Tuesday, February 5, 2013

6 February 2013


6 February 2013


Dan hari ni.. aku bertekad untuk lepaskan semuanya demi KERJAYA.. demi IMPIAN ku yang menggunung.. yang lebih penting dari segala-galanya.. Selamat tinggal kisah cintaku,selamat tinggal kamu yg menyakiti hati ku.. Baikmu aku kenang..Burukmu aku simpan kejap di dalam hati... Selamat datang kekayaan, keberkatan, kebahagiaan. Mazda 2 Hatchback.. white colour.. come close to me darlings!



Cinta manusia hanya sementara,
Cinta Allah adalah selamanya..

Akhirnya setelah 11 tahun bercinta...

Dah 2 hari sejak kejadian itu..
Awak ingat lagi tak, sy buat kerja gila turun pekan kecil Sik.. sebab selama ni awak mengelak dari sy.
Awak tak percaya.Ye lah. sebelum ni sy jenis yang penakut.. nak buat apa pun akan tunggu awak bg kebenaran dulu. Kali ni tak. Sy naik bas terus pergi tempat awak. Masih sy ingt awak tak percaya sy buat camtu kan.
At last, awak yg penat gila baru balik kerja terpaksa hanta sy balik Penang!
Pastu awak membebel dalam keta...itulah perangai awak yg sy suka...

13.1.13. 9 mlm.
Dalam keta... awak berkali2 merayu supaya sy lepaskan awak..
Awak cakap dah tiada cinta di hati awak..cuma ada sayang..  sy sedih sangat.. berapa kali menangis di sepanjang perjalanan itu...Tak sangka cinta yang ada selama 11tahun ni boleh padam begitu saja..
Tapi pada masa tu awak cakap tak pandang mata saya..awak drive..cuma dr riak mata awak sy tau awak sangat sakit hari dengan family sy kan..sebab tu awak jadi begini.
Dulu awak jugak cakap awak takleh hidup tanpa saya..awak ajak sy kawen kat Siam la.. tp sy taknak.. sy cakap tak elok.malu keluarga nanti. Masa tu awak memang cinta gila dekat sy kan..awak syang sy sgt2. nasihat sy macam-macam. awaklah semangat saya. kerja pertama saya, awaklah yg uruskan..awaklah yg bagi semangat suruh sy kerja sini..sbb gaji lebih baik.
Dan hanya awak sj yg tahu kisah2 sedih hidup saya... hanya awak.

Sy cakap, sy tak boleh hidup tanpa awak..sy hanya bahagia dengan awak...
Sy tak sanggup tengok awak kahwin dengan orang lain..
Awak cakap apa gunanya kalau kita kahwin sekarang tp nanti awak akan maki hamun sj..nak ke?
Sudah tentu sy tak nak...Awak cakap camtu sebab hati awak sedang serabut dan runsing kan.

Sy cakap lagi..saya akan tunggu awak..
Tp awak kata jangan harapkan awak.. Kalau ada jodoh ada la.. Sy cakap lagi, saya akan tunggu awak jugak...
Awak tau, sy sedih tengok awak dah macam tak terurus.. Malam tu sy perasan awak pakai seluar jeans koyak.. hua..sedihnya sy.. awak bukan org macam tu sebelum ni..

Awak,saya ingat lg pesan awak 3 perkara sebelum awak pergi...
1. Jangan jauh dari al-quran. dekatkan diri dengan Allah..
2. Kejar cita-cita saya..
3. Jaga diri baik-baik...

dan ayat paling best yg buat sy happy sebelum kita berpisah..awak cakap..

"Semoga Ghah berjaya dalam bisnes"

Ya Allah.. semangatnya sy bila awak cakap camtu..Akhirnya awak tahu cita-cita saya.
Sebelum ni sy tengok awak abaikan je bila sy cakap pasal bisnes.. Bila sy minta tolong pun awak buat dek jer.. Dan hari ni sy semangat bila awak cakap camtu..

dan akhirnya sy terpaksa walau hakikatnya sy tak sanggup nak lepaskan awak. bukan sekali 2 awak merayu.. tapi berkali-kali. Sy dengan berat hatinya lepaskan awak... biarkan awak terbang bebas...

