Friday, November 23, 2012

I Dont Want to be Hangat-Hangat Tahi Ayam

Best tak tajuk entry ni? mix english dan bm.
Hakikatnya ada ke perkataan english untuk hangat-hangat tahi ayam? ermmm.
Hot hot chicken shit.haha.ops, melampau sudah.

Seperti biasa sy suka tambah ilmu di website Irfan Khairi, dan entry yg menarik perhatianku malam ni ialah 
Hangat-hangat tahi ayam.
Bahasa mudahnya peribahasa ni, kita bersemangat buat sesuatu perkara pada mulanya. Last2, berhenti separuh jalan.. So macam mana kita nak atasi sikap hangat-hangat tahi ayam ni?


Gambar sekadar hiburan

Bagaimana caranya untuk maintain dan meneruskan sesuatu motivasi?

 Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut  setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.


Boleh kasi contohnya untuk mudah difahami?

Katalah anda ingin memulakan perniagaan online. 
Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. 
Tak kira sama ada membaca mengenai perniagaan Internet, memperbaiki idea perniagaan internet anda, membeli web hosting dan domain name untuk perniagaan Internet dan sebagainya.
Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk perniagaan Internet.

...

Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang.

-Irfan Khairi







Monday, November 19, 2012

Ikhlas dari hati buat W** M*** H****

Malam ini sangatlah menyedihkan.
Lately juga tiada lagi kisah jiwang antara aku dan dia. ecece.
Sebenarmya hati ni sedih sangat sebab
semalam sy demam, tapi boleh pulak awak tinggal tipon kat umah,
semata-mata pergi memburu pelanduk!

Buat pengetahuan awak, saya ni susah nak demam, boleh kata 5 tahun sekali
baru demam. Demam pulak biasanya sehari je, lepas tu dah ok. Time demam ni saya anggap boleh le manja-manja mintak perhatian lebih sikit dari awak.
Tapi jangan mimpilah!

Saya ada cakap semalam saya muntah.. then awak macam nak marah tanya
semalam saya makan pe? makan makanan basi ke?
Wah, sedihnya.. 


Thursday, November 15, 2012

Selamat Tahun Baru Awal Muharram

Assalamualaikum.

Semangat ja nak typing petang ni sebab mood baik, dapat makan keropok lekor Terengganu yang
housemate bawak balik dari kampung die. hehe.

Salam maal hijrah, selamat tahun baru buat anda semua. Asyik2 dok wish Happy new year omputih ja,
kenapa la kita tak meriahkan tahun baru islam kita ni kan?

Ok sempena tahun baru maal hijrah 1434 ni, sy pun ada azam baru..hehe.

Paling utama, of course nak jadi muslimah yg lebih baik..ecece.

Talk about bisnes, kalau boleh nak maju dalam bidang bisnes ni.Nak berjaya macam orang lain jugak.
Tetapi matlamat utama sudah tentu nak bantu orang lain, nak bantu family, dan nak bantu diri sendiri .

Pada pendapat saya, berniaga ni boleh improve diri kita, boleh belajar cara layan customer.. boleh belajar susah payah nak cari duit, boleh tajamkan otak sebab asyik dok pikir strategi berniaga. Walaupun saya masih merangkak, harap2 boleh berjaya seperti orang lain!

Oh now saya dah nampak my main target untuk tahun baru islam ni nak maju dalam perniagaan.

Tapi dalam berniaga ni saya terapkan sikap jujur, niat nak bantu orang, bukan kerana kewangan semata-mata. Kena percaya juga yang rezeki itu datangnya dari Allah, tetapi kita pun perlu usaha keras, barulah Allah lebih memberkati kita kan?

Salam maal hijrah semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya =)


Do you love business? Me too =) 

Tuesday, November 13, 2012

Tips Mudah Membuat Keputusan

Salam.. tips ni sy copy paste dari FB my friends ja.
Amat menarik dan berfaedah untuk dikongsi bersama anda.

..........................................................................


Dari KELANTAN: Tips ini mudah dan boleh dimulakan serta-merta. Insya-Allah.

1) Bila mahu membuat keputusan; contohnya mahu beli sekilo ikan atau dua kilo? Mahu bertolak pukul 8.00 pagi atau 8.00 malam? Atau apa sahaja keputusan yang bersifat segera... bacalah istigfar 3 kali diikuti dengan selawat 3 kali.

Kemudian berdoalah mohon Allah pilihkan yang terbaik. Setelah lakukan itu, apa yang datang
ke hati....pilihlah.

2) Bahasa mudahnya, kita tanya Allah dulu. Apa pun tindakan itu......,besar atau kecil.

Sebabnya, kita tidak tahu apakah keputusan itu nanti akan membawa manfaat atau mudarat.

3) Sungguh, melakukan strategi di atas akan membuat hati kita tenang. Segalanya memang patut begitu. Segalanya memang perlu disandarkan kepada Allah.

Bayangkan saja, andai semua perkara, perlu kita buat dan fikirkan sendiri...

Nanti, jadilah kita seorang yang sukar untuk senyum!

Sungguh, strategi orang beriman itu mudah sahaja.

Caranya? Buat saja dengan sungguh-sungguh apa yang boleh dibuat. Selebihnya serah kepada Allah.

-Quoted from 'Mudahnya Menjemput Rezeki'

Sunday, November 11, 2012

I AM A BUSINESSWOMAN

Salam..

Tinggal beberapa hari lagi akan bermula  tahun baru bulan Islam iaitu Awal Muharram..
Dalam bulan ni biasanya mak suka buat bubur Asyura. Kalau kat Kedah ni bubur Sora la kami panggil secara ringkasnya. hehe. Bubur Sora biasanya ada isi jagung, pisang, kacang tanah dan kacang hijau. Takda isi ayam atau daging pun. tapi tetap sodap.hehe.

I still survive untuk my online bisnes setelah sekian lama berhenti. Lately ada jugak terpikir kenapa la saya bazirkan masa 8 bulan semasa saya menganggur dulu , kenapa saya tak continue bisnes online saya.
Bila fikirkan ni rasa menyesal sangat sangat. Tapi menyesal pun tak guna.Bygone be bygone.



Now in November saya seakan diberi kekuatan untuk continue bisnes ni.
Semuanya bermula dari bawah.. Segala-galanya dari bawah!
Mungkin juga saya pernah jatuh teruk.. teruk bagi saya.. Tetapi saya harus ingat rezeki itu milik Allah..
Dari dialah datangnya semua rezeki ni, bukan dari bos ya!

Buat kawan-kawan blogger, doakan kejayaan saya ya.. Jemput follow my blogshop Belezza Boutique ,
dan juga Like my FB, Belezza Boutique