Sunday, January 1, 2012

5 cara urus kewangan

Pagi tadi aku ada tengok MHI di TV3.
Ada sedikit tips dari Nazril Idrus tentang cara nak uruskan kewangan bulanan kita.

1. BAYAR DIRI ANDA SENDIRI DAHULU.
 Contohnya ada yang simpan 10% dari gaji bulanan. Depend la.

2. RANCANG ALIRAN TUNAI HADAPAN.
Maksudnya buat la bajet perbelanjaan untuk bulan hadapan.
Misalnya untuk petrol rm300, bagi mak rm200.dll. 
Simpan resit perbelanjaan untuk kita bandingkan nanti.

3. SUSUN REKOD FIZIKAL ANDA.
Rekod fizikal ni termasuklah geran,warranty barang yang kita beli.
Kalu rajin, wat sistem filing pun bagus jugak, senang nak cari apabila diperlukan.

4. RANGKA DANA PELAJARAN ANAK-ANAK.
Plan tabungan/simpanan umtuk anak-anak kelak.
Sekarang ni lagi mudah dah ada SSPN, buat je akaun tuk anak2.
Kalau nak hanta anak belajar di oversea, kena simpan lebih lagi laa.

5. LEBIH TINGGI PENGETAHUAN, LEBIH TINGGI PENDAPATAN.
Ok tips last ni paling best. Kita harus tambah ilmu kalau nak berniaga kan..
Saya percaya pada pasif income. Tak boleh depend kepada makan gaji semata- mata.

For more details, visit this site

~Finish~

Goal 2012

Entry ni adalah sambungan dari Azam tahun baru 2012 =)

Dear diary.. I expect that nobody will read this entry at this moment  =)
This is my azam@goal for 2012. Hopefully i can achieve it!
Btw, words GOAL lebih terkesan buat aku.

My GOAL for 2012.

1. Get new car for myself. 2nd pun ok, janji ada 4 tayar sudahhh.

2. Use my energy sepuas-puasnya.All out.
Work hard. Nak kerja tetap.Nak kerja part time kalau mampu. Insya'allah. 

3. Manage my online boutique baik-baik. Gain profit !

4. Halalkan my relationship with. dot dot dot.

5. Be a better muslims.. Nak jaga solat, percakapan.. 
Perempuan bnyak buat dosa dengan mengumpat :(

6. Belajar manage kewangan dengan baik :)

7. Start saving untuk new business.

8.  Tambah networking..ok bab ni, saya kena ringankan mulut =)

9.Be more positive!!

10. Polish my skills. =)
Nak design blog guna idea sendiri. Sebelum ni ikut tutorial orang and follow je.. he2

11. Hopefully dah boleh start bayar utang ptptn tahun ni dan hutang lain.
Alamak, cam banyak hutang je aku nih  ,"

Ok, dear diary ..ni semua my goal for 2012.
Harap harap tercapai. Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan tunjukkanlah jalan kepadaku.
Aminnn.


Azamku di tahun baru 2012

Selamat tahun baru n welcome 2012!
Tahun lepas aku xdek aim yang jelas,so hidupku aku agak tunggang langgang.
Sebab mind set pun dah celaru di awal tahun.
So tahun ni harap2 aku dapatlah penuhi aim ku yang banyak lagi belum tercapai.
Btw, ada gak unplanned goal yang aku capai, iaitu dapatkan lesen keta, he2.
Dulu2 azam2 ku yang semua dok elok jer dalam buku. 
Jadi malas nak baca semula.

So, di tahun baru ni aku set terus azam2ku dalam blog, hopefully boleh tengok selalu.
And more motivate nak achieve target(uih,kemas betul ko cakap ye Jihah) =)

Btw,ada jugak insan2 yang cakap nak berazam ni tak semestinya tunggu tahun baru jerk.
Kalu ada azam tuk tiap2 hari lagik bagus.
Mmm, bagus jugak kalu camtu kan.
Rasa lebih well planned, and more oriented.fokus.

Fikir2kan...

Thursday, December 29, 2011

My Dream Car

Setiap orang inginkan kereta idaman masing2, termasuklah aku..
Kebetulan baru dapat lesen memandu minggu lepas, aku jadi terus semangat nak drive!
Padahal bukan berani sangat pun nak drive.
Maklumlah, budak baru belajaq kan. Nak pusing stereng pun kadang2 co-driver yang tolong :D

Ok, ini lah kereta idamanku... Jatuh cinta pandang pertama nih..
Tak pernah aku rasa sebelum ni.hehe.


Price nye boley tahan la, around 85k kot.. alahai, agak2nya bila la aku mampu
nak pakai kereta ni? Dah la aku belum kerja lagi.. hu~

Hopefully, kereta idaman aku ni akan kudapatkan juga..
Cuma mungkin bukan dalam waktu terdekat ni.
Sebagai motivasi untuk aku jugak, aku harus berusaha untuk dapatkan kereta ni.
Ya allah, permudahkanlah urusanku.. Aminn


Sunday, December 18, 2011

Anda stress?

Selamat pagi Malaysia!!
Hari ni bangun pagi, aku goreng pisang untuk sarapan beseta air teh susu.
Teh susu cicah biskut.Tu la favourite breakfast aku.
Dah abis breakfast, ngadap laptop sampai sekarang.
Tapi heran la, sedang syok2 online pun, aku leh rasa stress lagi.
Kenapa yep? Sehinggalah aku terbaca story ni..terubat la sikit jiwa aku.. ha2

Kancil Putih Misteri Di Belakang Ferrari dan Evo 7
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah laluan kecemasan. Ada orang tua yang berdiri di sebelah kereta itu. Orang tua itu adalah pemilik kereta kancil yang tersadai. Dia sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Namun, usahanya itu tampak sia-sia. Tetapi, di saat rasa kecewa ingin mencengkam, tiba-tiba sebuah kereta pun berhenti.

Warna merah garang. Ada lambang kuda berantakkan di depan bonet kereta sport berkilat itu. Sebuah kereta Ferrari telah berhenti di sebelah kancil tadi. Orang tua sangat gembira kerana ada orang sudi membantunya.

"Ada apa nie pakcik, kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

"A'ha rosak" jawap pakcik tu.

"Ok, cam nie, saya ada tali .. apakata nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai ke tol" Mamat tu bagi idea. 

"Worrait gak tu... tapi... nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam" kata pakcik tua pemilik kancil.

"Ok pakcik" sambil menunjukkan isyarat tangan tanda bagus.

Mamat tu pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat di belakang bumper kereta Ferrarinya. Dia pun mula menunda kereta kancil milik pakcik tua tu. Slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer perjalanan, mamat nie terlaju le sikit, apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik kereta Ferrarinya.

Tiba-tiba ada sebuah Evo 7 datang dari belakang dan press minyak kat mamat Ferrari. Uhh... apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Evo 7 nie... lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak. Mamat Ferrari tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Pastu nak dijadikan kisah ....kebetulan pula ada polis buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm... ... bedesup peginye......

"Ini dah lebih speed limit nie...!!" gerutu polis yang dok tangkap had laju .. kelajuan dicatat cecah 250 kmj memasing nie...

Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo 7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punya... ... sebuah kancil putih tengah cucuk angin Ferrari tu dan bagi hon dan hi beam nak potong !!!"

.... Tamat.
Adeh..... amacam? Gelak tak? Kalau gelak sila Share, dan Tweet kalau sudi. Tak pun berikan kredit kepada cerita ini dengan klik +1 ehhh .. kasikla markah .... hehehee

Credit to hasrulhassan.com