memang patut begitu. Segalanya memang perlu disandarkan kepada Allah.

Bayangkan saja, andai semua perkara, perlu kita buat dan fikirkan sendiri...

Nanti, jadilah kita seorang yang sukar untuk senyum!

Sungguh, strategi orang beriman itu mudah sahaja.

Caranya? Buat saja dengan sungguh-sungguh apa yang boleh dibuat. Selebihnya serah kepada Allah.

-Quoted from 'Mudahnya Menjemput Rezeki'

Friday, October 19, 2012

Zikir untuk Hari Jumaat

Bertemu Jumaat minggu ni membuatkan aku tersedar bahawa sudah seminggu 
blog ini tidak di update oleh tuannya yang sangat busy. hehe

Oh ya,
Back to main point.


Zikir untuk hari Jumaat ialah

'Ya Allah'
Zikir sebanyak 1000 kali ye kawan-kawan

^_^

Fadilatnya nanti saya update blog lagi yah.

Sunday, September 9, 2012

Tips Mencari Pekerjaan Yang Sesuai Dengan Perwatakan Diri

Pernahkah anda terfikir kerja apa yang paling sesuai dengan karakter anda?
Ada sesetengah orang yang tak kisah pun kerja apa, janji gaji masyukkk!!
But not to me.. Masih mencari kerja yang bersesuaian dengan diri.
Kepuasan kerja itu perlu ok =)

Tadi ada buat kuiz, so dapat identify kerja yang bersesuaian dengan my character..
So ni lah result nya..




Monday, March 5, 2012

First day bekerja.

Yeay, alhamdulillah saya dah mula bekerja pada hari ni, 5 Mac 2012.
Semalam punya lah semangat, set jam alert pukul 6.00 pagi.
At last, pukul 7pagi baru kelam kabut pi mandi.

Hari ni briefly belajar tentang company overview.. and brainstorming.
Dan saya masih menyesuaikan diri di tempat kerja baru ni..
Belajar to adapt new culture, dimana i have to totally speak in English.
Ok, saya dah start practice speaking dah sikit-sikit.hehe.

Saya masih ingat kata-kata manager pada saya hari ni, yang
saya harus CONFIDENT dalam speak English walaupun grammar berterabur.
(Opss, saya letew... speaking suka hati ja.) dan
Dan hari ni jugak saya dah tau kenapa mereka hire saya.. hehehe.

Good luck to myself, and bersemangat nak belajar perkara baru di esok hari.Chaiyok!

Meaningful words for today:

~ Confident in speak English.Do not care about grammar.
~ Jangan mengalah sebelum mencuba.
~Jika gagal, usaha lagi sampai berjaya.
~Try Again,again and AGAIN~.

Notes : Tak semestinya kekurangan kita adalah kekurangan dimata orang lain..

Tuesday, January 17, 2012

Tips Cari Isteri

"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)


Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar ‘sudah tiada gadis’ atau ’sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.

Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang mahram. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari daripada Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda.

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.



Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina




Thursday, January 12, 2012

Tips untuk menjadi positif

Saya tak dapat nafikan atau tipu diri sendiri yang saya seorang yang negatif  thinker sebelum ni.
Sebab tu dalam azam saya 2 tahun kebelakangan ni, 
wajib ada azam untuk menjadi seorang yang positif!
Alhadulillah, energy positif semakin mudah mengalir dalam diri saya kebelakangan ini.
Kat bawah ni ada sedikit tips untuk menjadi positif yang saya  search melalui google.
Hopefully  ia berguna untuk kalian. 

:D

TIPS UNTUK MENJADI MISS/MR POSITIVE :)

1. Ubah mind set anda kepada positif.

2. Fokus apa yang anda mahukan, lupakan apa yang anda tak mahu.

3. Jangan selalu fikirkan kekurangan dalam diri anda. 
Fikirkan kebahaguaan, ketenangan, kebaikan hidup anda sekarang.

4. Belajar untuk merasai, bertindak seperti anda sudah berada seperti kehidupan yang anda inginkan.

5. Selalu beritahu diri anda dengan perkataan meyakinkan seperti 'AKU BOLEH','Aku POSITIF".

6. Cari setiap kebaikan di dalam hidup anda.

7. Ikut rasa posiitif anda disertai bersama tindakan yang positif.

8. Fokus minda untuk menjadi positif sepenuhnya.

9.Berkawanlah dengan orang-orang yang positif! Jauhi negative persons.

10. Baca artikel kejayaan insan lain yang voleh memberi inspirasi kepada anda.
I love Datuk Maznah Hamid stories at this moment. :)

11. Fokus diri anda untuk terus menjadi positif dan anda akan jumpa keajaibannya nanti...



Sunday, January 1, 2012

5 cara urus kewangan

Pagi tadi aku ada tengok MHI di TV3.
Ada sedikit tips dari Nazril Idrus tentang cara nak uruskan kewangan bulanan kita.

