Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Thursday, July 2, 2015

RAMADHAN 16 / 2 July 2015

Salam.
Lama tak menulis. eh menaip.
Entah ada ke tak orang yang membaca blog aku nih.

Ampa dah khatam Quran ka? kalau dah, alhamdulillah la ampa memang rajin.. alkisah aku baru berapa muka surat ja.. rajin2 malas macam tu lah. hehe.

Sibuk cikit lately, raya dah dekat so aku jual baju-baju raya yang cantik
dan meletop tu kat FB ja.

nak tengok? Jom lah like page BelezzaBoutique


Friday, March 14, 2014

Single

Sebenarnya ramai ja orang orang di bumi ni yang hidup single. bukan anda seorang.

Kenapa single ????

Dah namanya belum sampai jodoh sayang oi..

Pakat pakat la kita hidup single noh.

Ada hikmah di sebalik hidup single ni.

hohoho.

Gud nite ;)

Friday, July 19, 2013

DUGAAN.

Dugaan datang lagi.
Percaya ini dari Allah.

Sesungguhnya bisnes online juga punya kelemahan yang tersendiri.

Nak berniaga secara ikhlas, so sandarkan pada Allah s.w.t saja lah 

^_^

Monday, March 11, 2013

Putus Cinta? Hidup perlu diteruskan

Sudah,aku ingin menutup kisah cintaku yang dulu.

Ceh, ayat jiwang tu..

Girls!
Bangunlah.jangan menangis terlalu lama kalau putus cinta..
Sy sendiri ambil masa selama 3 bulan untuk betul2 terima kenyataan
atas semua ini.Tu pun belum sepenuhnya...
Cuma saya semakin kuat dari hari ke hari..
Ingat lagi sahabat baikku pernah cakap..
'Kiranya ang ni cepat jugak bangun.. tak macam kebanyakan perempuan lain'
Ya lah,cinta selama 11 tahun, tapi berakhir dengan cara yang amat kejam,
dah sah2 la sakit hati ni...

Tapi Alhamdulillah.
Nak tahu rahsia saya, mcm mana sya bangkit dari segala kekecewaan ini?
Mudah saja, jawapannya hanya satu...

Saya serahkan segalanya pada ALLAH.....
TAUBAT, kemudian bergantung pada ALLAH.

ALLAH adalah kekasihku yang kekal abadi..
Tiada tandingan degan mana2 lelaki..

Girls,if anda baru putus cinta, or nak minta tips ke..
Boleh share dengan G-hah ya.. sy sedia mendengar kisah anda...
boleh email ke najiehacmk@gmail.com


** Ini bukan kaunseling .. sy just nak buat benda2 yang boleh buat sy happy..
Salah satunnya, support each other yg mengalami masalah yg sama dengan saya.




Saturday, February 23, 2013

Selagi Cinta Berzikir

24/2/12 3.30 pagi

Assalamualaikum.
Tadi baru je lepas tengok cerita Selagi Cinta Berzikir seperti yang disarankan oleh 
best friend ku,Aisyah.
Ada mesej penting yang dia nak sampaikan pada aku melalui cerita ni..
Cerita ni dah pernah tayang kat TV1..cuma aku x pernah tengok pun.
Bila dah tengok sedih sangat dong..
Tunggu pa lagi, buat air mata je lah citanya.

Meh la tengok cerita ni bagi sesiapa yang tek pernah tengok tu.
Sesuai untuk orang yang putus cinta cam aku. T___T


Kesimpulan dari cerita ni yang aku dapat:

1.Watak lelaki ni cepat putus asa, tak yakin dengan takdir Ilahi..
2.Kurang pegangan pada agama..sebab dari awai aku tengok cerita ni takdak pun
part depa solat,part agama yang ada cuma time nak kahwin.
3.Perempuan tak dapat berfikir dengan waras bila tertekan.. T___T
4.Watak lelaki juga tak bertanggungjawab..sebab dah kawen tapi boleh pulak pi serah balik bini dia 
kat mak mertua..Iskkk..

