Monday, July 6, 2015

LAILATUL QADAR - AMALAN 10 HARI TERAKHIR BUAT WANITA YANG DATANG BULAN

WALAU DATANG BULAN JANGAN PERNAH PUTUS AMALAN...
.
Memang ibadah terbaik pada 10 akhir Ramadhan ialah solat-solat sunat. Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid/nifas tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tersebut tidak berlalu begitu sahaja. Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:
.
✔ Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran.
✔ Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan lalu menghayati maksud ayat-ayat al-Quran.
✔ Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH sama ada melalui lidah, hati atau perbuatan.
✔ Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali, antaranya:
 “SubhanAllah” (Maha Suci ALLAH)
 “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi ALLAH)
 “Allahu Akbar” (ALLAH Maha Besar)
 “La Ilaha illa ALLAH” (Tiada Tuhan selain ALLAH)
Kelebihan Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir
 “SubhanAllahi wabihamdih, SubhanAllahil`Azim” (Maha suci ALLAH dengan segala pujian kepadaNYA, Maha suci ALLAH Yang Maha Agung)
 2 Kalimah Ringan Disebut, Tetapi Berat Timbangannya
 “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
Dan lain-lain lagi.
 Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar. Ucaplah “Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali. Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin, terutamanya pada bulan Ramadhan.
.
RAMADHAN: Perbanyakkan Mohon Keampunan & Kembalilah Kepada ALLAH
Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat. Berdoa juga adalah ibadah.
.
 Bersolawat ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam.
Keutamaan Solawat Ke Atas Rasulullah SAW
Muhasabah diri.
Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menambahkan ilmu, menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
.
 Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
.
 Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami ‘uzur’. Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan. Kerana kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan. Oleh itu, janganlah ditinggal terus dari beribadah pada waktu malam walaupun anda sedang didatangi haid.

Thursday, July 2, 2015

RAMADHAN 16 / 2 July 2015

Salam.
Lama tak menulis. eh menaip.
Entah ada ke tak orang yang membaca blog aku nih.

Ampa dah khatam Quran ka? kalau dah, alhamdulillah la ampa memang rajin.. alkisah aku baru berapa muka surat ja.. rajin2 malas macam tu lah. hehe.

Sibuk cikit lately, raya dah dekat so aku jual baju-baju raya yang cantik
dan meletop tu kat FB ja.

nak tengok? Jom lah like page BelezzaBoutique


Saturday, May 16, 2015

CARA MENDORONG SEMANGAT BERNIAGA

Tajuk entry sebiji macam Pn Ainon. hehe
khassss buat peniaga yang baru start berniaga. anda wajib baca ni taw.
kalau dah lama berniaga pun kena baca..

aku baru betul serius bisnes online sejak 2 3 menjak ni je..
sebelum ni part time je.
tah bersungguh sangat.

sekarang melalui fasa serius.
apa maksud fasa serius?
nanti la next entry. ampa baca yang ni dlu noh

====================
original post dr Pn Ainon.
====================

Mendorong Semangat Sendiri
Semasa kita baru memulakan bisnes, jikalau tidak ada jualan, semangat kita mudah jatuh.
Kita patah semangat. Hilang percaya-diri. Harapan keluar ikut jendela.
Bangun pagi, serasa macam tidak berani hendak melangkah keluar rumah dan berdepan dengan 1 hari lagi dalam dunia bisnes yang tidak macam disangka....
.
Apabila kita baru hendak mula melangkah ke dalam dunia perniagaan, pilih bisnes yang mudah mendatangkan jualan.
Jangan pilih produk yang sukar dijual, nanti semangat kita jatuh.
Jualan adalah pendorong paling penting. Apabila ada jualan, semangat kita kukuh. Apabila tidak ada jualan, semangat kita jatuh.
.
Mulakan bisnes dengan menjual produk yang biasa-biasa, yang hari-hari dapat dijual, meskipun untungnya sangat sedikit.
Kita bukan mahu untung besar. Kita mahu menjaga supaya semangat kita tidak jatuh akibat tidak dapat menjual.
.
Apabila semangat kita tinggi, akal kita mudah berfikir, tiap-tiap pagi kaki kita ringan melangkah keluar rumah, pulang ke rumah dengan semangat kekal tinggi.
Perlahan-lahan kita akan menambah produk-produk yang kita tawarkan kepada pelanggan kita. Pelanggan semakin puas hati, mereka membeli semakin banyak.
Perlahan-lahan jumlah pelanggan kita bertambah....