1. BAYAR DIRI ANDA SENDIRI DAHULU.
 Contohnya ada yang simpan 10% dari gaji bulanan. Depend la.

2. RANCANG ALIRAN TUNAI HADAPAN.
Maksudnya buat la bajet perbelanjaan untuk bulan hadapan.
Misalnya untuk petrol rm300, bagi mak rm200.dll. 
Simpan resit perbelanjaan untuk kita bandingkan nanti.

3. SUSUN REKOD FIZIKAL ANDA.
Rekod fizikal ni termasuklah geran,warranty barang yang kita beli.
Kalu rajin, wat sistem filing pun bagus jugak, senang nak cari apabila diperlukan.

4. RANGKA DANA PELAJARAN ANAK-ANAK.
Plan tabungan/simpanan umtuk anak-anak kelak.
Sekarang ni lagi mudah dah ada SSPN, buat je akaun tuk anak2.
Kalau nak hanta anak belajar di oversea, kena simpan lebih lagi laa.

5. LEBIH TINGGI PENGETAHUAN, LEBIH TINGGI PENDAPATAN.
Ok tips last ni paling best. Kita harus tambah ilmu kalau nak berniaga kan..
Saya percaya pada pasif income. Tak boleh depend kepada makan gaji semata- mata.

For more details, visit this site

~Finish~

Saturday, December 3, 2011

Jobstreet vs Jobsdb.Mana lebih bagus untuk pencari kerja?

Hai alls, hari ni dah 4 Disember 2011 dan aku masih belum bekerja.
Semalam aku dah apply keje kerani, tapi nampaknya belum rezeki aku lagi,
sebab jawatan tu dah ada orang len dapat. :(
Hah, aku sangat terdesak sekarang nih, sampai terpikir nak keje kilang.
Tp ok what? Cuma mak aku ler awal2 lagi dah nasihatkan aku sebab tahu2 lah, keje kilang ni penat!

Btw, refer kat tajuk Jobstreet vs Jobsdb diatas, agak2 korang yang mana lebih best dan berkesan?
Sebab pe aku cakap begini. Aku rasa jobstreet sekarang dah macam tak best!
Tak pernah sekali pun aku dipanggil interview.
Tapi kalau fikir logiknya, memang lah, maybe sebab many competitiors kan :D
Kelebihan Jobstreet nih, bagi aku kita boleh lihat statistik orang yang aply keje sama2 dengan kita  so boleh expect dah samada akan dipanggil interview or not :D

Btw, aku memang tak pernah dipanggil interview sebab takdek pun employers yang nak view resume aku.
/Haha ! 
Please lah, majikan2 diluar sana ,please view my resume ok :)
Maybe sebab dah lama sangat guna Jobstreet, tp tak panggil2 jugak interview, jadi aku dah ubah angin.
 so sekarang aku dah active guna Jobsdb pulak.
Yg ni best skit dari Jobstreet.
So kepada rakan2 diluar sana yang masih menganggur and masih menjadi hamba kepada Jobstreet,
jom kita ubah angin pulak, cuba try Jobsdb pulak ye.

Hopefully ada la rezeki kita nanti.. =)


NotaKaki : Ya allah, murahkanlah rezeki kedua orang ibu bapaku, serta diriku. Aminn

Tuesday, October 25, 2011

Syampu boleh membunuh!!

Selamat hari Deepavali kepada semua Indians.
Sebelum sy story tentang entry diatas, sila baca ayat info ni terlebih dahulu.

"Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa."

Info diatas sy copy dari FB, mungkin anda sudah tahu tentang perkara ini.

Tapi mungkin juga ramai yang belum tahu.

Sejurus membaca maklumat diatas, sy terus ambil syampu yang saya gunakan.


After check, memang terdapat SLS pasa syampu Dove yang saya gunakan tu.

Btw,  info diatas tak boleh kita percaya bulat2, selagi belum ada fakta2 yang sahih.

Apapun sy KIV dulu syampu kesayangan sy tu at this moment =)


NotaKaki: Syampu masih berbaki separuh lg, tak sampai hati nak buang ;(

Sunday, September 11, 2011

Petua untuk Murah Rezeki

Hallu gorgeous!!
Hari ni saja blogwalking tentang petua murah rezeki.
Then terjumpa la petua murah rezeki dari Lincomel
Panjang entry die.. so saya make it short je lah, sebagai guide untuk saya dan readers.
Kalau nak baca entry original dari Lincomel, boleh klik link diatas.
Kalau nak baca kat sini pun boleh =)

Petua untuk Murah Rezeki

1. Selawat ke atas Nabi 100x selepas setiap solat.
2. Baca surah al-Waqiah sebelum tidur setiap malam
3. Puasa setiap Isnin dan Khamis setiap minggu.

Kena amalkan selama 40 hari.Insya'allah.

NotaKaki: Nak search surah Al-Waqiah =)