Tuesday, February 21, 2012

Dimanakah cantiknya seorang wanita

Dimanakah CANTIKnya seorang WANITA?

Mungkinkah pada sepasang matanya
Yang jelingannya menggoda
Atau... mungkinkah pada bibirnya
Yang sering menguntum snyuman manis
Atau... mungkinkah pada hilai tawanya
Yang mengusik jiwa
Atau... munkinkah pada suaranya
Yang lembut bernada
Atau... mungkinkah pada gerak gerinya
Yang bijak menarik perhatian
Atau... mungkinkah pada pakaiannya
Yang cantik dan bergaya
Atau.. pada hatinya
Yang sentiasa luhur dan ikhlas
Yang sentiasa rindu pada tuhannya
Yang sentiasa baik akhlaknya
Ya! Kini kutemui jawapannya.


Indah serta cantiknya seorang wanita
Bukan hanya pada luaran 
Tetapi keindahan itu terletak pada hati dan akhlaknya
Ingatlah....

Kecantikkan seseorang  wanita
bermula dari HATInya yang SUCI dan bersih.



Sunday, February 19, 2012

Tips buat duit dengan Nuffnang.

Tadi asyik dok blogwalking, aku jumpa satu website yang sangat berguna.
Tips buat duit dengan Nuffnang ni pun dari blog dia lah.
Sebenar2nya aku tak pernah pun dapat cek dari Nuffnang sebab total earnings tak pernah cukup pun
 untuk cashout! Haha.
Padahal dah 3tahun aku register Nuffnanf ni. Trafik kurang letew. :p

Kepada otai - otai yang berjaya dapat cek dari Nuffnang tiap bulan tu aku ucapkan tahniah.
Kepada yang tak pernah dapat macam aku nih. jom kita berusaha lagi.
Usaha kan tangga kejayaan :D

Tips buat duit dengan Nuffnang dari Earncent.com

1. Dapatkan status Glitteri. DONE!

2. Berdoa agar dapat lebih banyak buffered earning. 

3. Update blog dan tulis artikel yang menarik.

4. Latih teknik trafik.Belajar SEO , dan pelbagaikan marketing blog.

Ok, harap harap satu hari nanti aku akan dapat cek jugak dari Nuffnang.
Chaiyok!!!!!


Friday, February 17, 2012

Tips untuk jadi KAYA

Ada sesiapa di sini yang tak mahu jadi kaya?
Saya pasti semua orang mau jadi kaya.
Ramai kawan-kawan share pic ni di Fb, jadi saya nak share pulak di blog :)

Yang baik kita jadikan panduan ya..


*Klik kat pic untuk baca dengan lebih jelas

Tuesday, February 14, 2012

Finally, I am hired.

Syukur Alhamdulillah, Allah s.w.t murahkan rezeki aku,
aku berjaya dalam kedua-dua interview yang lepas.
Berakhirlah zaman menanam anggur aku.
Harap2 dapat buat yang terbaik untuk kerja ni nanti.



Camni la keadaan aku pas dapat berita baik nih, tersengih-sengih sampai mak aku naik heran.
Hehehe. :D





Sunday, February 12, 2012

Salah diri sendiri

Dua hari lepas aku ada terima tawaran kerja dari salah satu company yang aku pergi interview hari tu.
Mula-mula pikir dua tiga kali nak terima ke tak, sampai aku call habis semua kawan2 terdekat, mintak pendapat.
Gaji yang depa offer kurang dari expected salary yang aku letak.

Pikir punya pikir aku dah 50-50 nak pergi atau tak.
Staff hr company tu dah banyak kali call, siap tinggal no handphone lagi, supaya senang aku nak contact dia .
At last, aku pun setuju terima offer.

Dalam masa yang sangat genting tu, aku kena beri jawapan.
Padahal dalam masa yang sama gak aku kena cari rumah sewa kat sana.
Sana means Penang. :)
Cukup time, aku terpaksa bagi confirmation kat staff tu, yang aku tak jumpa rumah dan tak dapat terima
kerja tu. Punyalah tak professional langsung jawapan tu. :(

Lepas letak phone, aku rasa Frust gilerrrrrr!!
 Rasa macam nak salahkan seseorang yang tak ambil berat pasal aku.
Aku tak tau la pasaipa pengaruh orang tu sangat kuat dalan diri aku.
Marahnya aku time tu tak tau nak habaq.
Tak pernah aku rasa marah sampai camtu sekali seumur hidup ni.
Kalu tengok muka aku time tu macam HulkHogan pun ada.

Tapi....

Dari pengalaman ni aku sedar... beberapa kesilapan dari aku sendiri,

Aku tak perlu terlalu bergantung pendapat seseorang tuk buat keputusan...
Aku perlu improve cara komunikasi...
Aku tak perlu terlalu banyak fikir...
Aku perlu HAPUSKAN sikap berlengah dalam semua perkara!

Thanks to Allah, sebab berikan aku kesedaran.

Ya Allah maafkan aku kiranya aku salah dalam membuat keputusan,
Berikan aku peluang agar dapat perbaiki kesilapanku.
Murahkanlah rezekiku Ya Allah..
Aminnnn~

Mode :  :(