Tuesday, December 18, 2012

17.12.12

Tarikh 17.12.12 ialah satu tarikh yang paling bersejarah buatku..

17.12.12 @ 9.30pm

Bukan tarikh birthday..
Bukan tarikh acheivement, award..
Bukan tarikh pertunangan apatah lagi nikah, kahwin..
Bukan tarikh kematian..
Bukan tarikh kelahiran baby baru..
Bukan jua tarikh apa-apa..

Tetapi..

Ia adalah tarikh penghijrahan bagi seseorang yg sy sayangi.
Ingat lagi saat awak cakap, awak nak berubah.. dari cara awak cakap,
saya tahu awak betul2 nak berubah dan seumpama diberi Hidayah..

Sy menangis dengan keputusan drastik awak tu.. tp bersyukur sangat2 sebab itulah DOA yg selalu
saya pinta dari Allah s.w.t setiap kali sy habis solat..
Awak tau, tiap kali habis solat.. sy selalu doakan untuk kedua ibu bapa sy, rakan2, semua umat Islam, adik beradik even orang tak kenal.. sy doakan.. selepas itu saya doakan untuk awak..
Apa yg saya doakan untuk awak adalah apa yg Allah swt makbulkan pada tarikh ini, 17.12.12.

Awak tau tak.. sy sedih bila awak dah tak izinkan saya panggil awak dengan panggilan seperti dulu.
Awak tau tak .. sy rasa perubahan awak ni sangat drastik..
Awak tau tak... bagaimana sy nak terima perubahan ini setelah 11 tahun kita 'berkawan'
Awak tau tak... saya sedih bila awak cakap.. saya harus berdikari.. mana2 kerja yg sy boleh settle sendiri.. sy harus buat sendiri.. jangan harapkan awak.. mungkin awak sedar kot.. selama ni awak terlalu manjakan sy kan ?

Tapi saya harus REDHA..

Awak... sy tak tau nak cakap macam mana lagi...
Sy tak nak nangis.. tapi air mata ni laju je mengalir..
Ingat lagi semalam awak cakap.. biar sy menangis sekarang dari menangis di esok hari.
Ye lah, sebab awak dapat dengar kot sy nangis time awak cakap tu..
Saya selalu nangis kot time on phone..

Awak tau.. saya kusut,serabut, tak pergi kerja. hari ni sy tak mandi seharian. haha. KUSUT.

Awak ada cakap.. kita ni REMAJA, bukan DEWASA.
Sy tak faham.. tapi at last sy baru faham maksud awak..

Awak..
Saya sedih bila awak cakap yg adik beradik sy tabur fitnah.. cakap awak main rasuah.
Astagfirullahhalazim.. sy malu sangat dengan perangai mak cik sy tu..
Saya tau awak buat kerja apa.. Kenapa la mak cik sy tu tak pernah nak berubah.. sedangkan dia dah tunaikan haji? Sy tak tau la camna nak nasihatkan dia.. Sy MALU nak berdepan dengan awak.
Sy harap awak bersabar dengan fitnah tu.. biarlah Allah yg balas..
Sy tau mesti dah lama awak pendam cerita ni kan?
At last semalam awak cerita jugak..

Awak.. terima kasih untuk semua ini..Biarlah sy bersedih buat sementara waktu ni..
Mungkin lepas ni Allah ada percaturan yg lebih hebat untuk kita berdua..
Mana tau kan? Kuasa Allah..
Awak saat saya menulis ni, air mata tak berenti mengalir..
Its ok.. macam ni lah lumrah hidup..
Kadang kita happy.. kadang2 kita sedih..
And ketika ini.. air mata ini masih mengalir..
Ini ialah air mata kesyukuran.. air mata kesedihan... air mata harapan..

Awak.. sy tahu awak takkan baca blog sy ni..
Awak.. semoga Allah jodohkan kita berdua.
Semoga Allah permudahkan jalan untuk kita berdua..
Semoga Allah swt murahkan rezeki awak.. kuatkan iman..
Harap awak bersabar dengan segala fitnah....

Awak.. sy masih berharap pada awak..
Hati budi awak hanya Allah swt dan saya yang tau..
Terima Kasih Allah, syukur kerana berikan sy peluang bertemu dengan insan yg mempunyai sekeping hati yang mulia..

Friday, December 14, 2012

Just Do It


Salam...quote untuk malam ni sangat terkesan buat diriku..hehehe


Whatever you want in life, start today.
Not tomorrow - today.

Let it be a small beginning - a tiny beginning.

Your happiness depends on starting today - every day.

- by Jonathan Lockwood Huie-

Sunday, December 9, 2012

I am HAPPY

Saya happy. hantar ke otak untuk di mind set kan
Dan sy pun happy!