MORAL OF STORY:
-Cinta tak boleh buat duit punnnnn
-Para lelaki tolong lah bertanggungjawab...
-Kuatkan pegangan dengan Allah s.w.t, jangan mengalah pada takdir.
-Wanita lebih tabah dari kaum lelaki walaupun selalu emo
-Niat nak bernikah haruslah kerana Allah... bukan kerana CINTA.

P/S:
Kalau anda antara anda yang sedang bercinta tapi hubungan terhalang..
please make sure pasangan anda cukup kuat untuk tempuh segala halangan & rintangan.
Kuatkan kebergantungan kepada Allah sw.t, bukan manusia..
Kerana Allah juga lah yang Maha Mengetahui segalanya..
Allah cuma nak menguji kita...




Saturday, February 16, 2013

Bagaimana Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

Selamat pagi!
Hari ni buka FB dapat satu link menarik yang terkena pada batang hidung sendiri..hehe
Mungkin ada antara anda yg sedang baca blog sy ni sedang kecewa kan.
memang sakit hati bila dikecewakan orang lain..
Nak2 pula kita ni tak bersalah.. tapi dibuatnya seolah-olah kita yang bersalah..
Kepada kaum hawa.. kakak2 dan adik2..
Marilah kita saling support diri masing2..
Kuatkan semangat.. 
Kejar impian kita.. Jangan toleh ke belakang..
And of course semua ni mengambil masa untuk lupakan seseorang yg kita cinta kan?
Biasalah tu.. janji kita move on dan cipta kejayaan yang terhebat untuk diri sendiri..

Kepada anda yang nak tahu cara terbaik untuk menenangkan hati yang sedang 
kecewa tu.. meh baca tipss kat link ni ya..



Sape kenal tempat diatas ni katne? hehe..
Baru balik dari melihat laut.. untuk recharge dan menenangkan diri..
Results = I am more positive!

Rindu bertamu di pesisir Queensbay.. 17/2/13 . 8am

Wednesday, February 13, 2013

Puisi untuk Kau Yang Terindah


Puisi ni aku up dekat FB, tapi setting untuk aku je yang baca..
Hehe..sebab tak mau kawan2 or lecturer2 or adik beradik perasan yang aku tengah 
frust cinta menonggeng sekarang ni.haha.
Kalau yang pernah tangok cite Kau Yang Terindah tu..
 Tau la pasal puisi ni kan..
Cuma rangkap kedua aku ubah sikit..
Sebab tak sanggup lah nak doa kat Allah minta diri sendiri ditelan bumi dan dipanah halilintar...huhu..

Jemput baca...

Duhai Tuhan.. 
Jika dengan melepaskan cintaku maka aku akan memperolehi kewarasanku.. Maka biarkanlah aku menjadi begini seumur hidupku..

Duhai Tuhan.. 
Andai mampu aku meminta padamu saat ini.. Aku ingin kau hilangkan ingatan dan perasaan ku kepadanya.. Aku tak ingin ingati dia lagi..

Duhai Tuhan.. 
Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebuah makna.. Biarkanlah cintaku tumbuh.. Biarkanlah ia semakin merekah dan mekar.. Meskipun aku telah layu dan mati..

By,
Jiha

Tuesday, February 5, 2013

6 February 2013


6 February 2013


Dan hari ni.. aku bertekad untuk lepaskan semuanya demi KERJAYA.. demi IMPIAN ku yang menggunung.. yang lebih penting dari segala-galanya.. Selamat tinggal kisah cintaku,selamat tinggal kamu yg menyakiti hati ku.. Baikmu aku kenang..Burukmu aku simpan kejap di dalam hati... Selamat datang kekayaan, keberkatan, kebahagiaan. Mazda 2 Hatchback.. white colour.. come close to me darlings!



Cinta manusia hanya sementara,
Cinta Allah adalah selamanya..