Friday, March 27, 2015

ADAKAH ANDA SOKONG GST 6%

Assalamualaikum
Lama tak ber-blog.
hampa dah baca tajuk entry di atas nih?

ampa faham apa itu GST.
sebetulnya aku cakap.. aku faham sikit2 la..
tapi itu tak penting

Yang penting sekarang,
hampa jawab lekaih Poll pasal GST yang aku baru update tadi tuh.
Ada warna purple sebelah kanan sidebar.



Nak tengok.
Kot2 la ada yang sokong GST nih,
Undi anda adalah rahsia.

hehe.

^_^


Sunday, July 20, 2014

SIBUK BERNIAGA SHAWL

Lama tak update blog ni.
Apa khabaq readers( jika ada)
Hehe

Series Jiha kurang update blog sebab rajin la update FB sekarang ni kan
Nak2 lagi nak raya, baju raya shawl raya semua
Jiha jual..



Hehe.

My life now semakin bagus dengan adanya Allah s.w.t dihatiku.

Korang if nak shopping baju shawl veil nikah boleh add fb personal Jiha ya

fb : http://www.facebook.com/NajihahCmk

Wednesday, April 30, 2014

Nasi Lemak Lemuni

Assalamualaikum.
Akhirnya rezeki sy untuk merasa Nasi Lemuni setelah 2 tahun sy tinggal di Penang ni.
Pagi semalam office mate belanja nasi lemak lemuni ni... Rasanya lebih kurang macam nasi kerabu.. Macam mana rupa Daun lemuni dan asalnya saya pun xtau..hanya tau makan ja..hehehe.
Alhamdulillah.
#Bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah swt beri ;)

Friday, March 14, 2014

Single

Sebenarnya ramai ja orang orang di bumi ni yang hidup single. bukan anda seorang.

Kenapa single ????

Dah namanya belum sampai jodoh sayang oi..

Pakat pakat la kita hidup single noh.

Ada hikmah di sebalik hidup single ni.

hohoho.

Gud nite ;)

Wednesday, February 19, 2014

Bangkit

Kadang-kadang kita tak pasti apa yang kita mahukan dlm hidup..

kita hanya lalui hari-hari seperti biasa.

Hakikatnya kita umpama hidup tanpa matlamat.matlamat yang jelas. hidup tanpa pegangan.

Aku hilang!!!!!

Bangkitlah Najihah!

Sunday, February 9, 2014

Bila nak Kahwin??

Senak hati nih bila mak tanya lagi soalan yang paling aku tak suka..

"Adik bila nak kawen?"
"Umuq dah banyak, org keliling dok mengata"
" Adik xdak kawan ka??"

Itu lah soalan yang negatif dari mak yg memang ak x suka..
x suka sangat.

Aku pun x minta jadi camni.. tp nak buat macam mana dah memang jodohku belum sampai.

Kalau kuasa meminang di tangan perempuan memang dah lama kot aku kawen.. haha.

Kawan boleh lawan la mak tapi nak cari lelaki yang sesuai ambil masa lah..

** pasni kurangkan balik kampung la nampak gayanya... dok Penang elok2 ye cik Jihah.. :(

Apa motif letak gambaq shawl nih???

Saja promote nak hilangkan stress.
nak order boleh sms/whatsapp ke 019-479 2993

Bila nak Kahwin??

Senak hati nih bila mak tanya lagi soalan yang paling aku tak suka..

