Thursday, December 15, 2011

Realiti Perkahwinan by Datuk Maznah Hamid

Tips perkahwinan ini sangat sesuai bagi semua lapisan masyarakat =)
Except for kids yang mungkin belum memaham apa itu 'kahwin'
Kat bawah ni tips2 yang diberikan oleh Datuk Maznah Hamid di FB page.
Lets read guys!

1. Berkahwin adalah sesuatu yang agak mudah. Tetapi mengekalkan perkahwinan adalah sesuatu yang amat sukar. TETAPI BUKAN LAH SESUATU YANG MUSTAHIL! Try Harder!. 

2. Ikatan perkahwinan bukanlah sekadar perkataan. Tetapi ianya adalah merupakan hukuman sepanjang hayat! 

3. Cinta itu buta. Perkahwinan adalah 'Pembuka Mata' 'Eye Opener' 

4. Setelah berkahwin. Selalulah genggam tangan isteri erat2. Kerana jika dilepaskan dia akan pergi shopping! 

5. Perkahwinan umpama mandi Air Panas. Apabila dah biasa. Lama-lama dah tak rasa panas lagi!. Ketika itu dinasihatkan berjumpalah kaunselor perkahwinan utk 'marital Check up'. Buat pemeriksaan tahap panas dingin nya perkahwinan anda!



NotaKaki : Tips nombor 4 paling best =)


15 days more

Cepat betul masa berlalu, dapat ke aku capai target untuk
 dapat kerja by the end 2011?
Dua tiga hari ni memang stress pikirkan kerja.
Hari ni sampai terpotong jari masa nak masak for lunch  :(
Nasib baik darah tak masuk dalam mangkuk,
 kalau tak, satu family jadi Raja bersiung :p

Minggu lepas aku ada dapat interview for kerani insurans.
Interview tu sangat santai, we meet at kopitiam jer.
Aku expect mesti mamat interviewer tu nak breakfast kot.
At last, kita cuma minum jer.
Yang penting, boleh tahan ler orangnye..Handsome!

Interview tu berjalan lancar, and aku dapat keje tu,
tapi mungkin bukan rezeki aku lagi kot, aku terpaksa tolak
sebab kontrak keje tu untuk 2 tahun.
Memangla ada career development untuk kerja ni, tapi aku tak aim pun untuk
develop career in insurance sector.

As conclusion, aku menanggur lagi...



Saturday, December 3, 2011

Jobstreet vs Jobsdb.Mana lebih bagus untuk pencari kerja?

Hai alls, hari ni dah 4 Disember 2011 dan aku masih belum bekerja.
Semalam aku dah apply keje kerani, tapi nampaknya belum rezeki aku lagi,
sebab jawatan tu dah ada orang len dapat. :(
Hah, aku sangat terdesak sekarang nih, sampai terpikir nak keje kilang.
Tp ok what? Cuma mak aku ler awal2 lagi dah nasihatkan aku sebab tahu2 lah, keje kilang ni penat!

Btw, refer kat tajuk Jobstreet vs Jobsdb diatas, agak2 korang yang mana lebih best dan berkesan?
Sebab pe aku cakap begini. Aku rasa jobstreet sekarang dah macam tak best!
Tak pernah sekali pun aku dipanggil interview.
Tapi kalau fikir logiknya, memang lah, maybe sebab many competitiors kan :D
Kelebihan Jobstreet nih, bagi aku kita boleh lihat statistik orang yang aply keje sama2 dengan kita  so boleh expect dah samada akan dipanggil interview or not :D

Btw, aku memang tak pernah dipanggil interview sebab takdek pun employers yang nak view resume aku.
/Haha ! 
Please lah, majikan2 diluar sana ,please view my resume ok :)
Maybe sebab dah lama sangat guna Jobstreet, tp tak panggil2 jugak interview, jadi aku dah ubah angin.
 so sekarang aku dah active guna Jobsdb pulak.
Yg ni best skit dari Jobstreet.
So kepada rakan2 diluar sana yang masih menganggur and masih menjadi hamba kepada Jobstreet,
jom kita ubah angin pulak, cuba try Jobsdb pulak ye.

Hopefully ada la rezeki kita nanti.. =)


NotaKaki : Ya allah, murahkanlah rezeki kedua orang ibu bapaku, serta diriku. Aminn

Friday, November 25, 2011

Susah ke nak dapat kerja zaman sekarang?

Saat ni aku sangat stress sebab belum bekerja.
Kalau nak ikutkan, dah 7bulan aku menganggur, tapi kalau nak refer from tarikh konvo, baru 2 bulan le aku menganggur. :D
Pernah kawan aku cakap aku ni pilih kerja. :(
Aku pernah pergi beberapa interview.
Malam ni rasa rajin lak nak cite kronologi pengalaman interview aku.
Silakan membaca.....