Tuesday, December 18, 2012

17.12.12

Tarikh 17.12.12 ialah satu tarikh yang paling bersejarah buatku..

17.12.12 @ 9.30pm

Bukan tarikh birthday..
Bukan tarikh acheivement, award..
Bukan tarikh pertunangan apatah lagi nikah, kahwin..
Bukan tarikh kematian..
Bukan tarikh kelahiran baby baru..
Bukan jua tarikh apa-apa..

Tetapi..

Ia adalah tarikh penghijrahan bagi seseorang yg sy sayangi.
Ingat lagi saat awak cakap, awak nak berubah.. dari cara awak cakap,
saya tahu awak betul2 nak berubah dan seumpama diberi Hidayah..

Sy menangis dengan keputusan drastik awak tu.. tp bersyukur sangat2 sebab itulah DOA yg selalu
saya pinta dari Allah s.w.t setiap kali sy habis solat..
Awak tau, tiap kali habis solat.. sy selalu doakan untuk kedua ibu bapa sy, rakan2, semua umat Islam, adik beradik even orang tak kenal.. sy doakan.. selepas itu saya doakan untuk awak..
Apa yg saya doakan untuk awak adalah apa yg Allah swt makbulkan pada tarikh ini, 17.12.12.

Awak tau tak.. sy sedih bila awak dah tak izinkan saya panggil awak dengan panggilan seperti dulu.
Awak tau tak .. sy rasa perubahan awak ni sangat drastik..
Awak tau tak... bagaimana sy nak terima perubahan ini setelah 11 tahun kita 'berkawan'
Awak tau tak... saya sedih bila awak cakap.. saya harus berdikari.. mana2 kerja yg sy boleh settle sendiri.. sy harus buat sendiri.. jangan harapkan awak.. mungkin awak sedar kot.. selama ni awak terlalu manjakan sy kan ?

Tapi saya harus REDHA..

Awak... sy tak tau nak cakap macam mana lagi...
Sy tak nak nangis.. tapi air mata ni laju je mengalir..
Ingat lagi semalam awak cakap.. biar sy menangis sekarang dari menangis di esok hari.
Ye lah, sebab awak dapat dengar kot sy nangis time awak cakap tu..
Saya selalu nangis kot time on phone..

Awak tau.. saya kusut,serabut, tak pergi kerja. hari ni sy tak mandi seharian. haha. KUSUT.

Awak ada cakap.. kita ni REMAJA, bukan DEWASA.
Sy tak faham.. tapi at last sy baru faham maksud awak..

Awak..
Saya sedih bila awak cakap yg adik beradik sy tabur fitnah.. cakap awak main rasuah.
Astagfirullahhalazim.. sy malu sangat dengan perangai mak cik sy tu..
Saya tau awak buat kerja apa.. Kenapa la mak cik sy tu tak pernah nak berubah.. sedangkan dia dah tunaikan haji? Sy tak tau la camna nak nasihatkan dia.. Sy MALU nak berdepan dengan awak.
Sy harap awak bersabar dengan fitnah tu.. biarlah Allah yg balas..
Sy tau mesti dah lama awak pendam cerita ni kan?
At last semalam awak cerita jugak..

Awak.. terima kasih untuk semua ini..Biarlah sy bersedih buat sementara waktu ni..
Mungkin lepas ni Allah ada percaturan yg lebih hebat untuk kita berdua..
Mana tau kan? Kuasa Allah..
Awak saat saya menulis ni, air mata tak berenti mengalir..
Its ok.. macam ni lah lumrah hidup..
Kadang kita happy.. kadang2 kita sedih..
And ketika ini.. air mata ini masih mengalir..
Ini ialah air mata kesyukuran.. air mata kesedihan... air mata harapan..

Awak.. sy tahu awak takkan baca blog sy ni..
Awak.. semoga Allah jodohkan kita berdua.
Semoga Allah permudahkan jalan untuk kita berdua..
Semoga Allah swt murahkan rezeki awak.. kuatkan iman..
Harap awak bersabar dengan segala fitnah....