"Adik bila nak kawen?"
"Umuq dah banyak, org keliling dok mengata"
" Adik xdak kawan ka??"

Itu lah soalan yang negatif dari mak yg memang ak x suka..
x suka sangat.

Aku pun x minta jadi camni.. tp nak buat macam mana dah memang jodohku belum sampai.

Kalau kuasa meminang di tangan perempuan memang dah lama kot aku kawen.. haha.

Kawan boleh lawan la mak tapi nak cari lelaki yang sesuai ambil masa lah..

** pasni kurangkan balik kampung la nampak gayanya... dok Penang elok2 ye cik Jihah.. :(

Apa motif letak gambaq shawl nih???

Saja promote nak hilangkan stress.
nak order boleh sms/whatsapp ke 019-479 2993

Monday, January 27, 2014

REDHA

Redha..
"Belajarlah untuk redha jihah"

Itu ayat nasihat yg ak selalu terima free je dari kawan2 yg tahu kisah ku ini..

Beb you all cakap senanglah kan.. sebab u tak lalui sendiri..

Mula2 memang la aku tak redha.. tapi lama2 aku fikir yg ak harus let go je semua ni.. cayalah cakap kalau uoll yg putus cinta tak let go kisah cinta yg lama tu.. tak kemana la hampa..

asyik teringat org tu je sedangkan dia sedang berbahagia dgn kekasih baru@awek@tunang@bini baru!

Come on girls! Percaya bahawa semua ini datang dari Allah s.w.t.
Ye saya tahu perittttt sangat kita nak lalui semua ni sorang2. tambah2 pulak xde moral support pun dr family. yg depa tau anak dia dan berpisah dgn mamat tu so legaaaaa..

Jujur nak kongsi dgn anda2 semua.. macam mana nak redha kan diri dgn semua yg terjadi??

Ak tau.. ak pun susah la nak maafkan mamat tu. n family tapi terpaksa juga let go sikit2..  and the only way bila ak rasa dah x boleh sangat  dah nk terima semua ni so ak hantar lah DOA kepada Allah s.w.t.. Berdoa supaya kita boleh terima semua ujian ini dengan tabah.. berdoa supaya Allah s.w.t beri masa pada kita untuk terima semua ni. Sesungguhnya hanya Allah yg tahu apa yg anda alami.. yg tak dapat kita kongsikan dgn manusia even best friend sendiri. Penganiayaan ini hanya Allah yg mengetahui segalanya...

Ingat.. walau pun xdak sorang pun yg support kalian.. ingat la yg Allah s.w.t tu sentiasa dekat dengan kita.. cuma kita ja yang jauh dari DIA. adusss.. yg ni kene batang hidung sendiri. :'(

Sebak pulak rasa malam ni.. aduss.. jom tido. esok den update entry baru lg kalau berkesempatan niteee uolsss.. semoga uolls yg baca entry i ni dimurahkan rezeki.. amin :)

nak share/kongsi cerita??
jom wassap den : 019-479 2993

Saturday, January 25, 2014

Wanita putus cinta sangat sensitif

Oppssss.. tajuk entry kali ini bukan berdasarkan statistik ke ape.tetapi berdasarkan kisah benar.. hheheh.

Benarkah wanita yg baru putus cinta sgt sensitif???

Jawapannya YES!!!!

Sebab2 terjadinya sifat sensitif yg makin teruk ni pun tak dapat di kenal pasti puncanya.. cuma mungkin wanita2 yg baru putus cinta nih lonely... n pendam kisah2 sedih depa tu sensorang..

Mungkin juga depa tu tak dapat nak story kisah2 yg memang tak boleh diceritakan demi menjaga nama banyak pihak.. nak jaga hati ramai orang.. so sanggup korbankan perasaan sendiri..