Lately w'pun ada banyak halangan dalam my relationship... i still can manage my live without you..................
for a while. Sebelum ni selalu sangat fikirkan orang tu.. ala org tu la.. tp org tu mcm dah tak pedulikan sy.
Its ok, maybe awak terlalu sibuk dengan kerja awak,, sy tak dipedulikan lagi.

Awak tahu apa sy buat untuk hadapi smua ini.

-Sy terima hakikat yg kita ni tiada apa2 ikatan yg sah so sy tak perlu expect lebih2 dari awak! Eh, saya tak marah pun , nama pun HAKIKAT.

Hanya itu lah motivasi tuk diri sy supaya dapat trima perubahan awak.. n sy tahu kenapa awak jarakkan hubungan kita.. Sesungguhnya rahsia ini hanya kita bertiga yg tau, Awak.. Saya n Allah s.w.t

Terima Kasih untuk niat murni awak tu ya. Sy sangat menghargainya..

I am Happy.

Thank you awak
Syukur Ya Allah.



Wednesday, December 5, 2012

Kenapa staff tak achieve target

This 2 weeks adalah minggu yg tidak produktif bagi aku.
Too negative. Betullah kata orang, kalau nak jadik positif must be friends with positive friends.
My collegue too negative lately.
She always bubling tentang keja tu keja ni.. Of course lah aku pun ter influence.haha.manglish ok.
Hu nasib lah i bukan orang yg macam tu.Takkan mengadu kat my team . itu diri aku 10tahun yg dulu.hhee
Sudah, aku dah salahkan org lain pulaks..ahaha.stop please.
Ok, its my fault actually.

Tiap hari buat kerja yg memerlukan target yg perlu di achieve buat aku S.T.R.E.S.S. 

So dalam nak mencapai target haruslah positif w'pun banyak sangatttt halangan.

-halangan dr customer
-communication barrier
-kurang knowledge.
-too many paperwork tiap hari kena submit.
-overload work.
dan banyak lagi...


Saturday, November 24, 2012

Mereka wanita TABAH dan BERJAYA

Hari ni 10 Muharam, alhamdulillah berjaya puasa sunat di bulan mulia ni buat pertama kalinya.
Satu pencapaian yang terbaik dalam hidup ni. =)
Syukur Allah s.w.t bukakan pintu hati supaya berpuasa hari ni..
Slowly sy akan improve diri ni untuk menjadi insan yang lebih baik ^-^

Kebelakangan ni saya agak down dengan my online bisnes.. tapi selepas baca  blog-blog peniaga online yang lain saya kembali bersemangat.

Suka sangat baca blog jutawan muda Felinna ni, actually dah lama follow blog ni..since dia buat event modelling dulu-dulu.Now dia sudah berhijrah, berkahwin dan mempunyai sorang baby bam bam comel yg bernama Riedzki.Nama baby ni pun sempena  rezeki yang dilimpahkan Allah s.w.t kepada mereka dalam bidang perniagaan. Syukur buat mereka. Saya tak mampu nak jadi setabah Felinna, so saya jadikan dia sebagai idol saya jugak, sy harus jadi seperti dia..seorang yg TABAH dan tidak mudah berputus asa.
Sikap ni memang tiada dalam diri saya sebelum ni. But now, I improve sedikit demi sedikit.

Lagi bertambah terharu bila baca entry ini  , barulah saya nampak kisah mereka yg sangat perit sebelum berjaya.Betullah cakap orang, tak mudah nak berjaya.Kalau nak berjaya kita mesti gagal dulu. DARE TO FAIL ! Yang penting kena kuat semangat dan jangan mudah berputus asa. Dari story ni jugak, saya nampak, Allah akan murahkan rezeki dalam perkahwinan dan kehadiran cahaya mata juga membawa rezeki di dalam rumahtangga. 

Second blog yang sy suka baca, blog KZNabihah.
Dahsyat juga story cik Bihah kita ni.. jatuh bangun dalam bidang perniagaan ,ditambah pula dengna kehilangan insan-insan tersayang sangat perit buat dia.
Lagi menyakitkan hati bila mempunyai staf yg tidak boleh dipercayai.. Semoga Allah memberikan Hidayah kepada orang itu ye Bihah ;)
Nak tau strory tentang jatuh bangun Bihah boleh klik link ni

Apa yang saya paling respect Bihah ni, dia seorang yg yakin diri, walaupun berbadan besar, tapi berani bergaya. Wah, jauhnya gap sy dan awak.. hehe.
Saya agak kurang yakin diri sebelum ni, tapi bila baca blog awak.. terus jadi semangat!
Hee. terima kasih Bihah kerana memberikan inspirsa kepada insan-insan seperti saya.
Saya percaya ramai yang menjadikan anda sebagai idola mereka.

Buat Bihah dan Felinna, semoga Allah s.w.t murahkan rezeki kalian.. semoga saya menjadi tabah dan berjaya seperti awak berdua ya ! Aminn