Awak.. sy masih berharap pada awak..
Hati budi awak hanya Allah swt dan saya yang tau..
Terima Kasih Allah, syukur kerana berikan sy peluang bertemu dengan insan yg mempunyai sekeping hati yang mulia..

Saturday, November 24, 2012

Mereka wanita TABAH dan BERJAYA

Hari ni 10 Muharam, alhamdulillah berjaya puasa sunat di bulan mulia ni buat pertama kalinya.
Satu pencapaian yang terbaik dalam hidup ni. =)
Syukur Allah s.w.t bukakan pintu hati supaya berpuasa hari ni..
Slowly sy akan improve diri ni untuk menjadi insan yang lebih baik ^-^

Kebelakangan ni saya agak down dengan my online bisnes.. tapi selepas baca  blog-blog peniaga online yang lain saya kembali bersemangat.

Suka sangat baca blog jutawan muda Felinna ni, actually dah lama follow blog ni..since dia buat event modelling dulu-dulu.Now dia sudah berhijrah, berkahwin dan mempunyai sorang baby bam bam comel yg bernama Riedzki.Nama baby ni pun sempena  rezeki yang dilimpahkan Allah s.w.t kepada mereka dalam bidang perniagaan. Syukur buat mereka. Saya tak mampu nak jadi setabah Felinna, so saya jadikan dia sebagai idol saya jugak, sy harus jadi seperti dia..seorang yg TABAH dan tidak mudah berputus asa.
Sikap ni memang tiada dalam diri saya sebelum ni. But now, I improve sedikit demi sedikit.

Lagi bertambah terharu bila baca entry ini  , barulah saya nampak kisah mereka yg sangat perit sebelum berjaya.Betullah cakap orang, tak mudah nak berjaya.Kalau nak berjaya kita mesti gagal dulu. DARE TO FAIL ! Yang penting kena kuat semangat dan jangan mudah berputus asa. Dari story ni jugak, saya nampak, Allah akan murahkan rezeki dalam perkahwinan dan kehadiran cahaya mata juga membawa rezeki di dalam rumahtangga. 

Second blog yang sy suka baca, blog KZNabihah.
Dahsyat juga story cik Bihah kita ni.. jatuh bangun dalam bidang perniagaan ,ditambah pula dengna kehilangan insan-insan tersayang sangat perit buat dia.
Lagi menyakitkan hati bila mempunyai staf yg tidak boleh dipercayai.. Semoga Allah memberikan Hidayah kepada orang itu ye Bihah ;)
Nak tau strory tentang jatuh bangun Bihah boleh klik link ni

Apa yang saya paling respect Bihah ni, dia seorang yg yakin diri, walaupun berbadan besar, tapi berani bergaya. Wah, jauhnya gap sy dan awak.. hehe.
Saya agak kurang yakin diri sebelum ni, tapi bila baca blog awak.. terus jadi semangat!
Hee. terima kasih Bihah kerana memberikan inspirsa kepada insan-insan seperti saya.
Saya percaya ramai yang menjadikan anda sebagai idola mereka.

Buat Bihah dan Felinna, semoga Allah s.w.t murahkan rezeki kalian.. semoga saya menjadi tabah dan berjaya seperti awak berdua ya ! Aminn





Monday, November 19, 2012

Ikhlas dari hati buat W** M*** H****

Malam ini sangatlah menyedihkan.
Lately juga tiada lagi kisah jiwang antara aku dan dia. ecece.
Sebenarmya hati ni sedih sangat sebab
semalam sy demam, tapi boleh pulak awak tinggal tipon kat umah,
semata-mata pergi memburu pelanduk!

Buat pengetahuan awak, saya ni susah nak demam, boleh kata 5 tahun sekali
baru demam. Demam pulak biasanya sehari je, lepas tu dah ok. Time demam ni saya anggap boleh le manja-manja mintak perhatian lebih sikit dari awak.
Tapi jangan mimpilah!