Jadi.. buat anda yg tahu kalau2 kawan anda tu baru putus cinta jgn cuba2 nak sakitkan hati depa ni ea.. cuba bayangkan kalau ampa ada di tempat depa.. apa yg hampa akan rasa???

notakaki : tak ingin ingat lagi kisah lalu wpun asyik teringat.. ini takdir.jadi redha sajalah ;)

Saturday, January 11, 2014

Kenapa lelaki jarang mesej?

Susah juga rupanya nak memahami sikap lelaki ni kan..
Pulak kali ni ak terjumpa lelaki yg sikapnya muncul hanya sekali sekali..
 3 bulan sekali baru message i..
entah2 u suami orang kot ????
opsss.. tak baek fikir negatif...

Fikir punya fikir baru ak nampak sebabnya..
Bila ALLAH s.w.t hadirkan orang sebegitu dalam hidup aku,
maksudnya itu hanya sekadar hiburan..
yg mungkin time tu ak rasa sunyi sangat so Allah hadirkan dia buat sementara dalam
hidupku.

Syukur,
Thank you Allah <3


Tuesday, November 19, 2013

Jodohku bukan dengan Si F*****

Beria betul daku update pasal Si F****
di entry ini, tapi akhirnya ternyata awak bukan juga jodoh saya..
Oh, alangkah! Daku rasakan semakin lama semakin ramai lelaki yg salah den jumpa ;(

You're so private n mysterious
Sebulan hanya sekali kita contact.
Itu dah cukup membuatkan daku tertanya2.
Dan harus akui lelaki yg berdiam diri tandanya die tak minat dengan kita kan...

Ker awak rasa tercabar sebab i tolak untuk date buat kali kedua dengan u??
Utk pengetahuan awak, malam tu kita terpaksa tak jumpa awak bukan sebab
tak nak, tapi sebenarnya kita malas nak citer
yg malam sebelumnya den ternampak H***U , so den takut la nak jumpa u..
Dah la u ajak i kuar lepas pukul 10, mana boleh!!!

Huhu,
Then lepas tu u tak nak jumpa i lagi...
Buat daku tertanya2 lagi.

Kemuncaknya.. hatiku rasa lain macam..
Macam rindu n jatuh hati pun ada..

So buat istikharah..
Tiga kali i buat istikharah,
coz kali pertama n kedua takde jawapan..
Akhirnya kali ke3.. 
den dapat jawapan yg Allah utuskan dari my Bos!

My bos nak i tinggalkan u..
Tapi die tak nak kongsi sebab apa..
So i pun tak banyak tanya..
Have to let u go..

F....
Apapun keburukan yg my bos tau 
sedangkan i tak tau..
I tau u seorang yg baik hati..
Semoga awak jumpa jodoh awak yg sesuai ya....

FAIZAL 

Sunday, September 15, 2013

I'M NOT ALONE

Di saat anda merasakan tiada sesiapa pun yang 
menyokong anda..
Tiada orang tersayang yang boleh memhami  
dan berada disis anda..
Pada saat itu,
ingatlah
bahawa...

Allah s.w.t sentiasa bersama anda.
Syukur.
Alhamdulillah.

Hidup perlu diteruskan.

^_^

Shawls Gorgeous, Cun & Cantik
hanya di
.
.
.

Saturday, September 14, 2013

INGIN BERSAHABAT DENGAN PHOTOGRAPHER

Assalamualaikum..
Sangat telus tak tajuk entri ini? huhu.
Yes, saya ingin sangat berkawan dengan photographer..
For business purpose la..

I nak kembangkan my cute, small online business Belezza Boutique

Model nye?

Saya la.. hehe.

Oleh sebab my biz masih kecil, so saya sendirik nak jadi model nye..
model shawl je kan.. so ketinggian sy kita letak tepi ea.. hehe.

Ok, adakah antara reader di sini photographer..
Oh ya, sini saya terus terang lah cakap,
sy prefer beginner photographer..
Sebab saya tak punya bajet  untuk hire professional photographer.. huhu.
So, win win situation la.. u capture my pic, and i promote your service..
Ok tak camtu? Kita wat trading ea
Sama2 bangunkan bisnes kita..