1st interview after habis praktikal, interview spa negeri.Aku apply keje kerani je time tu.
Sah2 ler tak berjaya, even ada orang dalam..
Yang bestnya orang yang interview aku cam dah dapat detect penipuan aku time inerview tut.ha2
At last aku ada terbaca magazine sekolah menengah dulu, rupa2nya die pengerusi PIBG sekolah aku.
Rasa malu lak bila teringat penipuan aku pada dia.he2.Tapi takmo cite ape yang aku tipu die.
Hua, baru aku sedar sebab pe aku tak berjaya interview tu, mungkin dia tak rela aku jadi kerani kot =)

2nd interview, aku apply pembantu tadbir je, kat majlis daerah.
Ramai gila yang apply jawatan yang satu tuh, siap kena buat exam lagi.
Aku ingat lagi time pegi exam tu, terkejut aku sampai 200 orang kot yang attend.
Hu, sengit giler nak dapatkan kerja ni.
Results aku = Fail!

3rd interview : Aku apply job business development exec.. job ni hampir berjaya aku rasa. ha2
Employer macam interested dengan aku, he2.
Tapi gaji la pulak tak berbaloi.
Bukan nak memilih gaji, tapi kalau dengan gaji RM1000 nak hidup di Penang cukup ke?
Kalau kerja penang sah2 le kos sewa umah, wit minyak, makan minum bla2...

4th interview, aku terus call company tuh.
Sebab nak kerja cepat2 punya pasal, aku terus call pakai terjah je even tak tau sebenarnya ada vacancy ke tak. Alhamdulillah, ada kerja kosong rupanya.
As QC Inspector.
So aku pun pergi la interview dengan hati berbunga2,
Time interview, depa macam interested dan cakap aku ni aktif segala.
Ha2,kembang sat. Yang lagi membuatkan aku yakin nak dapat job ni, orang tu siap gitau aku nanti datang kerja pakai baju bla,bla,bla...
At last, tak da kata putus dari depa nih, tapi aku faham2 sendiri je la.
Results = Maybe fail.ha2
Sebab pe aku kata camni, dah berkali-kali akucall tanya results, then dia bagi alasan begini:

Ni jawapan dari orang yang cakap tipon tu =)

1st call: I tak tanya lagi HR samada diorang dah make decision ke belum.
2nd call: Maybe you can call tomorrow
3rd call: Aiyak,my bos belum masuk kerja(sambil gelak2).Takpe if u have another opportunity, u an just go(sambil gelak2 ag) ;(

Dah die jawab camtu, tak faham2 ag ke bedah?
Tapi kalau fikir2kan balik,maybe ada hikmah aku tak dapat keje ni.
Company ni keje 6hari seminggu.Selamat aku =)

NotaKaki: Masih berharap...T________T

Friday, November 4, 2011

Resepi : Dodol Original

Tinggal 2 hari je lagi kita dah nak sambut raya Qurban.
Memandangkan aku pun xda keje, dan mak aku pun dengan murah hatinya
kasi idea nak wat dodol.
Aku on je la, boleh jugak merasa susah payah mengacau dodol kan :p

Bukan senang nak wat dodol ni.. even bahan-bahannya simple,
tapi masa nak mengacau dodol tu le baru terasa nikmat susah payah nak buat dodol.
Layan dulu pic ni :D


Ini la hasilya after 5jam aku susah payah kacau dodol.hik2
Nasib baik le jiran sebelah umah datang tolong, kalau tak, mau pengsan aku tepi kawah.
:D

Ok la, untuk dapatkan dodol lemak manis nih, ni le resepi nye.

Bahan2 : 
Tepung beras satu plastik, gula merah 500gm, santan kelapa 10 biji,
gula pasir, 500 gm.Gula merah dan gula pasir leh tambah kalau nak lebih manis.Sedikit garam

Cara-caranya:

1.Untuk gula merah, masak dulu dalam bekas berasingan dan tapiskan.
2.Campurkan tepung dan sedikit santan, agak2 boleh adunkan bahan2 ni.
.........
Sekarang baru kita nak start mix semua bahan2 tadi di dalam kawah..
.........
3. Masukkan gula merah, panaskan sampai mendidih.
4.Masukkan campuran tepung dan santan, biarkan sampai mendidih jugak.
5.Last skali, masukkan santan..
6.Kacau le sampai lebam. :D

Tips: Kalau nak tahu dodol dah masak @ belum, consider dah berapa jam anda kacau dodol tu.. hehe.
Pastu, make sure dodol tu pecah minyak, dan betul2 likat sampai dah tak boleh nak kacau dodol tu lagi.

Tips dari my mum : Masukkan sikit daun pisang ke dalam dodol, then try tarik n tengok 
samada dodol tu melekat di daun atau tak.If tak, means dah masak le tu..
Boleh angkat!!! ha2

NotaKaki: Kacau bubur asyura lagi best 

/sweat