Saya ada cakap semalam saya muntah.. then awak macam nak marah tanya
semalam saya makan pe? makan makanan basi ke?
Wah, sedihnya.. 


Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru Awal Muharram

Assalamualaikum.

Semangat ja nak typing petang ni sebab mood baik, dapat makan keropok lekor Terengganu yang
housemate bawak balik dari kampung die. hehe.

Salam maal hijrah, selamat tahun baru buat anda semua. Asyik2 dok wish Happy new year omputih ja,
kenapa la kita tak meriahkan tahun baru islam kita ni kan?

Ok sempena tahun baru maal hijrah 1434 ni, sy pun ada azam baru..hehe.

Paling utama, of course nak jadi muslimah yg lebih baik..ecece.

Talk about bisnes, kalau boleh nak maju dalam bidang bisnes ni.Nak berjaya macam orang lain jugak.
Tetapi matlamat utama sudah tentu nak bantu orang lain, nak bantu family, dan nak bantu diri sendiri .

Pada pendapat saya, berniaga ni boleh improve diri kita, boleh belajar cara layan customer.. boleh belajar susah payah nak cari duit, boleh tajamkan otak sebab asyik dok pikir strategi berniaga. Walaupun saya masih merangkak, harap2 boleh berjaya seperti orang lain!

Oh now saya dah nampak my main target untuk tahun baru islam ni nak maju dalam perniagaan.

Tapi dalam berniaga ni saya terapkan sikap jujur, niat nak bantu orang, bukan kerana kewangan semata-mata. Kena percaya juga yang rezeki itu datangnya dari Allah, tetapi kita pun perlu usaha keras, barulah Allah lebih memberkati kita kan?

Salam maal hijrah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya =)


Do you love business? Me too =) 

Friday, November 9, 2012

Badan panas bukan petanda demam

Salam..
Hai semua adik2,abang, kakak.. sedang tengok Anugerah Skrin 2012 ke tu?

Kita pun tengok jugak tadi.. tp dah kurang berminat sebab macam tak best ja.. sorry to say.
Tetapi they all dah buat yg terbaik untuk event malam ni,so tahniah buat mereka.

Just nak share sepanjang minggu ni adalah minggu malas bekerja bagi aku.
Tiap hari rasa malas nak kerja, tak tahu kenapa. So semalam ada la chat ngan member kat FB( jimat kredit dong), then ada share la about my perasaan malas ni ha.




Then my friend cakap bila malas tu, tandanya badan kita nak rest. Betul juga cakap my friend ni, sebab lately memang aku ter'over' hardworking sikit. haha,manglish di situ. Ops. This week memang usaha gigih nak achieve target kerja almaklumlah kerja dalam area sales kalau takda target ni tak sah.

Tapi aku lagi risau bila badan aku panas sangat minggu ni, tapi aku tak demam pun.
Sebab aku ni memang spesies mamalia berdarah panas,Haha,Aku tau, uollss pun darah panas jugak, tapi ada orang yg jenis badan die memang panas, macam orang demam tapi hakikatnya golongan seperti kami ini sihat sejahtera ja.haha.

Actually badan panas ni terjadi sebab banyak ASID dalam badan. Aku ada buat sedikit research sebelum ni, rupanya ramai lagi individu yang senasib aku,kiranya aku bukanlah alien di bumi Malaysia ini. haha.

Ok lah, nak update blog bisnes I pulak uolls.. nanti kita nak buat entry tentang badan berasid pulak..

Eh, jemputlah blogwalking ke blog bisnes kita. Belezza Boutique.

Thursday, November 1, 2012

Sukar ke nak ubah sikap diri sendiri

Salam.


Bertemu sekali lagi Jumaat iaitu esok, baru G-hah dapat update blog.
Sibuk lah kononnya.. Padahal baru bayaq bil broadband petang tadi. hehee.