Ok if ada yg serious terbaca entry ni..
text sy, 019-479 2993(Najihah).
nanti i call u semula..
sebab most of time saya prefer text sms, senang, ada hitam putih untuk 
order dari customer kan..

Pic ini bukan pic saya ea.. ini salah satu shawl yang saya juai..

Nak beli buleh lah like page Belezza Boutique ^_^

Friday, September 13, 2013

Ketemu Sahabat Baru.

That day i met one Guy..

Sangat gentleman orangnya.
Dia hanyalah seorang sahabat yang baru pertama kali aku jumpa.
Aku bukanlah seorang yang friendly n easy nak jumpa mana2 lelaki.
But this guy lain macam sikit.. Rasa nak jumpa dia..
I still remember my bos cakap.. " dia ni baik orangnya"

Ok, i have to admit yang my bos kenalkan my friend ni..
Sebab bos sudah kesian sama saya yang putus cinta. haha. thank u bos..
u sangat memahami.
Sebelum ni bos cuba nak kenalkan aku dengan one guy juga, tp macam tak terbuka hati lagi.
But dengan mamat ni rasa macam mudah je terima.. huhu..

Sahabatku ini sangat gentle..
Dia payungkan aku ketika hujan..
Oh, dia sukakan kanak-kanak2( awak dah boley kawen la tu.. hehe)
Awak belanja saya makan.. n saya nak bayar balik awak x kasi ea..
U pay my parking..

Itulah lelaki sebenar.. bukan mengharapkan duit dari wanita..

Actually, saya pun tak nak pakai duet awak..
Sebab saya tak nak jadi seperti cinta yang dulu..
Sy sangat takut untuk guna duet dari lelaki..
So i anggap itu sedekah dari awak.. n semoga murah rezeki awak.

Eh, kejap.. awak keje apa sebenarnya?
Security guard? errr. x jelas.. awak macam ada rahsiakan sesuatu dari saya.
Awak seperti sangat busy.. ermm.. still thinking awak kerja apa sebenarnya..

"_____"

Ok, xde dah cite pasal awak.. maaf ye malam tu coz sipi2 nak eksiden akibat xnampak traffic light kaler merah.. huhu. ada jodoh kita jumpa lagi, boleh saya update blog lagi pasal awak.
haha.

Sunday, September 8, 2013

HIDUP IBARAT RODA

Salam buat pembaca semua.. (feeling macam ada ramai follower la sangat.. huhu)

Memang benar hidup ibarat roda...
Kadang2 kita ada di atas.. Tetiba kita berada dibawah pula..
Syukur dengan ujian Allah kepada ku..
Kerana aku tahu Allah amat menyayangiku dan 
tidak mahu aku terus tersesat..

Aku pernah jauh tersasar dari landasan yang sebenar..
Syukur Allah menarik aku, menutup pandanganku dari terus melalui
laluan yang amat banyak denai itu.. huhu..

Bangunlah Najihah..
Allah sentiasa bersamamu..
Buang ketakutan yg sentiasa melanda dirimu...





Saturday, August 31, 2013

Jaga Tepi Kain Sendiri

Di saat kita melihat keburukan orang lain..
Kita takkan melihat kebaikan orang itu..
Dan kita takkan nampak keburukan diri sendiri..

Menjaga tepi kain orang adalah sangat membuang masa
dan
merugikan diri sendiri.

So..
jom lah berubah sedikit demi sedikit..

Insya allah bila kita ada N.I.A.T nak berubah, Allah pasti tolong..




Saturday, August 10, 2013

KENAPA ASYIK SEDIH?

Aku pun pening kenapa aku jadi sensitif..
makin sensitif sejak putuih cinta ni.

Mudah sangat mengalirkan air mata...

Even
sedang drive..
baca Al-Quran..
ketika melihat pantai..

dan yg sewaktu dengannya..

Kesimpulannya :

Aku sedih.