Kau Yang Terindah..

5/2/13. 10pm.

Malam ini hati aku semakin tenang.. mungkin kerana berkat doaku kepada Allah s.w.t..
Aku maafkan dia..walaupun selama 11 tahun berkawan dengan dia pelbagai kenangan yang aku simpan.
Nampaknya lebih banyak kenangan pahit yang aku simpan berbanding yg manis.... tp malam ni aku seakan ingin memaafkan dia buat selama-lamanya..

Untuk sedapkan hati aku sendiri.. aku hanya simpan kenangan semasa tahun 2011.

1. Aku sangat sedih pada hari birthday aku,16 Jun..kebetulan hari tu ada interview dan gagal perform dengan baik..So lepas keluar bilik interview ..terus aku nangis teresak-esak.. Apa dia buat?
dia tak bagi hadiah, atau pun kek untuk celebrate birthday aku..Cuma dia bawa aku pergi tengok ikan, burung n binatang2 yang cantik kat Lee Huat Garden tu.. tapi aku hargai sangat and aku Happy =)

2. Terpancar kegembiraan di wajah awak..bila pergi tengok sy konvo.. Awak masuk dewan konvo dengan mak kawan saya..hehe..pandai awak. Saya tau awak happy sangat.... Masa sy pakaikan awak jubah konvo..ambil gambar..awak pn happy.. sy tau awak pun ingin pakai jubah tu sblm ni. 2 hari sebelum konvo.. sy sedih, sebab takde kamera.. kamera sy rosak.. sy kan suka bergambar..so sy sedih pikirkan esok hari grad takde kamera nak mik gambar.. Malam tu, awak bawa sy pergi beli kamera Nikon..kamera digital je.tp sy suka..awak pilih kaler purple untuk sy... awak ingat lagi gambar first yg awak ambil kat kedai tu? sy masih simpan.. sebagai kenangan. 

Tu je kenangan yg sy nak simpan.. sbb kenangan tu je yg sy nampak awak ikhlas dekat sy.. 
Kenangan lain sy tak pasti dah....

Awak..awak hanya tinggal dalam kenangan sy..dah memang takde jodoh la kita sbb awak dah curang dengan sy di akhir tahun hubungan kita..awak tak yakin dengan Allah....


Tuesday, January 22, 2013

Pesanan Untuk Isteri

Pesanan Buat para Isteri :

Biarpun Suamimu tidak berpelajaran tinggi, 
tidak kaya, tidak pandai, 
tidak punya pekerjaan gaji besar..
Suami itu tetap WAJIB dihormati dan ditaati selagimana ia masih bergelar suami..

Redha ALLAH adalah selepas redha seorang Suami..
Dia juga adalah Imam dan Ketua keluarga kamu..
Dialah juga yg bakal memimpin tangan kamu ke Syurga nanti..
Jodoh kamu dgnnya telah ALLAH tetapkan sebelum kamu lahir ke dunia ini lagi. :)

Note to myself and others..

Tuesday, January 15, 2013

Kau Yang Terindah...

Suka sangat dengan lagu, macam terkena batang hidung sendiri..
Lagu ni sy tujukan buat seseorang.. semoga Allah sampaikan isi hati sy ni kepada awak...
Sy yakin dengan Allah s.w.t.. Semoga kita dijodohkan bersama suatu hari nanti.. walaupun lambat..

Kau Yang Terindah -Alyah.

Ku di sini mengalunkan rindu yang resah
Aku di sini memuja bayangmu
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang
Kau yang terindah di dalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya
Ku di sini menantikan janji yang hilang
Aku di sini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang
Kau yang terindah di dalam hidupku
Hanya cintamu mekar selamanya
Tak inginku lagi mencintai yang lain
Kau telah mengikatku selamanya
Ku di sini menantikan janji yang hilang
Aku di sini menghitung harapan
Setiap detik tiap nafasku ada cintamu
Bagai semalam semuanya hilang
Bagai semalam semuanya hilang