Saya masih lagi dalam proses "TRANSFORMERS"
Nak ubah diri menjadi seorang individu yang lebih baik..
Memang saya rasakan kesukarannya.. tp pada Allah jugak tempat saya mengadu supaya dikuatkan
semangat,dan jangan mudah putus asa!


Mengapa saya katakan sukar sangat nak berubah?
Ye lah, bayangkan.. selama 24tahun saya hidup dalam lingkungan keluarga saya yang sudah tentunya lain surrounding kan..
Bila umur mencecah 25tahun, barulah sy rasakan sesuatu.
Rasa nak build my own character! Maybe too late bagi sesetengah orang..
But not for me.
Saya percaya ini juga adalah signal permulaan dari Allah s.w.t untuk saya.

Thursday, October 11, 2012

Audit diri sendiri

Salam Jumaat!

Syukur alhamdulillah lately sudah improve diri dalam beberapa perkara.. untuk dunia dan akhirat.
I believe, if kita nak berubah, berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t , then Allah akan 'tolong'.
Yang penting niat untuk berubah mesti ada dalam hati kita.

Sebagai manusia, tipulah kalau kita tak pernah melakukan dosa.. 
Tak payah tuding jaring ke arah orang lain, lihat diri sendiri pun dah cukup..
Sometimes rasa sedih sangat mengenangkan dosa-dosa yang lepas!
Dosa kepada Allah..
Dosa kepada Rasul..
Dosa kpd ibu bapaku..
Dosa kpd family, adik beradik..
Dosa kepada kawan-kawan!

Now i feel that mungkin Allah sedang membalas dosa-dosa saya..
I know, tak baik saya buruk sangka terhadap Allah.. tapi hanya saya tahu persaan ITU.
Sekarang jiwa agak tak tenteram, selalu stress.. and sometimes tak tahu nak buat apa lagi untuk hilangkan resah hati ni.

Sekarang jugak rasa macam zaman kejatuhan saya.. i lost my money! i have nothing!

Sunday, September 30, 2012

Back to Positive Life!

Yang berlalu biarkan berlalu..
Now diri ni dah kembali normal, aku dah maafkan orang yang fitnah dan kata macam-macam kat aku semalam. Biarlah allah yang adili seadil-adilnya.
Sejujurnya aku juga bersalah... Banyak lagi yang aku kena belajar tentang ilmu agama.
Sekurang-kurangnya aku ada effort nak 'repair' diri.

Minggu ni tak balik kampung pun. Just stay kat umah sewa ja.
Tak kuar jenjalan mana-mana pun.
Save cost. Perkara baru yang aku nak adapt dalam diri.. Try to save money time awal bulan..
Then boleh belanja lebih sikit di hujung bulan..
Tapi bil-bil yang tak leh elak awai bulan cam sewa rumah.bil letrik n aiq, bil broadband.. bayar jelah.
Nasib baik belum beli keta lagi nih. Tapi dalam proses nak beli keta dah sekarang, thats why sekarang tengah kumpul duit. Lepas ni boleh la balik Big Hills tiap2 minggu.
Semoga Allah permudahkan urusanku.. Aminn




NotaKaki : Berhati-hati dalam memilih kawan ^_^

Saturday, September 29, 2012

Akhirnya aku hilang sabar dengan housemate berusia 34 tahun!

Akhirnya malam ni terlerai jua kesabaranku.. Para syaitan bersorak gembira sebab dah berjaya
naikkan temperature aku ke 100 darjah celcius! Dan terus marah orang tu! Panas panas.haha.

Astagfirullahalazim.. Saya khilaf!

Sesungguhnya diri ni tak berniat, tak suka nak cari gaduh dengan orang.
Memang sifat aku, akan berbuat baik dengan semua orang selagi mampu.
Susah nak cari pasal ,suka mengekor je.. Orang kata A, aku buat A .Orang kata Z ,aku pikir dulu, kalu elok,aku ikut, kalau tak aku pikir2 dulu. Kalau orang cita keburukan orang lain untuk kongsi masalah, biasanya akan terhenti setakat aku, insya'allah takkan tersebar jauh! Aku lebih suka jadi orang tengah.

Oh ya, malam ni aku dah terlepas kemarahan kepada seorang housemate yg berumur 34 tahun!

Alkisahnya aku gi masuk toilet, lepas tu dia terus hempas2 barang masa dok basuh pinggan, sebelum ni tak macam tu pun. Mula - mula tegur baik2, then dia cakap pe ntah aku terus panas.. then dia membebel sorang-sorang. Lepas tu terus ak cakap dia kurang ajar! Ops, mungkin words tu kurang sesuai kot... Ayat aku simple je. "Sejak dia mula masuk rumah ni semua orang tak puas hati dengan dia!Kurang ajar!"
Astagfirullahalazim..memang setan sedang menguasai diri time tuh.

Tak kurang sopan ke kalau seorang perempuan tu..

Hempas pintu bilik sekuat mungkin setiap masa .Skrg pintu tu dh rosak..
Basuh baju 2 hari baru siap.. style rendam baju dalam mesin. Dah tegur, tp buat lagi.
Baju orang kat ampaian akan ditolak rapat bila dia nak sidai baju..
Pakai selipar jamban jalan dalam umah..Bayangkan lepas mandi jalan masuk bilik dengan selipar.
Ambil air wuduk kat sinki dapur, area dapur basah, then tak lap!
Banyak lagi la hal yg lain yg buat org tak puas hati..
Orang lain tengok tv, dah letak barang, dia gi dok selamba ja tmpat org.
Aku assume, wanita di usia 34 tahun lebih cermat, jadi contoh kepada orang yang lebih muda dan tak berperangai camni.


Aku bukan propa, nak buat cerita yang tak betul pasal orang len..
Ya, memang salah aku sebab cerita keburukan dia dekat orang lain. Aku tak menambah, aku cerita yg betul sahaja. Aku bukan dok jaja cerita, cuma berkongsi masalah..dok pikir jugak cara nak handle orang macam ni.. Sebab takut tersalah langkah.At last, aku dan 2 org lg housemate asyik terperap dalam bilik sebab xmau tengok muka dia.Bukan apa, bila tengok dia hati jadi panas, entah kenapa.

Oh ya, buat pengetahuan anda, dia bekerja satu ofis dengan aku.Sampai bos pun dah x tahu nak handle die camne. Dia argue gaji company bayar tak cukup, gi report pejabat buruh, nak hire lawyer. Padahal, selalu mik unpaid leave, masuk keje lewat.. Macam2 ,dia agak cerewet. Selalu twist orang. Buktinya, aku pun dah pernah terkena, sebab aku pernah trained die kejap.. pastu aku xmo trained dia dah.. sebab aku dah tak sanggup.haha. Banyak lagi la hal yg die tak puas hati dengan bos aku...macam-macam.

Lepas dah marah hamba allah tu, terus masuk bilik..

Lepas tu die membebel lagi kta sya ni komplot kawan ofis ngn membe umah sewa la, kta saya buat cara halus la kt die.. kta blik sy kurg ajar..haha. heran,sy jarang tengok muka dia,buat tak layan pun die kta sy kurang ajar ya.pelik2.

Ok, awak dah fitnah saya, ALHAMDULILLAH..

Thursday, September 13, 2012

Bila Housemate Bergaduh

Petang tadi tak pasal-pasal terdengar  'drama' live dalam umah sewa ni.

Kejadian pun bermula.....

Si A dengan tiba-tiba bercakap meninggi suara... macam sudah dirasuk syaitan.. Si B tenang je, kadang2 duk buat dont know ja dengan si A.

Aku? 

Aku yg sedap tidoq, kononnya penat baru balik keja ni tak sanggup mendengar kata-kata negatif dari Si A, lalu aku letakkan bantal busukku yang wangi itu rapat ke telinga.